Friday, July 24, 2009

Use Your Illusion 1

Ok la..untuk memenuhi permintaan lagi..(ceh..korang ingat aku buat rancangan radio permintaan ker apa ni?...haha..ada sapa2 lagi nak request..macam la aku tokey kedai cd..huhu..tapi kalau kebetulan aku ada cdnya...apa salahnya kan...) kali ni permintaan En. Kotak Ajaib..dah lama dah dia request..kali ni je baru berpeluang untuk megulas album hebat ni Guns N Roses 'Use Your Illusion 1".




Aku dah cakap..aku suka yang biru..tapi dia seboleh2 suruh buat yang kuning (otak kuning betul la lu abang J...huhuhu)..kenapa aku suka yang biru (UYI 2)..kerana masa 2 album ni keluar..biasa la zaman student..duit loan pun dah nak abis..tak mampu nak beli dua2 sekali..so kongsi2 beli ngan roommate..dia ambik UYI 1 aku ambik UYI 2..pasal masa tu ada rumours2 cakap kemungkinan yg UYI 2 nak kena ban..pasal lirik2 lucah..so aku chop la dulu UYI 2..tu yang aku lebih kerap dengar UYI 2 berbanding UYI 1..tapi tak dinafikan...UYI 1 ni sebenarnya lebih heavy lagu2nya dibandingkan UYI 2.

Setelah kejayaan Appetite For Destruction..memang tak sabar tunggu follow up ni..sekali dia keluar 2 sekaligus..pergh..Kalau Appetite For Destruction lebih pada straight forward heavy hard rock dengan tak der lagu slow tapi kali ni GnR menghasilkan lagu yang pelbagai...ada heavy..ada slow, mid tempo, country dan juga blues..kira macam2 ada...mungkin ramai yang tau pasal November Rain dan Dont Cry ajer...tapi sebenarnya banyak lagi lagu2 yg bagus dalam ni cuma mungkin bukan untuk dunia mainstream kot..

Orang kata banyak lagu maka banyak filler (16 lagu tu)...aku rasa bab ni subjektif..bagi peminat tegar GnR tak der filler dalam album ni..bagi telinga aku mungkin lagu You Aint The First (satu2nya lagu Izzy Stradlin yang aku tak suka)atau Dont Damn Me ataupun Dead Horse...tapi lagu2 ni berjaya diselamatkan oleh gitar solo Slash yang membunuh tu..album ni memang tempat Slash tunjuk terer..rasanya album ni lah yang mengangkat status Guitar Hero untuk beliau.

UYI 1 lebih perisa Izzy Stradlin rasanya..bagi aku beliau memang tulang belakang GnR...rujuk entry aku dulu2 pasal ni..ada 8 lagu beliau dalam ni..influenced Rolling Stone memang terasa dalam lagu2 ciptaan beliau terutamanya Dust N Bones sebuah lagu mid tempo yang menarik..ni Izzy yang nyanyi sendiri..aku suka..manakala opening track Right Next Door To Hell adalah kesinambungan lagu2 dari Apetite For Destruction..pun aku suka jugak..lain2 lagu Izzy yang best dalam ni adalah Perfect Crime, Bad Obsession (Feat Michael Monroe), Double Talkin' Jive (Izzy nyanyi) dan Bad Apples.



Antara highlight untuk UYI 1 bagi aku adalah lagu Live And Let Die..sebuah lagu cover yang lebih best dari versi asal..sorry Paul McCartney...guitar work Slash dalam lagu ni memang terbaek..ngam betul ngan suara Axl...dah rasa macam betul2 ni lagu GnR bukan lagu cover..

Dan semestinya 2 lagu yang paling terkenal...November Rain dan Dont Cry (original)...November Rain tu memang klasik la...aku tak harap pun Axl akan dapat idea untuk buat lagu lain yang dapat menandingi lagu epik ni..dari piano Axl..ke vokalnya...ke orchestranya..hinggalah ke solo membunuh Slash...memang dasat lagu ni..ala2 opera gitu...videoclip dia pun aku suka...manakala Dont Cry (walaupun aku suka yg alternate version dlm UYI 2) adalah satu lagi lagu ballad yang best...ni pun videoclip dia aku suka..

Lain2 yang aku suka adalah The Garden (duet ngan Alice Cooper)dan jugak lagu2 heavy seperti Back Off B!tch dan Garden Of Eden manakala Coma adalah satu lagi lagu epik panjangnya 10.15 minit..lebih panjang dari November Rain..tapi kali ni ni lebih heavy..best lagu ni...dasat gitar solo Slash..

