Monday, February 9, 2015

Measured By The Richter Scale

Lagi yang dah 20 tahun...


Stompin' Ground - Measured By The Richter Scale (1995)

Ini bukan band mat salleh. Tetapi sebuah band anak melayu yang berasal dari negara jiran Singapura. Mereka bukannya band metal ataupun thrash. Tetapi mereka adalah antara pelopor muzik hardcore di Singapura. Seangkatan dengan band-band "Lion City Hardcore" yang lainnya seperti Opposition Party (saya pernah buat entrinya dulu di >SINI< ) dan Global Chaos.

Saya pun tak pasti kenapa syarikat rakaman Pony Canyon melabelkan kaset mereka sebagai "thrash". Biasalah...seperti yang pernah saya katakan dulu, pada awal-awal tahun 90an...jika anda memakai baju hitam "bon jovi" sekalipun orang akan gelar anda mat thrash...hahaha..

Sejujurnya tak banyak yang saya ketahui tentang band ini. Maklumlah saya bukannya pengemar muzik hardcore. Saya membeli kaset ini dulunya kerana terpengaruh dengan ulasan dan coverage yang diberikan kepada mereka oleh majalah BigO. Sebuah majalah muzik dari Singapura yang ujud masa awal 90an dulu.


Kalau tak silap, Saudara Deaf masih simpan cd kompilasi  "Lion City Hardcore" terbitan majalah BigO. Stompin' Ground turut terlibat dalam kompilasi tersebut. Saya pun tak pernah ada ataupun dengar cd tersebut. Maklumlah, hardcore bukannya makanan saya. Harap Deaf rajin-rajin la kembur koleksi dia tampal kat blog...heheh...

Ini sebenarnya khazanah dan sejarah muzik Singapura. Album ini pernah menduduki tangga no 2 dalam carta Billboard Australia Metal Charts di belakang album Roots dari Sepultura. Mereka jua pernah menjadi band pembuka untuk nama-nama besar band hardcore antarabangsa antaranya Fugazi, Buzzcocks dan Sick Of It All.

Tak pasti adakah mereka masih aktif. Tetapi bolah sahaja cari mereka di Facebook - StompinGroundSingapore.




5 comments:

  1. Dulu pun aku ingat band oversea ni..kalo beli kaset keluaran ponycanyon mesti mcm tu eh dulu..asal boleh je dia tampal label gitu..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...tak silap ada sticker pop, rock, rap dan yang berat sikit dorang tak reti nak kategorikan semua lump sum masuk thrash...heheh...

      Delete
  2. rasanya macam perna tgk band ni beraksi di kl, aku ingatkan band malaysia, rupanya singapura.

    ReplyDelete