Tuesday, May 14, 2013

Mama

Antara movie baru yang sempat dilayan...


Mama  (2013)

Asalnya ingin menulis dengan lebih panjang tetapi memandangkan rakan bloger seperti Dr Ben dan Adi Herman dah pun menulis review mereka di >SINI< dan >SINI<. Dan saya juga amat bersetuju dengan ulasan mereka. Maka saya akan cuba meringkaskannya sahaja.

Sebenarnya ini adalah antara movie yang saya tertunggu-tunggu terutamanya setelah trailernya berkali-kali saya tonton hampir setiap hari ketika melalui ciniplex di hadapan opis saya. Tetapi setelah menontonnya saya sedikit hampa.

Ianya adalah jenis cerita yang awalnya sungguh mengujakan, konsep dan idea cerita hantu yang agak berlainan, agak asli, penggunaan teknik CGI pun menarik tetapi penghujung ceritanya sedikit mengecewakan. Bak kata Dr Ben ending macam fairytales...tambahan pula teknik CGI watak mama di babak akhir tersebut pun agak terlampau kartun...hilang dah rasa seramnya seolah-olah anda sememangnya melihat babak cerita kartun.

Jika anda mengharapkan cerita hantu yang ada twist, ini memang lah bukan movienya. Tapi untuk kelainan jalan cerita, ianya menarik juga untuk ditonton.






3 comments:

  1. ini semua salah Guillermo Del Toro! Makin lama makin kurang kick filem yg dia produce, comeback jadi pengarah saja la...aiyaaa

    ReplyDelete
  2. Pada awal cerita je best.pertengahan sampai ending yg tak berapa best

    ReplyDelete