Saturday, November 21, 2026

X Singles

Ulang tahun ke 33

X Japan - X Singles (21/11/1993)

Saya agak lambat untuk kenal X Japan. Band- band metal Jepun yang saya ikuti ketika remaja hanyalah Loudness, Earthshaker, Anthem dan Outrage. 

X Japan hanya saya dengar sekitar tahun 97 atau 98. Dan terus jatuh minat. Ini adalah album kompilasi yang saya cadangkan jika anda kali pertama mahu mencuba dengar X Japan.

Heartbreak Station

Ulang tahun ke 36

Cinderella - Heartbreak Station (20/11/1990)

Sejujurnya saya agak kurang berminat ketika mendengarnya pada 36 tahun yang lalu. Mereka berubah menjadi terlampau bluesy.  Seiring dengan peningkatan usia, saya lebih terbuka untuk menerimanya, tetapi tetap ianya bukanlah album kegemaran dari mereka.


Thursday, November 19, 2026

Thunder Seven

Ulang tahun ke 42

Triumph - Thunder Seven (19/11/1984)

Power trio dan asal dari Kanada menyebabkan mereka sering dibayangi Rush. Walaupun ada sedikit persamaan, tetapi muzik mereka lebih kepada melodic hard rock berbanding progressif. Dan ianya lebih mudah hadam berbanding Rush.

Wednesday, November 18, 2026

Kings of Metal

Ulang tahun ke 38

Manowar - Kings of Metal (18/11/1988)

Sebagai seorang peminat besar muzik heavy metal, sememangnya tak akan rasa cukup sempurna kalau tak minat Manowar.

Kings of Metal adalah antara kemuncak kegemilangan mereka. Ini adalah album yang mengambarkan zaman remaja saya. 

Manowar Kill!

Tuesday, November 17, 2026

Darkness Descends

Ulang tahun ke 40

Dark Angel - Darkness Descends (17/11/1986)

Ramai yang berangapan ini adalah antara album thrash terbaik sepanjang zaman. Bagi saya ianya memang betul jika thrash anda adalah dari jenis yang laju, brutal dan berat. 

Tetapi saya mungkin dari golongan minoriti yang tidak meletakan album ini sebagai kegemaran. Bukan kerana tak bagus tetapi kurang nilai sentimental kerana mendengarnya agak lambat.

Monday, November 16, 2026

Live Undead

Ulang tahun ke 42

Slayer - Live Undead (16/11/1984)

Tak kisah lah kalau suara penontonnya bukan dari rakaman sebenar tetapi apa yang dimainkan Slayer di EP ini benar-benar merakamkan sound mereka yang sebenar. 

Lagu-lagunya dimainkan dengan tempo yang lebih laju, tight, kasar dan berat. Best!

Sunday, November 15, 2026

Saints and Sinners

Ulang tahun ke 44

Whitesnake - Saints and Sinners (15/11/1982)

Sebagai remaja yang membesar dengan muzik rock pertengahan 80an, Whitesnake saya sudah semestinya album 1987 dan ke atas. Saya kurang mendalami era bluesy mereka. Sebagus mana pun album ini tetap pilihan saya adalah album-album era glam metal mereka.

Transcendence

Ulang tahun ke 38

Crimson Glory - Transcendence (14/11/1988)

Ini adalah contoh band yang underrated. Walaupun album ini bolehlah dianggap sebagai antara album terbaik untuk genre progressif power metal tetapi mereka agak kurang dikenali. Mereka selayaknya mendapat liputan mainstream yang lebih meluas.

Friday, November 13, 2026

Rebirth

Ulang tahun ke 25


 Angra - Rebirth (13/11/2001)

Walaupun tanpa Andre Matos, gandingan twin gitar harmonies Kiko Loureiro dan Rafael Bittencourt sudah cukup untuk menjadi penyebab kenapa saya sukakan album ini.

Edu Falaschi pun boleh tahan.

Thursday, November 12, 2026

Gila format - Angel Rat

Ulang tahun ke 35

Voivod - Angel Rat (12/11/1991)

Ada yang kata ianya terlalu pop oriented, lebih rock berbanding metal. Tapi bagi saya ianya antara album kegemaran. 

Voivod sememangnya bukan sebuah band yang senang hadam tetapi bagi saya ini adalah yang paling mudah dan ianya sedap. 

Wednesday, November 11, 2026

Night of the Stormrider

Ulang tahun ke 35

Iced Earth - Night of the Stormrider (11/11/1991)

Saya agak terlambat untuk mendengar Iced Earth. Tiada rakan disekeliling yang memiliki albumnya.

Bagi saya mereka adalah antara band yang sekali dengar terus jatuh suka. Ini adalah salah satu album terbaik dari mereka.

