Antara album pilihan untuk 2023...
L.A. Guns - Black Diamonds (2023)
Siapa kata hanya di Malaysia sahaja ada band berebut nama dan berpecah dua. Band orang putih pun sama. L.A. Guns adalah salah satu contohnya.
Yang ini adalah album terbaru dari kem Tracii Guns (gitar) dan Phil Lewis (vokal). Mereka berdua adalah pemegang hak atas nama L.A. Guns selepas menang tuntutan di mahkahmah. Ini adalah album ke 4 dari reunion mereka berdua.
Aktif sungguh. Satu album untuk setiap 2 tahun semenjak 2017. Namun begitu masih belum kekeringan idea. Walaupun sedikit merundum dengan album sebelumnya (Checkered Past – 2021), Black Diamonds membuktikan yang mereka masih tetap relevan untuk genre muzik yang sebegini. Banyak lagu yang sedap.
Kalau ada yang kurang pun rasanya dari segi mixing. Soundnya agak tenggelam. Perkara yang sama dari album sebelumnya. Mungkin juga itu sound yang mereka mahukan. Tetapi bagi yang sukakan sound bersih ianya sedikt menganggu. Selain dari itu, tiada apa yang nak dipertikaikan. Masih terasa aura glam metal 80annya.
Dengan tak banyak pembelian album baru untuk 2023. Rasanya album ini mungkin akan masuk senarai untuk album kegemaran untuk 2023.
*kita tunggu pula album terbaru dari kem yang lagi satu (Riley’s L.A. Guns) yang akan terbit tak lama lagi. Berdasarkan satu lagu yang dah disiarkan di youtube, band serpihan yang dianggotai oleh Steve Riley (drums) dan Kelly Nickels (bass) ini ternyata tak kalah. Harapnya akan lagi bagus dari album sebelumnya, Renegades (2020).
nanti try dengar
ReplyDelete