Album terbitan tahun 2022 yang kedua berjaya dimiliki...
Voivod - Synchro Anarchy (2022)
Voivod bolehlah dikatakan sebagai sebuah band yang agak
unik. Mereka banyak kali berevolusi dari satu album ke album yang lainnya.
Muzik mereka agak mencabar bagi pendengar biasa. Muzik yang progressif,
avant-garde dan psychedelic sememangnya agak sukar untuk dihadam. Saya sendiri
sering mengambil masa untuk menikmati muzik mereka. Satu-satunya album mereka
yang paling mudah hadam bagi saya adalah Angel Rat (1991). Tetapi ianya
bukanlah album yang diminati oleh majoriti peminat mereka kerana ianya lebih
pop dan mudah.
Synchro Anarchy adalah yang terbaru dari mereka. Masih mengekalkan ciri-ciri yang sama seperti beberapa album sebelumnya. Masih mengambil masa untuk hadam. Setelah 10 kali pendengaran pun masih belum dapat tangkap keseluruhannya. Namun begitu ianya adalah lebih melodic berbanding album sebelumnya, The Wake (2018).
Sememangnya harapan saya begitu. Maklumlah sebagai pengemar Angel Rat sudah tentu saya berharap mereka akan kembali ke zaman tersebut. Tetapi Synchro Anarchy mempunyai “rasa” yang kuat kepada era Nothingface (1989). Sesuatu yang baguslah jika anda pengemar tegar Voivod.
Satu yang menarik tentang mereka bagi saya adalah sound mereka. Walaupun tanpa gitaris asal, Piggy (meninggal dunia pada tahun 2005). Penggantinya, Chewy berjaya menghasilkan sound yang hampir sama. Memang tak akan perasan la bagi yang tak tahu.
kenal nama Voivod sebab Jasonic
ReplyDelete