Wednesday, March 4, 2015

Metal Heart

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini (4hb mac)



Accept - Metal Heart (1985)

Album terakhir dari "zaman emas" mereka. Ini adalah kemuncak kegemilangan Accept. Dengan Metal Heart, mereka menjadi "radio friendly" dan mainstream. Sound yang lebih bersih dan "polished" serta lagu yang lebih melodic dan pop.

Pada saya, mereka adalah jawapan Jerman kepada Judas Priest. Terutamanya bahagian "twin guitar solo"nya. Tetapi seperti juga Judas Priest, tahun pertengahan 80an adalah tahun yang mana kebanyakan band heavy metal mula melembutkan sound mereka. Tak boleh nak salahkan mereka. Siapa yang tidak mahukan wang dan kemasyuran. Sayangnya mereka merundum selepas dari ini. Tetapi jangan salah faham. Metal Heart tetap sebuah album yang bagus. Walaupun secara peribadinya pada saya ianya tidak dapat menandingi "Balls to the Wall"ataupun album-album awalnya.

Dulunya ketika belum memiliki cd ini, (tak pernah ada versi kaset) saya selalu tertanya-tanya kenapa ada beberapa bahagian dalam lagu Metal Heart bunyinya seakan-akan saya pernah dengar tetapi tidak pasti dari mana. Rupa-rupanya ianya di ambil dari 2 lagu klasikal terkenal, "Slavonic March - Tchaikovsky " (pada intro) dan "Für Elise - Beethoven" (riff dan solo).

Lagu Metal Heart pada saya adalah penyelamat kepada album ini. Tetapi jika anda sukakan pop metal dengan catchy chorus, mungkin Midnight Mover boleh menjadi pilihan anda. Jika anda tidak pernah mendengar Accept, Metal Heart bukanlah permulaan yang baik.




8 comments:

  1. aku kenal accept (dan bbrp band 80an lain) melalui braingell radio, dan lagu metal heart la lagu accept yg mula2 aku dgr

    ReplyDelete
  2. Belum penah dengar lagi album yang ni.banyak album Accept yg aku telepas pandang

    ReplyDelete
  3. Aku tak pernah dengar ni band secara total...
    Ni fast as a shark ni kan, udo semua

    ReplyDelete
  4. belum perna dengar band ni, tapi tajuk album macam perna dengar lagunya. ftg ada cover tak silap hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu "metal health" - Quiet Riot...ni Metal Heart...lain...

      Delete
    2. aku reply D'arsil...yang FTG cover tu Quiet Riot...heheh...

      Delete