Friday, July 14, 2017

Scum

Yang dah 30 tahun pada 1hb Julai yang lalu...


Napalm Death - Scum (1987)

Grindcore bukanlah makanan saya. Tak berapa masuk sangat. Tetapi album ini ada kenangannya yang tersendiri.

Pertama kali mendengarnya pada tahun 1990, ketika menuntut di ITM Segamat. Ramai juga kenalan yang kaki metal. Bilik depan mengenalkan saya kepada Morbid Angel – Altar Of Madness manakala bilik sebelah pula membuatkan saya kenal kepada Napalm Death – Scum.

Ianya pengenalan pertama saya kepada genre grindcore. Masa tu tak tahu pun ianya dipanggil grindcore. Semua pun hentam death atau thrash metal. Kita yang biasa dengan lengok rock melayu jadi terkejut juga bila kali pertama mendengarnya.


Susah juga nak hadam. Walaupun hampir hari-hari juga mendengarnya. Manakan tidak, baru nak layan...lagunya dah habis...haha...

Lagunya pandek-pendek tapi banyak. Paling tak suka selalu "lost" tak tau dah track nombor berapa bila dengar menggunakan kaset. Tahu-tahu dah abis..tak perasan pun...paling win lagu "You Suffer"...haha..

*kalau tak ada versi cd NSR ni memang tak ada la kot cdnya dalam koleksi. Ianya bukan keutamaan. Tak nak komplen sangat la pasal inlay lipat 2 dan status cd ini. Rasanya dulu versi kaset VSP pun jenis inlay lipat 2 tak ada lirik...ntah la...dah tak ingat...




6 comments:

  1. kaset vsp inlaynya panjang ada lirik...tp album ni susah nk masuk..x rasanya pun sound grindnya..mcm lebih kpd hardcore punk...rasanya album FETO baru betul2 grind...anyway napalm tetap antara band fav

    ReplyDelete
  2. Album ni masa si mamat barney yg kerek tu lum join lagikan.aku pun tak berapa masuk genre grindcore ni.apam death

    ReplyDelete
  3. Ok yang ni memang makanan saya. cuma versi NSR ni teruk sangat packaging nya (maaf cakap) dan saya lebih prefer versi remaster sebabnya sound lebih warmth. Zaman Bill Steer (gitaris yang kini telah bersama Carcass) dan Lee Dorian (dia quit Napalm Death dan join Cathedral) join Napalm Death ni sebenarnya memang classic dan ada nilai sentimentalnya tersendiri kerana pada masa ini sound Napalm Death lebih ke arah Hardcore Punk (bunyi macam Discharge dan Extreme Noise Terror).

    ReplyDelete
  4. Pernah beli.Cuba hadam tapi tak boleh pergi. Switch to another Napalm (without 'death') - lesser known american trash metal. One of it's slow song make into 'Best of Soft Metal'album ... he he he. Aku tak boleh nak layan grindcore, doom metal lagi masyukk walaupun teramat letih mendengarnya. Grindcore mmg kena dgn nama. Lepas dengar terasa telinga 'berlubang' cam takder gegendang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa pun jenis lagu metal…yang sedapnya bila ada rif rif yang boleh hangguk kepala…tak kisah la grind ataupun doom….tapi for me…lebih prefer yang sedang sedang…haha…

      Delete