Wednesday, April 16, 2014

Soldier of Fortune: The Greatest Hits

Sambung sikit lagi pasal Deep Purple...ini koleksi yang dah 20 tahun.


Deep Purple - Soldier of Fortune: The Greatest Hits (1994)

Semasa membeli kaset ni 20 tahun yang lalu, saya belum mempunyai banyak material Deep Purple. Cd pun langsung satu pun tiada. Zaman tu agak susah untuk mencari album-album lama mereka. Perkataan E-bay pun belum wujud lagi. Melihat kepada senarai lagu-lagunya memang saya tidak berfikir panjang untuk membelinya.

Boleh dikatakan kesemua lagu-lagu hits dan terkenal mereka dari zaman penghujung 60an hingga pertengahan 70an ada di dalam kaset ini. Sememangnya berbaloi.


Tetapi saya agak musykil bila album ini tiada dalam list official discography mereka. Rupa-rupanya barulah saya tahu yang ianya adalah eksklusif untuk pasaran Malaysia yang diterbitkan oleh EMI Malaysia. Memang tiada di jual dipasaran luar. Nak kata rare pun.... tak lah sangat. Pasal takder lah unik sangat. Inlay dia pun macam kebiasaan keluaran Malaysia Edition memang hampeh. Jenis sekeping.

Saya ada terbaca dalam internet yang mengatakan ini adalah koleksi kompilasi paling lengkap DP untuk era penghujung 60an hingga pertengahan 70an yang dikeluarkan dalam bentuk singgle disc ( 1 cd). Ini untuk yang versi cd la. Cumanya lagu "Space Truckin'" dan "Child in Time" tu pendek sedikit (bahagian fading last tu kena potong) Tapi "Speed King" tu ada piano version. Lagu-lagu yang lain sama macam edisi album biasa.

Makanya tak boleh lah nak kata rare sangat pun. Bulan lepas nampak satu seller e-bay dari Singapura jual versi cd ni dengan harga USD12.99. Tak tau lah agaknya berapa harga untuk versi kaset.



6 comments:

  1. Soldier Of Fortune dulu hampir tiap malam ada dalam play list FM Stereo...70's...

    ReplyDelete
  2. Cerita paling sedih berkenaan lagu soldier of fortune ni ialah waktu dennis straton kena buang kerja dari iron maiden, dia gi bilik mandi, pasang lagu ni, on shower, menangis. Sedih giler siot aku baca.

    ReplyDelete
  3. ada kaset nih...tapi orang dah buat pusaka

    ReplyDelete
  4. saya ada keset ni...dan betul ada 2 , 3 lagu heavily edited. jadi pendek.

    ReplyDelete
  5. Kalo dengo soldier of fortune dalam piring stormbringer tu lagi meleleh..heheh

    ReplyDelete