Monday, July 27, 2015

Afterburner

Yang dah 30 tahun...


ZZ Top - Afterburner (1985)

Ketika awal 80an (zaman new wave), abang saya mengenalkan saya kepada ZZ Top melalui album Eliminator. Lagu-lagu seperti  "Legs" dan "Sharp Dressed Man" menjadi antara lagu kegemaran beliau. Tetapi entah kenapa saya agak kurang berminat walaupun imej berjanggut dan kereta Hot Rods mereka sememangnya menarik perhatian.

Tetapi setelah mendengar lagu "Rough Boy" (pernah bercerita perihal lagu ini suatu masa dahulu <SINI<) rasa tertarik pula untuk mendengar lagu-lagu lainnya dari mereka. Ternyata Afterburner agak berlainan dengan ZZ Top di tahun 70an yang kuat pengaruh bluesnya. Mereka kini (era 80an) banyak menggunakan bunyian synthesizer. Mungkin kerana terpengaruh dengan demam new wave yang sedang melanda pada waktu itu.


Secara mudahnya muzik Afterburner adalah berentak new wave 80an tetapi yang membezakan mereka adalah gitar solo. Memang banyak gitar solo. Dulu-dulu kalau sebut nama Billy Gibbons, saya hanya terbayangkan imej jangut panjang dan kereta hot rods, tetapi kini saya terbayangkan imej beliau sebagai seorang gitar hero. Memang tabik!

Ada banyak lagi lagu yang best selain Rough Boy. Saya pasti akan mencari album meraka yang lainnya pula.





7 comments:

  1. dulu aku tak tahu sebut nama band ni
    ZEK ZEK TOP
    hobit sey nama band

    ReplyDelete
  2. aku kenal zztop daripada lagu doubleback, drp filem back to the future

    *rasanya BTTF3 ada zztop cameo main atas pentas djaman koboi

    ReplyDelete
  3. Hahah..sama la aku dulu masa kecik2 pun panggil zek zek top.ini mmg betul2 klasik.zaman arwah bapak ngan pakcik2 aku ni..

    ReplyDelete
  4. mr.billy gibbons antara gitaris hebat yang tak berapa dipedulikan! riff solo beliau memang menggerunkan musuh!

    rought boy

    ReplyDelete
  5. mr.billy gibbons antara gitaris hebat yang tak berapa dipedulikan! riff solo beliau memang menggerunkan musuh!

    rought boy

    ReplyDelete