Wednesday, May 16, 2018

Powerage

Yang dah 40 tahun usianya pada 5hb Mei yang lalu...


AC/DC - Powerage (1978)

Dah pernah buat entri pasal album ini 6 tahun yang lalu. Rujuk >SINI<

Saya bukanlah pengemar ACDC pada asalnya. Zaman awal terjebak dalam muzik rock, saya lebih mengenali logo mereka berbanding lagu-lagunya. Tiada siapa yang berada di sekitar saya yang mengemari ACDC. Oleh sebab itu saya agak lambat untuk mendalami muzik mereka.


ACDC adalah sebuah band yang tidak mudah hadam. Ramai yang berangapan muzik mereka hampir sama sahaja. Tetapi jika anda dapat memahami muzik mereka, ianya akan menjadi satu ketagihan. Itu yang terjadi kepada saya. 6 tahun yang lalu adalah tahun yang mana saya cuba untuk memahami muzik mereka. Kemudiannya terjebak dan membeli hampir keseluruhan album studio mereka.

Namun begitu, Powerage bukanlah sebuah album yang saya cadangkan jika anda baru hendak bermula. Separuh kedua untuk album ini sememangnya agak mendatar dan kedengaran agak sama sahaja. Memang langsung tidak sesuai untuk beginner.


Tetapi jika hendak mencuba juga. Saya cadangkan lagu Sin City atau Rock And Roll Damnation atau Riff Raff dan mungkin juga Down Payment Blues. Tapi jika semua ini tak boleh masuk, sememangnya anda bukanlah untuk ACDC.


*salam ramadhan untuk pembaca setia berteromber walaupun tuan tanahnya dah tak berapa nak setia untuk menulis sepanjang masa...terima kasih.







5 comments:

  1. Selamat berpuasa kepada Berteromber dan semua pembaca pembaca blog ini.

    ReplyDelete
  2. Powerage ni mmg tak penah dengar betul2 lagi.back in black je yg selalu layan

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan untuk Berteromber.. Teruskan menulis kalau ada kelapangan. It will make you sharp. Tak caya tanya Tun M..😀

    ReplyDelete