Tuesday, May 3, 2016

Welcome To The Real World

Lagi yang dah pun 31 tahun usianya...


Mr. Mister - Welcome To The Real World (1985)

Album ini mengembalikan kenangan 30 tahun yang lalu. Ketika itu saya sudah mula kemaruk dengan heavy metal. Muzik pop 80an telah mula sedikit demi sedikit saya tinggalkan. Abang saya yang berkerja di Kuala Lumpur pulang ke kampung dengan membawa 2 kaset pop yang beliau minati. Salah satu darinya adalah kaset ini. (yang lagi satu adalah A-Ha - Scoundrel Days)

Ini bukan heavy metal. Mereka adalah band pop rock yang acuannya seperti Toto, Starship, Survivor dan lain lain. Band-band sebegini sememangya kegemaran abang saya. Pengaruh pop 80an saya sememangnya datang dari beliau. Cumanya selepas saya terpengaruh dengan heavy metal beliau pula dipengaruhi oleh saya. Haha..

Mengikut blog xyrus zone, dalam entri >INI<. Welcome To The Real World berkedudukan di tangga ke 20 untuk album terbaik bagi tahun 1986. Walaupun ianya diterbitkan pada tahun 1985, tetapi ianya hanya mula menduduki carta no 1 Billboards pada awal 1986.


Apa yang saya ingat saya cukup tertarik dengan gambar covernya. Berjam menatap gambar band membernya yang bergaya ala-ala Duran Duran di sebuah ladang. Ketika itu Duran Duran pun dah berpecah menjadi Power Station dan Arcadia. Banyak juga lagu pop yang menarik pada tahun tersebut. Tetapi Mr. Mister tiba tiba muncul dengan 2 lagu hits. Kalau anda membesar pada tahun 80an pastinya anda pernah dengar "Broken Wings" dan "Kyrie" yang kedua-duanya menduduki carta no 1 di Billboards 200.

Album ini juga menduduki carta no 1. Sesuatu yang mereka gagal untuk ulangi sehingga mereka berpecah. Ketika zaman saya telah mula kemaruk dengan heavy metal, mana mana kumpulan yang mempunyai gitaris yang bagus pastinya menarik minat saya. Begitu juga dengan Mr. Mister. Pemain gitarnya, Steve Farris mempunyai solo solo yang bagus. Maka tak hairanlah yang beliau pernah dipelawa untuk seisi audition kumpulan KISS walaupun tak berjaya.

Selepas Mr. Mister beliau menjadi seasonist. Antara album popular yang beliau terlibat adalah Celine Dion - Falling Into You. Beliau juga bermain gitar untuk album Belinda Carlisle - Woman And A Man. Tetapi yang paling rocknya beliau pernah bermain untuk Whitesnake ketika tour mereka pada tahun 1997.

Jarang nak beli cd album 80an selain Duran Duran dan A-Ha. Tetapi Welcome To Real World selain dapat mengimbau kenangan silam, "Broken Wings" dan "Kyrie" sememangnya berbaloi untuk dimiliki.





5 comments:

  1. Dulu selalu dengo jiran sebelah rumah main lagu broken wings ngan kyrie tu.tiap2 hari masa balik dari skolah mesti ada.

    ReplyDelete
  2. bagus juga infonya, menarik ni.

    ReplyDelete
  3. gaya dan penampilan seakan-akan duran duran

    ReplyDelete
  4. Arcadia. Woooo dahsyat kenangan silam ni. Mr mister ya dorang famous amos dulu

    ReplyDelete