Thursday, July 9, 2015

Gerbang Kayangan

Yang baru sampai minggu lepas...


Sil Khannaz - Gerbang Kayangan LP (2015)

Akhirnya album terbitan tahun 1997 ini berjaya juga dikeluarkan dalam bentuk LP.


Lama dah pre-order, sejak januari yang lalu. Walaupun tengah berpuasa LP, tapi yang ini sememangnya tak boleh dilepaskan. Korek tabung la jawapnya.


Diterbitkan dalam bentuk gatefold-sleeves dengan insert yang penuh berwarna-warni berserta pin-up bersaiz A3. Memang puas hati.


Gerbang Kayangan adalah perubahan Sil Khannaz untuk menjadi lebih melodik dengan solo-solo yang sangat catchy. Lagu yang lebih mudah hadam (radio friendly?), lebih progressif berbanding Conception of Madness yang lebih kepada death metal dengan pengaruh thrash.


Tambah menarik album ini secara keseluruhannya mengunakan lirik bahasa melayu. Sesuatu yang agak janggal pada waktu tersebut. Secara peribadinya ini sememangnya album kegemaran saya dari mereka.


Kalau tak silap ianya terhad kepada 300 unit sahaja. Di keluarkan dalam 4 pilihan warna. Kali pertama saya memiliki piring hitam yang berwarna merah. Tambah esklusif, warna merah seperti ini telah pun lama sold out, sejak pre-order lagi. Mungkin dalam masa 3 tahun saya boleh menjualnya dengan harga lebih dari RM300. Hidup Kapitalis. Hehehe...


Akhirnya cd saya ini sudah berteman. Sayang tidak mempunyainya dalam bentuk kaset. Kalau tak boleh dah buat entry "Gila Format"...



5 comments:

  1. cd pun tu dah cukup rare.. dapat aku bayangkan 5 tahun dari skg harga lp ni.

    ReplyDelete
  2. Hang pun amik sama kaler ngan aku! Kaler ni dah sold out waktu pre order lagi. Selamat sempat book. Merah ni matching dengan album cover.

    Bert, kena pecah tabung lagi. Bulan 10 ni ada satu lagi release dari band eastern death metal yang dinanti-nanti.

    ReplyDelete
  3. Wah..dapat jugak yek.suma kaler yg aku nak suma abes..last2 tak jadi beli..heheh

    ReplyDelete