Saturday, March 14, 2009

Nasib je tu..

eleh...menang nasib pun korang nak kerek ker?...takder efek pun kat league table...

main pun kurang satu game kan...enjoy...enjoy...(nak menyedapkan hati...hahaha...siak arr)

Friday, March 13, 2009

Tun Teja : Ke Melaka Lagi Part 1

Rasanya baru sangat aku ke Melaka...saman parking tu hari pun belum berbayar...dah ke Melaka lagi...kali ini aku ke Umbai,Melaka kerana menghadiri majlis kawin sepupu aku...banyak la pulak jemputan kawin time2 tgh sesak2 camgini...haha..tapi bukan pasal majlis kawin yg aku nak citer...tapi pasal sejarah...



Dalam perjalanan aku lalu jln lama Muar ke Melaka...anak2 aku ternampak pulak signboard Makam Tun Teja....kerana excited dengar citer atuk dorang kisah sejarah Tun Teja dalam perjalanan pergi tu...akhirnya atas desakan anak2 terpaksa jugak la aku menyinggah ke makam tersebut dalam perjalanan pulang...ok la...aku pun tak pernah sampai ke tempat ni..




kat mana tempat ni?...entah ek..aku lupa pulak nama tempat ni...tapi kat area2 kampung kawasan Umbai la...ala area2 tempat ikan bakar yg popular tu la...lalu situ sure nampak signboard punya...makam ni kat kawasan sawah padi...kat tengah2 sawah pun...sapa2 yg tak pernah tengok sawah padi dari dekat tentu excited la...macam anak2 dan wife aku...jakun tengok pokok padi...hahaha...



Rasanya kawasan sekitar makam ni baru dibina...pagarnya pun nampak baru...pondok tunggu bas merangkap warung kat pintu masuk pun nampak baru dan belum bertuan...meter letrik pun tak pasang lagi...mungkin baru je siap kot..


inilah dipercayai makamnya...pelik yer...kenapa ek kubur2 lama biasanya panjang2...apa2 pun Al-Fatihah..


Kepada yang malas nak bukak buku sejarah (bukan buku sejarah pak maun eh...hahaha...)tapi nak tau pasal Tun Teja...klik la gambar2 berikut(nak klik iklan nuffnang kat atas tu pun boleh jugak...apasalahnya...hehe)...dan bacalah sendiri sejarah ringkas pasal Tun Teja ni...














terdapat juga sebuah perigi lama kat situ..tak sure apa sangkut paut perigi ni dengan Tun Teja..

;
last sekali...khas untuk yang tak pernah tengok pokok padi...ni close up aku ambik :D

Tuesday, March 10, 2009

Generasi Apache



Ada seorang rakan yang tak pernah tengok mana rupa kaset Apache yang popular sangat pada tahun2 80an dulu..so kerana itu...aku menyelogkar gerobok rumah aku dan rumah family aku...akhirnya terjumpa lah beberapa keping yg masih terselamat.


antara yang terselamat...dah lebih 20 tahun dah kaset2 ni...kira rare ni...


Buat yang tak tau...harga sekeping hanyalah RM3.00...tapi mahal jugak la bagi seorang budak sekolah macam aku yg dapat duit kocek 50sen sehari pada masa tu ...ikat perut hari2 tak makan demi nak beli kaset2 ni..


contoh cover depan


lagi contoh packaging kaset apache ni


belah dalam ada lirik ..ada yg tak der..nasib la kan..yang ori pun banyak takder lirik


rupa bentuk kasetnya...tajuk kaset kena tulis sendiri tu...hehe..



tulisan ROCK ROCK ROCK kat bawah dan lambang kepala red indian tu memang trademark dia la..


Kaset original zaman tu memang susah nak dapat...tak silap aku kaset ori omputeh baru dalam RM9 hingga RM11 kot...tapi memang payah giler nak dapat...kat area pekan kat kampung aku Ulu Tiram, Johor..memang jual kaset pirate aje tapi dengan adanya kaset apache ni la yang mengajar aku band2 rock omputeh...terimakasih lah pada tokey apache ni..ntah sapa la tokey dia ni...mesti dia pun mat rock kot...hehe..

Rasanya menjelang penghujung 80an...tahun2 dimana kerajaan giat membenteras cetak rompak..kaset apache ni mula pupus dari pasaran...satu yang aku suka pasal kaset ni....walaupun pirate...tapi ada dia punya kualiti boleh tahan la...ada antaranya boleh di gunakan sehingga sekarang berbanding kaset2 ori terutama keluaran EMI dan WEA...memang hampeh...bunyi tenggelam giler kalau simpan lama..contoh kaset2 Iron Maiden aku la...semua dah tak boleh dengar...bunyi tikus tu satu hal...tenggelam giler bunyinya...memang hampeh...

Apa2 pun..kaset2 ni aku akan simpan sebagai kenangan...memang tak jual ahh.. :D

Friday, March 6, 2009

Picagari



Ada sapa2 pernah dengar band ni? Sodom Malaysia ni...
zaman2 thrash melanda tanah melayu akhir 80an dulu nama band ni memang gah...sengkatan dgn Punisher,Nemesis,Rator tu semua...

Gambar kartun ni aku ambik dari fanzine aedes isu no 5 March 1992..pelukis kartun ni jugak adalah drummer band ni iaitu saudara Nen. Nen jugak pernah join Kump Belantara selepas album Srikandi Di Sisi yang pernah muncul kat muzik2 TV3 tapi tak pernah terlibat dalam rakaman album...