Kesimpulannya...rekomended..debuted no 1 tu kat US billborad chart...35 juta pembeli seluruh dunia tak akan salah..kalau anda mat rock...patut ada kedua2 album ni..kalau anda mat dangdut..tak kisah la beb...huhuhu...


*cd ni aku beli 2nd hand kat satu mamat spore..kalau korang klik besarkan gambo no 1..korang boleh baca sticker kat cd tu...lawak ahh..kat Malaysia takderkan sticker camtu..tak pernah jumpa pulak

**ikut tarikh yg tercatit kat gambo no2..kaset tu aku beli pada 07/10/1991..dah jadi anak dara sunti dah kaset tu..hehe

15 comments:

  1. 2 keset ni wa beli tahun 1991 dari sorang kawan sekolah (pompuan) dengan harga RM3 seketul...
    cd belum upgrade lagi...

    samalah kita, prefer the blue one; Estranged,Pretty Tied up, Locomotive, So Fine,14 years, yesterday,and.........you could be MINE!!!MINE!!!MINE!!!

    tapi 2 cd ni memang best...

    err bro, CD Live Era sama Spaghetti ada ke? (tanya jek bukan suruh riak eh?)

    sticker kat depan tu sarkastik lah!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. tenkiu2..
    yg kaler kuning ni terbaekkkk!.

    snap la lagi isik dlm cd tu.

    ReplyDelete
  4. Wa ada Live Era..tengah nak carik UYI 1&2..

    Itu ari ada usha kat mudah.my sorang cina ni kat kedah nak jual. Belakang tinggal 1 je pasal yang 1 lagi dah jual..

    Kalau ada terjumpa & harga 2nd hand sound aku beb..

    ReplyDelete
  5. yeaaaa... aku berjaya lepas dari demam GnR sebab masa dok diorang meletup aku stand firm dengan Thrash/Death Metal...

    ReplyDelete
  6. Lagu GnR yg VC dia nyanyi atas kapal laut tu tajuk apa?? Aku suka yg tu. Tapi ada benda tersembunyi kat cover dia ni..tu sebab USE YOUR ILLUSION..huhuhu

    ReplyDelete
  7. atas kapal? hmmm rasanya Estranged le...

    ReplyDelete
  8. Aku lebih pada yg biru...pasal aku beli yg biru dulu...pas tu baru yg kuning. Anyway dua2 best.

    ReplyDelete
  9. Portdy..Spaghetti ada...Live Era tak der..lum boleh nak riak ar..huhu

    J..cukup la tu..sikit2 jer..nanti riak pulak..haha

    Zan..UYI1 ni aku ada nampak kat Kotaraya, JB..tp baru bukan 2nd la..kat e-bay 2nd banyak kot..

    ReplyDelete
  10. Abang Ben...lu memang the tr00..hehe

    Takilala..ada benda tersembunyi ker? aku pun tak tau..yg aku tau gambo tu sebhgn kecik dari lukisan bertajuk The School Of Athens

    dan betul portdy..tajuk lagu tu Estranged...bukan yg AF tu tau..hehe

    Skid..yeayyy..biru mata hitam ku..:P

    ReplyDelete
  11. aku prefer warna biru, tapi yang kuning pun ada lagu best jugak

    zaman 1991 tu aku masih ingat, inlet kaset dia panjang giler ngan liriks dan foto dan logo

    ReplyDelete
  12. gua suka izzy stradlin punya 'dust n bones'

    rock n roll all the way...!!!

    ReplyDelete
  13. pada aku kekuatan GnR pada izzy stradlin..beliau lah backbone & pembentuk lagu2/sound GnR. Aku baca interview kat 1 mag ( tak ingat nama)dia blah dari GnR sebab masa tu GnR dah makin membesar/top. Dia tak mau over exposed.

    ReplyDelete
  14. to be honest masa album ni keluar...i was a bit dissapointed with GNR bila Izzy keluar. Steven Adler pun kena fired sebab drugs sampai tak boleh nak perform for the recording. Anyway still loves Appetite For Destruction and GNR Lies.

    ReplyDelete
  15. Deaf..sama dengan

    Eddie..yeah..rock on

    Anuar..Izzy ni mmg jenis family man..dulu Velvet Revolver tu pun mulanya dia vocal..tp tak minat nak glamer,tour tu pasal dia blah..

    Rocksports..line up Appetite dan Lies paling best..GNR tak kemana tanpa Izzy...dah terbukti pun.

    ReplyDelete