Tuesday, December 3, 2013

Built to Destroy

Lagi album klasik rock yang dah 30 tahun...


Michael Schenker Group - Built to Destroy (1983)

Saya sememangnya peminat Michael Schenker. Tetapi jika bercerita pasal MSG, saya lebih biasa dengan versi M = McAuley berbanding versi M = Michael. Maklumlah saya mula benar-benar kemaruk mendengar muzik rock hanya pada penghujung 1985 atau awal 1986.

Built to Destroy ini pun rasanya saya dengar hanya pada penghujung tahun 80an. Ketika budak-budak dulu saya selalu konpius yang mana satu MSG yang mana satu UFO dan yang mana Scorpions. Michael Schenker ni main band apa sebenarnya...maklum lah zaman tak boleh nak google.

Built to Destroy pada saya bolehlah disamakan seperti Rainbow era 80an. Kedua-dua gitaris hebat era 70an ini, Ritche Blackmore dan Michael Schenker seolah-olah bersaing untuk menembusi pasaran USA. Malah MSG juga pernah mengunakan khidmat vokalis Rainbow, Graham Bonnet. Entah apa kes agaknya Graham Bonet ditendang dan Micheal mengambil semula  Gary Barden. Nampaknya Ritche dan Michael berebut siapa yang lebih pop...lebih AOR...demi pasaran USA.


Bukanlah nak kata tak best. Album ni sangat best sebenarnya. Pengaruh UFO dan Scorpions zaman 70an  masih kedengaran. Lagu-lagu melodic hard rock dengan catchy chorus ditambah pula dengan solo-solo Michael yang lazat. Cuma soundnya terlalu pop. Kemasukan keyboardist  Andy Nye (pernah bermain untuk Sheena Easton) banyak mendominasi. Beliau juga terlibat dalam majoriti penciptaan lagu. Hasilnya sound gitar Michael agak terkebelakang. Sebenarnya sound komersial ini memang disengajakan. Khas untuk menembusi pasaran USA.

Namun begitu jika anda mempunyai cd remasterd version seperti saya, anda berpeluang mendengar versi asal. Versi UK. Versi yang sound gitarnya lebih raw. Lebih rock. Pilihan ditangan anda versi mana yang anda lebih suka. Michael Schenker sendiri memilih versi USA. Versi yang lebih komersial. Saya pula tidak menjadi hal. Lagu-lagu seperti "Captain Nemo", "Rock My Nights Away", "Systems Failing" dan yang menjadi kegemaran saya "Red Sky" tetap best walau apa versi pun. Cuma mungkin versi UK tu lebih umphh!!!




4 comments:

  1. Michael schenker ni sejak temple of rock nye band aku suka balik. Mjngkk dia dah tak mabuk teruk cam berapa tahun lepas.
    Aku nak cek out album baru dorang.
    Anyway, mcauley schenker yqng album perfect timing tu, besttttt sangat.

    ReplyDelete
  2. Hampir sama dgn umur aku cd ni...
    MSG = monosodium glutamet

    ReplyDelete
  3. Ada lagi satu band yg nama Contraband tu bukan michael shenker jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...side projek super group Michael Schenker dengan Tracii Guns (LA Guns), Share Pedersen (Vixen) dan Bobby Blotzer (Ratt)

      Delete