Sebuah lagi tempat yang sempat dikunjungi masa ke Pulau Pangkor tempohari.
Runtuhan Kota Belanda (Dutch Fort). Nak tahu cerita lebih detail sila rajinkan diri untuk "google".
Harapnya boleh nampak apa yang di tulis dalam gambar di atas (click to enlarge). Secara ringkasnya ianya dibina oleh Belanda pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah.
Kemudiannya di musnahkan oleh orang tempatan pada tahun 1690 kerana tidak bersetuju dengan cara Balanda memperolehi bijih timah tersebut
Kemudiannya di bina semula oleh Belanda pada tahun 1743 dan digunakan sehingga tahun 1748...lepas tu terbiar...
Sehinggalah kemudiannya dibina semula oleh Jabatan Muzium pada tahun 1973 dan diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah...
arghhh...penat la nak menaip...sila google sendiri la sejarah dia...hahaha...
Masuk free...tak kena bayar....siapa-siapa minat sejarah patut pergi
ok dah....
.
Tuesday, January 13, 2015
Monday, January 12, 2015
Back to school 2
Bulan naik sekolah adalah bulan untuk berpuasa dari membeli segala hobi duniawi....ni baru seorang...kalau ada 3 atau 4 anak yang sekolah berasrama.....memang pengsan tengok duit yuran...nasib tahun ni tinggal seorang...
Apa-apa pun selamat kembali ke sekolah terutama kepada ibu bapa yang anak sulongnya masuk darjah 1. Kemaruk nengok masing-masing excited ambil gambar dan rakam video anak di sekolah...biasalah tu...nanti bila anak yang no 3 atau 4...memang buat tak tahu ajer la...hahaha...
Friday, January 9, 2015
Throwback : 1985
30 tahun telah pun berlalu. Tetapi ianya bolehlah dikatakan sebagai titik permulaan untuk saya menemui genre muzik yang saya gemari. Ini adalah tahun yang saya mula mencari muzik secara sendiri bukannya lagi apa yang abang saya dengar itulah yang saya dengar.
Dari awal lagi saya sudah sedar yang saya lebih mengemari muzik yang ada bunyi gitar. Awal 80an adalah zaman dimana abang saya sedang kemaruk dengan muzik new-wave dan saya juga terpengaruh sama. Walaupun saya sukakan Pet Shop Boys ataupun Wham, tetapi saya rasakan lebih seronok apabila mendengar muzik yang "guitar oriented" seperti Bryan Adams ataupun Rick Springfield.
Pengalaman pertama kali mendengar lagu "2 Minutes To Midnight" dan terus "jatuh cinta" mengesahkan lagi kecenderungan genre muzik saya. Tambahan pula saya mula bertemu dengan rakan-rakan sekolah yang satu kepala.
Album-album di atas yang diterbitkan pada tahun 1985 adalah antara penyumbang utama untuk saya mula jatuh hati dengan genre "heavy metal". (Tapi masa tu semua pun orang panggil rock, tak ada sub genre pun). Tambahan pula pada ketika jenama-jenama kaset "pirate" seperti apache, rock world, foot print dan beberapa lagi yang telah saya lupa telah mula muncul di pasaran. Sayangnya banyak yang telah saya hilang.
Tetapi pada saya yang membuatkan ramai budak-budak melayu sezaman saya celik mata pada muzik rock pada ketika itu adalah bila munculnya album ini...
Walaupun band-band rock dari Singapura seperti Sweet Charity, The Unwanted, Kingdom in Rock dan lain-lain telah pun muncul lebih awal. Teapi Search muncul dengan muzik rock semasa. Muzik rock dengan pengaruh NWOBHM bukannya lagi rock 70an.
Menjelang penghujung 1985 hingga ke tahun 1986, saya telah mula kemaruk mendengar muzik rock. Kemunculan album Batte of the Bands (1986) menguatkan lagi minat saya sehinggakan mempunyai band rock sendiri (band budak sekolah yang syok sendiri...hahaha..) ...and the rest is history....
Wednesday, January 7, 2015
Night at the Museum: Secret of the Tomb
Night at the Museum: Secret of the Tomb (2014)
Bahagian ke 3 dan terakhir untuk trilogi Night at the Museum. Saya tidak mengharapkan yang lebih sekadar penghabisan yang baik pun sudah cukup. Ternyata itu yang saya dapat. Keterujaan melihat patung muzium menjadi hidup memang tak akan berulang seperti siri yang pertama. Biasalah bila dah yang ke 2 atau yang ke 3...keterujaannya tak sama seperti yang pertama.
Jika anda pengemar siri ini, sudah pasti anda akan berpuashati atau mungkin sahaja habuk akan masuk ke mata. Terutamanya bila menyaksikan babak perpisahan. Tambah-tambuh pula seperti yang kita ketahui ini adalah penampilan terakhir buat Robin Williams dan Mickey Rooney di layar perak.
Bagi yang tidak pernah mengikuti siri ini, mungkin filem ini hanya biasa-biasa sahaja untuk anda. Tetapi saya pasti bahagian lawaknya pasti membuatkan anda terhibur. Tabik juga buat Hugh Jackman yang membuat lawak dengan berlakon sebagai diri sendiri.
