Wednesday, April 18, 2012

B-Side Ourselves

20 tahun yang lalu...salah satu band kegemaran aku meriliskan EP ni...



Skid Row - B-Side Ourselves (1992)

Ok...jangan nak bandingkan ni ngan Garage Days Re-Revisited....yang tu memang klasik...tapi yang ni pun boleh tahan...

iyer ni hanyalah sebuah EP...lagu kaver...5 lagu jer pun...tak sampai pun 20 minit...tapi aku suka...tak kisah la kalau nak kata aku bias pun...pasal aku memang kipas susah nak mati Skid Row zaman Sebastian Bach...yang menariknya pada aku cuba korang perhatikan lagu2 yang doarang pilih untuk dikaver...

Psycho Therapy (the Ramones)
C'Mon and Love Me (KISS)
Delivering the Goods (Judas Priest)
What You're Doing (Rush)
Little Wing (Jimi Hendrix)

Semuannya menunjukkan yang Skid Row ni mempunyai pelbagai pengaruh...dari Punk (Ramones) ke hard rock (KISS), metal (Judas Priest), progressif (Rush) ke gitar hero (Jimi Hendrix)...dan yang lebih menariknya lagu2 yang di pilih pun bukanlah lagu2 yang biasa bagi kumpulan2 tersebut...ambik contoh KISS la...sapa la sangka dalam banyak2 lagu best KISS...dorang pilih yang kurang glamer macam ni...



Aku rasa kesemua lagu2 ni dorang bawak dengan baik...cara Skid Row..."Little Wing" tu pun bukannya senang nak kaver...patut bagi pujian untuk Scotti Hill...ok ada orang cakap Sebastian Bach nyanyi lagu ni tak sedap...tak soul....tapi jujurnya aku cakap...aku tabik permainan gitar Jimi Hendrix....tapi dari segi vokal...aku rasa dia kurang...so aku takder masalah dengan cara Sebastian Bach bawak....ada soul ker tak soul...benda ni semua subjektif....dan perlu di ingat...aku memang bias...heheh...

Tapi yang paling aku tak lupa pasal lagu "Psycho Therapy"...ni Rachel Bolan yang nyanyi....kaver ni punya pasal buat aku teringin nak dengar Ramones...siap beli kaset Acid Eaters lagi...padahal sebelum tu bukannya aku tak pernah dengar pasal Ramones...tapi tak pulak rasa teringin nak dengar...senang betul di pengaruh...heheh....



Satu lagi yang aku nak cerita pasal lagu "Delivering the Goods"...rakaman live duet ngan Rob Halford....korang boleh dengar Sebastian Bach jerit  "I love this guy!!" pada Rob Halford...tak pasti pulak dia tergamak tak nak cakap macam tu kalau dia tau pada masa tu yang Rob Halford tu gay...pasal masa zaman tu kan ada kontroversi Sebastian Bach  pakai baju anti gay....heheh...

Apa2 pun...ni memang untuk die hard Skid Row...tapi pada yang lainnya pun takder hal...cd EP pun biasanya murah jer....kecuali la kalau dah capai tahap rare macam Garage Days Re-Revisited tu kan...



2 comments:

  1. teringat kontroversi pasal anti-gay tu. heheh. luv him, he's just beautiful. dia berlakon gilmore girls dulu pun cute.

    ReplyDelete
  2. Aku sampai sekerang pikir nie ke "Skid Row yg Nirvana sebelum Nirvana tue?" kalau hanya dengor Psycho Teraphy tue.. tapi bila masuk Lil Wing baru aa sedar nie Skid Row la wehh ehehee

    ReplyDelete