Monday, September 25, 2017

Babylon

Antara band yang tak pernah dengar lagunya sebelum ini...


Babylon Boxset 2 dalam 1 (2017)

Tahu nama band. Pernah terbaca tentangnya. Tapi tak pernah dengar lagu-lagunya. Awal 90an sememangnya tahun-tahun yang penulis kurang ambil tahu tentang rock melayu. Dengan keluaran semula seperti ini, dapatlah juga mendengar semula apa yang tertinggal dulu-dulu. Walaupun khabarnya ada juga kontroversi antara label dengan ahli band tentang keluaran boxset 2 dalam 1 ini.


Satu yang menarik tentang keluaran dari WEA adalah sound dan kualiti kertas inlaynya yang bagus. Tak adalah nak komplem sangat.

Ok kita pergi satu-satu


Babylon - Babylon (1991)


Orang kata band ini heavy metal. Harapan penulis sudah semestinya tinggi. Bila tengok ianya diterbitkan oleh M Nasir. Pastinya mereka sebuah band yang bagus. Rasanya bukan calang-calang band yang M Nasir nak terbitkan.

Seperti biasa ada beberapa lagu cari makan ciptaan M Nasir. Ni benda penting untuk popular dan jual album. Setakat nak harap mat rock yang beli memang tak boleh nak hidup. Penulis sendiri pun tak beli. Kena juga jaga market akak-akak lipat kain. Tapi tu lah. Saingan zaman tu tinggi. Kalau tak ada lagu leleh yang kuat memang susah la nak pergi jauh. Mungkin itu kekurangan Babylon. Sebab itu kurang poular dan penulis tak pernah pun dengar lagu mereka di mainkan di radio.


2 lagu lirik orang putih mereka memang bagus. Memang heavy metal. Satu tu agak kuat juga pengaruh Loundess ("Metal Fire"). Kalau tak tau mungkin ingat ini band Mat Salleh. Lagu-lagu berat yang lainnya selain lagu "Haruman Berbisa", lebih kepada mid tempo dan ada juga pengaruh doom ala Black Sabbath.

Kesimpulannya selain lagu lirik orang putih, lagu-lagu lainnya agak kurang kena dengan selera saya. Bukan nak kata tak bagus. Tapi tak kena selera. Satu yang baiknya pada saya adalah kerja gitar saudara Hassan. Memang bagus. Tabik! Dia agak underated kan? Khabarnya album-album awal Amuk dia yang mainkan.

Bersambung ke album 2020...esok, lusa tulat...atau ikut kerajinan....





6 comments:

  1. Banyak kali jugak tepandang n dah pegang2 tapi tak beli pun.pasal nak ambik rampage haritu..nanti aku ingat nak beli jugak la.black wings pun ada join babylon kejap kan

    ReplyDelete
  2. Kamal(bass) dah meninggal dunia.. Alfatihah..tepat tu bro 2@3 album awal Amuk memang Hassan gitarisnye.. mantoobb...

    ReplyDelete
  3. album yang berbaloi untuk dimilikki ini..yusrina support 100 percent untuk korang beli ni..heheh

    ReplyDelete
  4. sama la bro, dlu prnh dgr nama tp tk prnh dgr lgu2nya. nk cr jgk la cd ni. Tu drummer Naha org yg sama dlm SYJ ke

    ReplyDelete