Monday, October 9, 2023

Slaves And Masters

 Yang menyambut ulangtahun ke 33 pada 5hb Oktober yang lalu...

Deep Purples - Slaves And Masters (1990)

Slaves dan Masters adalah Deep Purple yang berbeza. Kalau tak kerana trademark sound gitar Ritchie Blackmore dan Hammond organ Jon Lord, ia sememangnya lari terus dari bunyi kebiasaan Deep Purple.

Salah satu penyebab utamanya adalah Joe Lynn Turner. Gaya nyanyian beliau lebih bercirikan penyanyi pop. Sememangnya berbeza dari zaman Ian Gillian mahupun David Coverdale yang lebih kepada hard rock dan blues. Pengaruh pop beliau dah boleh dikesan semenjak zaman beliau bersama Rainbow dan Malmsteen lagi.

Percubaan sebegini biasanya akan gagal secara komersil. Ramai peminat tegar tak suka. Tetapi jika anda tak berkira tentang Deep Purple bermain pop rock ataupun AOR, album ini sebenarnya bagus. Banyak lagu sedap. 

Saya sendiri tak ambil tahu pun tentangya dulu. Bukan kerana mereka sudah berubah. Tetapi lebih kepada selera muzik yang berlainan. Satu-satunya lagu yang saya tahu hanyalah lagu balada "Love Conquers All". Itupun kerana lagunya ada dimainkan di radio. Sekali dengar memang tak boleh nak cam itu lagu Deep Purple.

Mungkin bukan yang popular dari mereka. Tetapi ianya sedap!


1 comment:

  1. JLT memang sound pop..Seingat aku AOR yang aku boleh layan hanya Foreigner dan Gary Moore bila beralih ke arah genre itu...AOR Rainbow pun dulu aku lambat nak serap sebab telinga aku masih dengan RJD & album LLRNR...

    ReplyDelete