Tuesday, November 10, 2026

Morbid Visions

Ulang tahun ke 40

Sepultura - Morbid Visions (10/11/1986)

Muzik aggressifnya memang mengujakan. Sayang produksi soundnya kurang memuaskan. Tetapi seiring dengan peningkatan usia mereka menjadi lebih bagus dengan album-album selepasnya.

Bukanlah kegemaran tetapi ianya mempengaruhi selera muzik saya pada ketika itu. 

Monday, November 9, 2026

Nightfall

Ulang tahun ke 39

Candlemass- Nightfall (09/11/1987)

Saya bukanlah peminat tegar genre doom metal, tetapi ada beberapa band daripada genre ini yang saya minati. Candlemass adalah salah satu daripadanya. Malah, saya mula mengenali perkataan doom metal itu sendiri melalui pembacaan sebuah artikel di Metal Hammer mengenai mereka. 

Walaupun saya lebih menyukai album pertama mereka, album yang ini juga tidak kurang hebatnya.


Sunday, November 8, 2026

Death or Glory

Ulang tahun ke 37

Running Wild - Death or Glory (08/11/1989)

Dengan “Death or Glory”, Running Wild telah mencapai kemuncak kebolehan mereka dengan menghasilkan album-album cemerlang secara berturut-turut. 

Bagi saya ini adalah antara yang terbaik, bukan sahaja untuk mereka tetapi untuk genre power metal secara amnya. Mereka menggabungkan tema lanun bersama muzik power metal dengan sangat cemerlang.

Saturday, November 7, 2026

War to end all Wars

Ulang tahun ke 26

Yngwie J. Malmsteen’s Rising Force - War To End All Wars (07/11/2000)

Album ini  bagus sebenarnya. Dari kulit album, lagu-lagunya, vokal Mark Boals, apatah lagi kerja gitar Malmsteen. Semua pun bagus. Tapi sayangnya, produksi soundnya agak mengecewakan. 

Friday, November 6, 2026

Coma of Souls

Ulang tahun ke 36

Kreator- Coma of Souls (06/11/1990)

Mungkin ada yang lebih suka dengan album-album sebelumnya tetapi ini adalah album kegemaran Kreator saya. 

Mungkin lebih kepada nilai nostalgia kerana ini adalah kaset Kreator pertama yang dibeli menggunakan duit sendiri. Frank Blackfire menjadikan Kreator lebih mudah dan melodic.

Thursday, November 5, 2026

Reckless

Ulang tahun ke 42

Bryan Adams- Reckless (05/11/1984)

2 tahun lepas dah tulis dah. Tak apa la , tulis lagi sekali…

All time favourite. Kalau ada satu album kena pilih bila terperangkap di pulau, mungkin ini adalah albumnya. 

Wednesday, November 4, 2026

Symphonies of Sickness

Ulang tahun ke 37

Carcass - Symphonies of Sickness (04/11/1989)

Deathgrind, Goregrind, semua istilah ini tak pernah dengar dan tahu pun pada ketika itu. Tetapi ini sememangnya pengenalan saya kepada muzik yang lebih extreme selain Scum, Altars of Madness dan Slowly We Rot. 

Ia bukanlah sesuatu yang mudah hadam jika anda bukan pengemar muzik ekstrem.

Tuesday, November 3, 2026

Keep The Faith

 Ulang tahun ke 34.

Bon Jovi - Keep The Faith (03/11/1992)

Jujurnya agak kecewa dengan perubahan muzik dan imej mereka pada ketika itu. Ditambah pula dengan selera muzik saya ke arah muzik yang lebih berat. 

Tetapi seiring dengan peningkatan usia, kini saya rasakan ianya tidaklah seburuk mana. Banyak juga lagu sedap dan Richie Sambora masih dengan shredding solonya.



Monday, November 2, 2026

Scream for me Brazil

Ulang tahun ke 27

Bruce Dickinson - Scream for me Brazil (02/11/1999)

Salah satu rakaman live terbaik Bruce Dickinson, khususnya untuk bahagian vokal. Ditambah pula dengan twin guitar attack dari Adrian Smith dan Roy Z, serta penonton Brazil yang terkenal dengan passion mereka. 

Ini senemangnya wajib ada jika anda adalah peminat The Chemical Wedding dan Accident of Birth.




Sunday, November 1, 2026

Reach For The Sky

 Ulang tahun ke 38.

Ratt - Reach For The Sky (01/11/1988)

Album yang ok tetapi bukan yang terbaik dari mereka. Masih ada beberapa lagu yang bagus tetapi secara keseluruhannya tidak mencapai tahap album-album sebelumnya. Berkemungkin mereka sudah melepasi zaman kemuncak dan untuk mendaki semula senemangnya sukar.