Monday, February 29, 2016

The Time of the Oath

Yang dah 20 tahun pada hari ini...tambah istimewanya bukan selalu boleh jumpa tarikh 29hb Feb...


Helloween - The Time of the Oath (1996)

Sejujurnya hanya lagu "Forever and One (Neverland)" yang saya betul-betul dengar dari album ini. Lagu perlahan yang melodinya cukup indah ini berulang-ulang kali saya dengar. Maklumlah, 1996 adalah tahun saya mabuk kepayang. Zaman indah bercinta. Makanya paham-paham sahajalah lagu bagaimana yang mudah melekat di dalam hati.

Lagu lainnya mungkin lagu yang bertajuk "Power". Itupun kerana lagu ini kedudukannya adalah sebelum lagu "Forever and One (Neverland)". Maka setiap kali rewind (zaman ni masih menggunakan kaset) mesti terlajak hingga ke lagu "Power". Selalu dengar lama-lama suka. Lagunya memang sedap pun. Lagu lain tak berapa nak dengar sangat.


Beberapa tahun lalu, bila dapat membeli cdnya. Barulah mendengarnya semula. Kali ini lebih menyeluruh. Tenyata hasil kerja ke2 dari line-up Andi Deris / Michael Weikath / Roland Grapow / Markus Grosskopf / Uli Kusch ini boleh tahan sedapnya. Rugi juga dulunya terlampau fanatik terhadap Kai Hansen/Michael Kiske.

The Time of the Oath lebih aggresive, berat dan raw jika hendak dibandingkan dengan Master of the Rings. walaupun dengan anggota baru, Mereka masih mengekalkan tradisi Helloween. Mungkin ianya bukan lagi seperti Keepers tetapi tidak juga terlampau pop seperi Pink Bubbles Go Ape atau Chameleon.


Andi Deris / Roland Grapow memang tidak mengecewakan. Banyak lagu sedap. Dari "Before the war" dan "Steel Tormentor" yang melodic, power ballad, "If I knew", mid tempo rockers, "A million to one" hinggalah yang epic seperti "The time of the Oath" dan "Mission Motherland". Semua best.

Tetapi memang tak boleh nak lawan la metal anthem, "Power" dan lagu balada tersangat sedap "Forever and One (Neverland)"..




5 comments:

  1. Aku suka album ni.. Memang follow up yang tak disangka dari Master Of The Rings, Time Of Oath ni heavy nak mampos.
    We Burn pun ni album kan? haha.. Forever & One, Helloween rasanya banyak peminat baru pasal lagu ni..
    Dulu aku ada satu kawan minat lagu ni hahahaha.. tak pernah dengar Helloween

    ReplyDelete
  2. Lagu dlm album ni yg aku suka sangat lagu "mission motherland" sekali dgr dah suka

    ReplyDelete
  3. Itu lagu forever and one.. sangat jiwa2 punya lirik.. kadang2 tu bikin nangis jgk dgr.. aku kagum ko minat lgu2 jiwa.. dan cakap pasal lagu2 jiwa ni.. album satu antara sejuta - febians jgn tak beli.. ini barang baik! hehe

    ReplyDelete
  4. biar betul... aku ada lihat mcm album ni jual kat cash n convert hari tu, tak tefikir pula aku nak belinya.. lagu forever and one tu mmg sedap gila...

    ReplyDelete
  5. Radio KL nye DJ pun suka pasang lagu tue dulu

    ReplyDelete