Wednesday, July 18, 2018

Maximum Destruktion



Aircraft - Maximum Destruktion (2017)

Selepas Ironbird, ini sebuah lagi cd band heavy metal tempatan yang berjaya memikat hati. Sebuah kumpulan yang agak misteri. Dianggotai oleh 2 orang individu hanya mahu dikenali sebagai Azgtex Warrior (gitar dan semua alat muzik yang lainnya merangkap sebagai pencipta lagu) dan Assassin Tiger (vokal dan penulis lirik).

Mereka memainkan muzik heavy metal lama. Pengaruh NWOBHM yang sangat kuat. Ianya akan mengembalikan nostagia anda ke zaman Battle Of The Band mahupun Juara Juara Rock. Produksi soundnya yang sedikit tenggelam sememangnya membuatkan kita seolah-olah terasa kembali ke zaman tersebut.

Mengandungi 8 lagu yang sedap dan senang melekat. Solo solo melodic yang memikat. Vokal yang menarik. Tiada apa yang nak di komplenkan sangat jika anda sukakan genre muzik yang sebegini. Lagu-lagu seperti Maximum Destruktion, Stranger Behind, Soul dan Speed of Thunder pasti akan membuatkan anda tersenyum kepuasan.


Mereka juga memilih untuk merakamkan semula lagu Kabus dari Metalian (Juara Juara Rock). Jarang jumpa band yang cover lagu ni. Setahu saya hanya band Ijau (Metuk Ulau Project) yang buat. (Ijau...ko patut dengar cd ni...haha...)

Satu lagi yang menarik, cd ini diterbitkan oleh label dari Jerman. Bukannya terbitan tempatan. Kalau label dari luar pun yakin, maknanya mereka ini memang cukup bagus. Terbaik!



* Cd tempatan kegemaran yang kedua untuk saya untuk tahun ini selepas Ironbird - Into The Evil (walaupun secara teknikalnya cd ini diterbitkan pada tahun lepas, disember)






5 comments:

  1. belum terjumpa lagi kabus versi cover diorang di internet, kalau ada letak link untuk sessi pra-dengar

    ReplyDelete
  2. klu tanya budak2 underground metal..mmg popular jgk la band ni...dulu keluar format kaset kerap kali aku tolong belikan kaset ni dekat kawan2...

    ReplyDelete
  3. Kena pre-order CD album nie, jumpa yg kaset je..

    ReplyDelete