Wednesday, April 21, 2021

Hanging In The Balance

Ada sesetengah cd yang dibeli hanya sekadar beli. Dengarnya tidak. Dah jadi tabiat untuk membeli. Mungkin ini juga adalah satu jenis penyakit.

Metal Church - Hanging In The Balance (1993)

Hanging In The Balance dari Metal Church adalah salah satu darinya. Dibeli kerana namanya adalah Metal Church. Hanya terperap di rak. Inlaynya pun tidak pernah dibelek. Rasa tergerak hati untuk mendengarnya hanya setelah membaca komen Saudara Azlan di dalam entri mana pun dah tak ingat.(terima kasih bro, antara pembaca dan pengomen setia).

Dengan gambar covernya yang agak pelik, saya jangkakan album ini pastinya akan dipengaruhi oleh keadaan semasa (awal 90an yang kebanyakan band metal berubah). Ianya juga adalah salah satu punca kenapa ianya tidak di ambil endah. Ternyata saya salah. Metal Church masih mengekalkan bunyi heavy metal atau ada yang menggelarkannya sebagai power metal acuan USA. Mereka langsung tidak terpengaruh dengan keadaan semasa pada ketika itu.


Ada lagunya yang kedengaran seperti Judas Priest (Down To The River) tetapi seacara keseluruhannya ia mengingatkan kepada album Savatage - Edge Of Thorns yang dikeluarkan pada tahun yang sama (awal tahun manakala Hanging In The Balance pada akhir tahun). Rupa-rupanya Paul O'Neill yang bertanggungjawap dalam album tersebut juga terlibat di dalam album ini dan bertindak sebagai musical coordinator selain pernerbit dan pencipta lagu bersama untuk 3 lagu.

Walaupun ianya agak berbeza dari album-album awal, kerana muziknya yang lebih lembut dan sangat melodic.Tetapi ianya telah menjadi salah satu album kegemaran saya. Hampir 2 minggu berturut-turut mendengarnya tanpa jemu. Kadang-kadang kita tak perasan pun benda yang bagus yang ada di dalam simpanan kita. Memang betullah kata-kata orang kampung saya, Dont judge a book by its cover...hahaha...





6 comments:

  1. ni kira macam jeruk juga bang, makin dijeruk makin sedap haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kira macam tu... Memang banyak jeruk dalam simpanan... haha..

      Delete
  2. tengok katalog RAL terkini banyak yang menarik, tapi tak tertarik picu lagi... antara tanda-tanda dah slow down hobi ni kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku cd memang dah slow down dah.. Pasal tajuk yang aku nak majoritinya dah ada.. Tapi dah terjebak ke lp pulak... Ni lagi la jahanam.. haha...

      Delete
  3. Cuba-cuba mengingat bila dan kat mana aku beli kaset metal church ni (dah lunyai dan hilang). Aku rasa dalam tahun 93 - 94 semasa a level kat ppp,itm. Tapi mmg confirm dah lupa terus. Mmg xde nostalgic value album ni. Dulu memang susah nak dpt review metal album. Dunia masih struggle dgn pentium 66, 100,133. Internet pun baru lahir. Berita pasal album pun keluar dalam zine underground yang jugak susah nak jumpa. Mimpi la keluar mainstream media. Kenaselalu risk kat kedai cd. Album ni beli pun berdasarkan cd cove untuk judge jenis metal nak. Mungkin dulu ingat sound dia macam riot thundersteel kot. Bukan album ni saja, 50% cd rock/metal yang dibeli dulu berdasarkan cover semata-mata. Janji elak grunge, some pop music dan metal yg tak sedap dengar. Dan 90% yg aku beli aku suka dengar. Funny but true.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2 keadaan kewangan pun tak mengizinkan. Biasanya aku akan berpakat dengan kawan2, ko beli yang ini dan aku beli yang itu. Itu sahaja cara nak dengar lebih banyak band. Semuanya trial and error. Kalau yang dia beli tu best, mungkin aku akan kumpul duit untuk membelinya jugak. Zaman itu nama band (yang dibaca dari thank list di inlay kaset2 kegemaran) dan cover yang nampak rock/metal sememangnya memainkan peranan. Tapi ada masanya tertipu juga...contohnya kawan aku ingatkan Linear tu kumpulan rock... iyerla..rambut panjang2 semua...hahaha...

      Delete