Aku rasa bro Gayour mungkin kenal kot dgn Nen ni...tak silap aku senior bro Gayour masa kat majalah Gelihati dulu...kartun dia yg terkenal tak silap aku pasal mat motor tu...streethawk ker apa nama dia..ingat2 lupa ahh...maklum la dah lama...selain bro Gayour...aku minat betul kartunis Nen ni..mana la pergi brader ni sekarang agaknya...

sedikit info pasal Picagari (di ambil gambar dari Aedes Fanzine)



sila klik untuk gambaran lebih besar

Thursday, March 5, 2009

Meeting bawah pokok

Teringat masa zaman bebudak dulu menyerahkan surat meeting PIBG masa balik sekolah kepada makbapak…sekarang selepas berpuluh tahun (puluh tahun?…tua sungguh…haha) turn aku pulak terima surat macamgini daripada anak2 aku…rasa macam déjà vu pulak…haha..cepat betul masa berlalu…

Sebenarnya selama 6 tahun anak sulung aku bersekolah memang jarang bebeno aku pergi meeting PIBG ni…kalau tak kerana ada majlis penyampaian hadiah dan anak2 aku dapat hadiah memang tak kuasa aku nak pergi..kenapa…pasal aku tau ramai kaum bapa yg tak pergi..so peratus untuk kena lantik jadi ajk PIBG amat lah tinggi…dan sama seperti tahun2 sebelumnya…aku keluar semasa proses pencalonan…masuk balik bila semuanya selesai…hahaha…tak sporting sungguh..

Ada orang cakap aku komplen je pandai…suh jadi ajk tak nak…cakap belakang jer..tapi sesungguhnya aku tak berminat utk jadi leader..bagi aku org yg kuat komplen ni umpama consultant..bagi cadangan mana yang tak betul..kritik mana yang menyimpang...laksana ke tak tu bukan kerja consultant..dan consultant tak semestinya kedepan jadi leader..dah namanya pun “consult” kan…yang pegang kuasa lah kena laksanakan…tak semua orang di lahirkan untuk jadi leader...betul tak?

Satu lagi aku tak berkenan ngan muka2 ajk dan cikgu beso tu…nak buat rampasan kuasa..aku tak berminat untuk berkuasa...kang aku bergaduh baling2 kerusi masa meeting kang apahal…semua nak tunjuk kuasa..politik kecil2an la katakan…kena pulak ada muka2 politik kat dalam tu…mintak cadangan tapi abis semua di vetokan…susah sangat ker nak terima pandangan ahli biasa ni..sama macam politik negara ahh...

Dalam riuh Hishamudin Onn cakap tiada yuran sekolah dikenakan…tahun ni aku kena RM80 seorang…(belum masuk RM30 yuran pendaftaran PIBG)..naik berganda2 dari masa yang yuran tak free tu…ceh!…bagi aku ok la…tapi yang anak 6 tu…yang gaji kecik tu...dah la waktu gawat…kilang pun dah tutup…gaji tak naik…bonus tak der…pehal!!! nak ajer aku buat meeting PIBG sendiri bawah pokok ala2 macam kat Ipoh tu...hahaha...

Pergh…akhirnya berjaya aku membebel dlm blog aku yg sebelumnya asik citer pasal metal dam Manchester United ajer…hahahaha..

Apa2 pun ni tribute untuk anak2 aku yang dapat hadiah terbaik maths dan english hari tu…time camgini rasa bangga sungguh jadi bapak…hmm sekarang baru aku tau apa persaan makbapak aku dulu…so moral of the story…janganlah menyusahkan mak bapak korang..hehe

Monday, March 2, 2009

No. 2



Manchester United won the 2009 Carling Cup final on penalties.

After 129 goalless minutes,Sir Alex Ferguson's men triumphed 4-1 in the penalty shoot-out to lift the trophy at Wembley.
Jamie O'Hara saw his effort saved by Ben Foster and David Bentley fired wide either side of Vedran Corluka's successful spot-kick as United claimed the first major silverware of the season.

Ryan Giggs,Carlos Tevez,Cristiano Ronaldo and Anderson all scored their penalties for the men from Old Trafford who remain on course for a clean sweep of five trophies.



walaupun aku terpaksa berjaga sampai pukul 2 pagi...walaupun cukup tersiksa aku nak bangun pagi tadi...walaupun produktiviti kerja aku merundum hari ni (hehe..ngantuk..nasib boss tak pandai baca blog...hahaha) tapi aku PUASSSSSSSS!!!!!!

er..plus pointnya loserpoo kalah minggu ni...muahahahaha

No 1 - Club world cup trophy

No 2 - Carling Cup trophy

No 3...NEXT!!!!!!!!!!!!!

Saturday, February 28, 2009

Riak Maidenwi

aku tak der apa2 rare items Iron Maiden pun yang nak ditunjuk...aku bukanlah kolektor tegar..teringin..tapi tak berduit...haha..tapi baru2 ni baru aku perasan dulu aku ada beli kaset single ni..

khas untuk sedara Ibrisam...nah!!...hehe..







Track Listing

1-"Be Quick or Be Dead" (Bruce Dickinson, Janick Gers) – 3:25
2-"Nodding Donkey Blues" (Iron Maiden) – 3:18
3-"Space Station #5" (Ronnie Montrose; Montrose cover) – 3:47



Patutkah aku jual?... :D