Saya berharap ini benar-benar penamat bagi Night at the Meseum. Semoga Ben Stiller akan mendapat watak yang lebih bagus dalam filem-filemnya yang akan datang. The Secret Life of Walter Mitty bagi saya adalah penanda aras baru bagi beliau.
Kesimpulannya saya terhibur. Bukan kah itu yang kita cari dalam menonton filem?
Tuesday, January 6, 2015
Back to School
Ok...belum back to school...banjir punya pasal sekolah tangguh lagi seminggu...tapi mana-mana mak bapak yang anak dah masuk sekolah pasti akan merasa pengalaman ini....
Rutin awal tahun untuk mak bapak. Sakit pinggang ooo... Nasib tinggal seorang ajer. Yang satu dah besar dah pandai sampul sendiri dan yang lagi satu dah abis sekolah.
Mana-mana yang anak belum masuk sekolah tu... tunggu lah korang punya turn nanti...hahaha
tapi untuk yang terlebih rajin...lebihan sampul tu boleh la buat plastik sampul (plastic sleeve) untuk lp...membazir itu kan amalan syaitan....huhu...
![]() |
| Menyampul buku...ok abaikan latarbelakang cadar tu...heheh... |
Rutin awal tahun untuk mak bapak. Sakit pinggang ooo... Nasib tinggal seorang ajer. Yang satu dah besar dah pandai sampul sendiri dan yang lagi satu dah abis sekolah.
Mana-mana yang anak belum masuk sekolah tu... tunggu lah korang punya turn nanti...hahaha
tapi untuk yang terlebih rajin...lebihan sampul tu boleh la buat plastik sampul (plastic sleeve) untuk lp...membazir itu kan amalan syaitan....huhu...
Monday, January 5, 2015
Mini Great Wall of China di Pulau Pangkor
Hari tu masa ke Damai Laut, sempat juga menyinggah sebentar ke Pulau Pangkor.
Tak ada mandi laut ker apa...ikut program yang dah dirancang oleh Swiss Garden. Antara programnya adalah melawat ke Mini Great Wall of China.
Ini adalah kunjungan ke 3 saya ke Pulau Pangkor, tetapi kali pertama bergambar sakan di kawasan ini.
Terletak di lereng bukit di sebuah kawasan tokong cina. Yang jadi menariknya adalah replika kecil tembok besar china yang dibina di sekitarnya.
Yang tak menariknya...penat la pulak nak kena mendaki...adoii..tak terlarat nak kejar si kecik tu berlari...
Tapi bila sampai atas...kira puas hati jugak la bila nampak pemandangan yang cantik...
Ok la tu...nak tengok tembok yang betul belum lagi termampu...yang kecik ni pun jadi la...
btw...mengikut kata pemandu pelancong...nak beli cenderahati macam fridge magnet, key chain...kat kawasan ini adalah yang paling murah...agaknya la kot...saya tak buat survey pun...

Friday, January 2, 2015
Help!
Yang pertama untuk 2015…50 tahun...memang dah tahap atuk nenek ni…
Saya tak banyak koleksi album-album dari tahun 60an. Atau mungkin memang tiada pun kecuali album-album dari The Beatles. Sejujurnya saya tidak pernah didedahkan secara "direct" kepada muzik mereka. Hanya sesekali mendengar di radio. Maklumlah saya pun hanya dilahirkan ke dunia pada awal 70an.
Ketika dunia di kejutkan dengan kematian John Lenon (semasa itu saya di sekolah rendah), barulah saya tahu apa itu The Beatles. Itu pun sekadar membaca di akhbar tetapi tetap tidak mengambil tahu perihal muzik mereka.
Mula mendengar muzik mereka hanya pada awal 90an. Itupun lebih kepada album-album dari zaman "Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band" ke atas angkara kaset "1967–1970 (The Blue Album)". Saya lebih mengemari lagu-lagu dari zaman "hippies" mereka berbanding zaman "pop yeh yeh". Cuma baru kebelakangani ini saya mula mencuba untuk mengumpul album-album awal mereka termasuk yang ini.
Tak sangka pula Help! juga bagus. Sebelum ini kalau melihat dari senarai lagu, yang saya tahu hanyalah "Help!" dan "Yesterday". Membaca dari pelbagai ulasan, saya difahamkan Help! adalah antara titik perubahan The Beatles dari sebuah band pop remaja menjadi sebuah band yang lebih dewasa. Ada pengaruh Bob Dylan dalam mereka. Itu saya setuju terutamnaya bila mendengar lagu "You've Got to Hide Your Love Away".
Walaupun masih ada beberapa lagu berbunyi pop yeh yeh tetapi lagu-lagunya memang melodic dan lazat. Pada saya jika anda peminat brit pop, sudah semestinya album seperti Help! ini wajib untuk anda. Tidak syak lagi inilah asalnya darimana brit pop itu mendapat pengaruh.
Tahun baru saya disambut bersama-sama dengan Help!. Memang terbaik!!

Subscribe to:
Posts (Atom)