"Lagenda"...satu perkataan yg terpikir kat kepala otak aku bila sebut pasal Sweet Charity...teringat2 zaman sekolah rendah dulu band2 yang popular pada zaman tu Kembara,Carefree,Black Dog Bone,Blues Gang,Flybaits dll...tapi Sweet Charity ni amat berlainan...kenapa?..pasal mereka rock ...ketika Carefree,Black Dog Bone berambut afro...Ramli Sarip and the gang berambut panjang...mereka memang berlainan dari band2 popular pada masa tersebut...aku tak sure band manakah yg terawal sekali main rock ni...tapi yg pasti Sweet Charity lah yg paling berjaya..walaupun ketika itu aku belum rock lagi tapi terpengaruh jugak dgn Sweet Charity sikit2 bila mendengar kaset2 yg abang aku bawak balik..budak2 remaja tempat aku ketika akhir2 70an dan awal 80an tu dah start layan rock...scorpions,purple tu semua...lepak simpang...mmg jamming gitar tong lagu Sweet Charity...aku?...hmmm...tak tau apa2 lagi...budak sekolah rendah la katakan...cuma pandai conteng logo2 band rock ni kat beg "swan" sekolah agama aku ajer...hehe...
kenapa yer band2 rock 70an dulu kebanyakannya berasal dari Singapura (correct me if i'm wrong)...kemudiannya melarat ke JB...adakah sebelah selatan lebih advance ketika itu...ntah la..aku masih ingat band2 macam The Unwanted dan Kingdom In Rock yg juga berasal dari Singapura...

Ini adalah album pertama Sweet Charity dan album yg paling aku tak tau..(yg aku tau mula dari Pelarian)..cd ini adalah edisi khas yang dikeluarkan semula oleh WEA pada tahun 2004. Sayangnya tidak seperti di negara2 barat yang mana album re-issue biasanya mengandungi biodata lengkap sejarah band dan lagu2 bonus...tapi re-issue kat Malaysia ni macam melepaskan batuk di tangga...nampak sangat syarikat rakaman di Malaysia hanya mementingkan keuntungan semata2...tapi nak buat camnerkan...daripada takder tu...baik ada...harga pun murah :p (harap2 sangat lah daripada syarikat2 rakaman tu buat album kompilasi leleh...ada baiknya dorang release balik full album band2 lama ni...kan lagi bagus...)
Aku terpaksa menyelongkar di internet untuk mengetahui bila album ini diterbitkan...mengikut wiki bahasa melayu album ini diterbitkan pada tahun 1979..ikut line-up tulis kat cd ni cuma 4 orang...tapi gambar cover tu 5 orang...iskh...kena siasat lagi...hasilnya kalau tak salah la yer..ini la line up untuk album ni
Ramli Sarip - Vokalis Utama
Rosli Mohalim - Gitar
Syed Hassan Al-Attas (Allahyarham) - Bass
Rahman Sarbani - Drum
Ahmad Jaafar - Keyboard @ Vokalis Kedua
Tracklists
1. Bingung (copyright controlled/A Hussaini Ajmain)
2. Bertemu Dan Berpisah (M.Nasir/A Hussaini Ajmain)
3. Bersenda (A Hussaini Ajmain)
4. Tak Sepertimu (copyright controlled/Adlim Es)
5. Masalah (Adlim Es)
6. Seniman Di Rantau (Sweet Charity,A Ali,A Hussaini Ajmain)
7. Bayang Bayangku (copyright controlled/Adlim Es)
8. Sama Sama Merasa (A Hussaini Ajmain)
9. Anak (Balada Seorang Ibu Tua) (Freddie Aguilar/A Hussaini Ajmain)
10.Hujan (Sweet Charity & M.Nasir/A Hussaini Ajmain)
11.Teratai (copyright controlled/Chacken B
12.Angan Angan Saja (copyright controlled/Kamali Hudi)Ketika membeli cd ni beberapa tahun yang lalu...baru aku tau yg lagu Teratai ni dari album dia org yg pertama..dan baru jugak aku tau yang lagu ni bukan lagu asal Sweet Charity...satu yang musykil...kenapa ek album2 lama zaman 70an suka ambik lagu2 saduran (lagu yang dinyanyikan semula)..contoh album ini sahaja..separuh dari lagu2nya adalah lagu saduran...kurang yakin dengan lagu sendiri?...atau mungkin memang trend pada masa itu mengambil lagu2 yg telah popular...banyak pulak lagu2 Indon yang dinyanyikan semula oleh Sweet Charity ni..sapa tau lagu Teratai ni sapa penyanyi asalnya (siasatan aku di internet gagal...iskhhh)

Secara amnya...album ni bukanlah berkonsep heavy rock macam Black Sabbath atau Deep Purple walaupun bunyi keyboard ala2 John Lord disana sini...tapi rasanya lebih macam Santana kot...lagu yg paling heavy pun cuma satu lagu aje iaitu Bayang Bayangku (Mael Real X pun pun pernah cover lagu ni...lagu asal dari kumpulan Foreigner iaitu Double Vision)..terdapat jugak lagu joget iaitu Bersenda (rasanya inilah lagu selain teratai dan Anak yg aku pernah dengar sebelum ni...kat mana tak ingat...kat radio masa aku kecik2 kot...)
Terdapat jugak 2 lagu yang aku rasa antara ciptaan terawal M.Nasir...lagu slow Bertemu Dan Berpisah tu layan jugak...kalau dirakam semula ada kemungkinan boleh popular...dan jugak ada lagu A. Ali (menurut wiki bahasa melayu...A.Ali jugak pernah join Sweet Charity sebelum Kembara)..dan tak ketinggalan lagu Anak (lagu popular penyanyi folk Filipina Freddie Aguilar)..tak banyak lagu2 ciptaan Ramli Sarip atau Sweet Charity...tak tau kenapa...
Rasanya jugak...ada lagu dari album ini yg bukan dinyanyikan oleh Ramli Sarip..kalau tak silap aku ada 2 lagu (Masalah dan Seniman Di Rantau)...aku agak2 lah...suaranya agak lain bagi 2 lagu ni...rasanya Ahmad Jaafar kot yg nyanyi pasal aku tau Ahmad Jaafar memang ada menyanyi contohnya lagu Terharu...apa nak buat maklumat di cd tak lengkap...
bagaimanapun...secara keseluruhannya..ok la..kalau nak layan 70's rock melayu yg ala2 Santana boleh la layan album ni.