Thursday, February 26, 2015

whiplash

Calon filem terbaik terakhir yang sempat saya tonton sebelum berlangsungnya anugerah Oscar...


Whiplash (2014)

Saya terbayangkan Metallica bila membaca tajuknya apatah lagi ianya sebuah filem berkenaan pemain drum. (hahaha...) Tetapi sebenarnya tajuk Whiplash itu adalah berinspirasikan dari sebuah lagu jazz dari komposer jazz terkenal Hank Levy. Minta maaf saya buta jazz, saya tak pernah tahu apa-apa pun pasal lagu klasik jazz.

Memang ceritanya ada bersangkut paut dengan jazz. Whiplash adalah kisah seorang pelajar kolej muzik (Andrew) berusia 19 tahun yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pemuzik jazz (drummer) yang disegani seperti idola beliau Buddy Rich. Beliau berusaha keras supaya diterima masuk ke dalam band jazz kolej di bawah kelolaan conductor (Terence Fletcher) yang sangat tegas, garang dan mementingkan kesempurnaan dalam muzik. Salah tempo sikit pun memang kena baling.

Tak pasti ada ker conductor muzik yang begitu garang macam ni. Menontonnya pun buat kita rasa geram dan menyampah. Rasa macam nak tumbuk jer muka dia (hahaha...). Ini bermakna lakonan JK Simmons memang sangat berkesan. Memang tak salah lah bila dia menang anugerah Oscar dan Golden Globe. Memang cemerlang.

Pada saya Whiplash memang best. Jalan ceritanya sangat menarik. Tak mahu komen lebih takut spoiler. Tak pasti adakah Miles Teller yang melakonkan watak Andrew adalah memang seorang pemain drum yang sebenar. Memang nampak hidup gaya permainannya terutamanya ketika beliau membuat drum solo pada akhir filem.

 Whiplash membuatkan timbul rasa hormat saya kepada pemuzik jazz.


Rekomended!



5 comments:

  1. ingatkan cerita seram,
    kalau movie2 pasal muzik ni aku suka tengok.
    masuk list utk ditonton.

    ReplyDelete
  2. ohh I see.. Thank you. Maybe cerita ni ada peluang aku nak tengok la. Buddy Rich aku tahu pasal Animal pernah drum solo battle ngan dia kat muppet show. Dahsyat segment tu.

    ReplyDelete
  3. acting like a maniac..whiplash...hahahaha
    betul la tu..terus terbayang metallica bila mbaca tajuknya...

    ReplyDelete
  4. ya, saya pun beranggapan pada mulanya ia berkaitan Metallica. Sama juga kesnya dengan filem Hesher, tiada kaitan nyata metallica..

    ReplyDelete
  5. sebelum ni anak sedara aku ada bagitau cerita ni best,bila aku baca review ni,ooo..patut la anak sedara aku kata best,rupanya dia skarang dah 2 bulan,3 kali dlm seminggu dia ada masuk kelas drum..aku yang taktau menahu..heheh

    ReplyDelete