Thursday, February 2, 2017

The Gathering

Yang dah 21 tahun....


The Gathering - VSP Ultimate Underground Collections (1996)

Antara cd yang terlupa ada dalam simpanan. Baru perasan tarikh diterbitkan adalah tahun 1996. Terlepas untuk buat entrinya pada tahun lepas.

Cd ini di beli pada penghujung 90an. Di sebuah kedai kaset di Plaza Tesek, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor. Muzik Valley kalau tak silap. Lama dah tutup kedai ni. Memang dah tak ada rasanya kedai kaset kat situ. Plaza Tasek pun rasanya dah bertahun tak saya kunjungi. Kedai tersebut walaupun banyak lagu cina, tetapi mereka banyak juga menjual cd-cd band underground tempatan terutama terbitan VSP. Ada beberapa tajuk juga yang sempat saya beli.


Jujurnya pada ketika itu saya agak ketinggalan dengan scene underground tempatan.Kemaruk bercintan pada pertengahan tahun 90an adalah salah satu dari sebabnya..haha..Cd kompilasi ini merupakan tempat saya untuk mula kembali mendengar apa yang saya tertinggal di pertengahan tahun 90an.

Dalam banyak-banyak band dalam kompilasi ini, hanya yang tak metal macam Carburator Dung dan Lost Souls sahaja yang saya ada album penuhnya. Yang metal pula cuma D'Cromok. Tersangat la "poser"nya saya ini...hahaha...


Dengar lagu "Boo Hoo Clapping Song", mengingatkan saya kepada kaset "Song For Friends". Ianya sekarang telah pun selamat menjadi milik Tuan Adi Herman pemilik blog Molotov Cocktailz. Dengar ceritanya harga kaset tersebut sekarang agak "keras" juga di pasaran....






6 comments:

  1. selalu tgk org jual kaset2nya saja, ni macam pertama kali tgk versi cd ni, kalau jual ni mesti meletup harganya haha... kaset dung tu memang keras harganya dipasaran ni, tambah2 itu hari ada isu ada org mau reisu jadi cd, siap2 nak gi saman ohhh terus senyap cd tu, makanya bertambah keras lah harga kaset tu.

    ReplyDelete
  2. gathering2 ni teringat djaman gathering mIRC dulu2 kah kah kah...

    ReplyDelete
  3. Eastern Barbaric Skullkrusher amat sedap. VSP mmg label yg lejen.

    ReplyDelete
  4. Member serumah dulu penah beli kaset ni.penah dengar la skali lalu je.heheh

    ReplyDelete
  5. Boleh dapat ratus2 jugak ni kalau jual. Sekarang kira zaman orang collect cd/kaset lama..

    ReplyDelete
  6. dalam kompilasi in Suffercation adalah yang terbaik

    ReplyDelete