Lagi album keluaran semula...
Junction Petualang (1990) - keluaran semula 2015
Tak pernah tau kewujudan album ni dulu. Selepas album "Penentuan" memang tak ambil tahu langsung pasal Junction. Saya tak rasa album ini ada lagu hit di radio. Sekurang-kurangnya jika ada, tentu saya pernah mendengarnya.
Saya tahu berkenaannya pun selepas zaman internet. Dalam forum-forum dan bacaan di blog rock/metal banyak juga yang mencadangkan album ini untuk kategori album heavy metal melayu. Tapi tak pernah terpikir untuk mendengarnya sehinggalah cd keluaran semula ini dimiliki.
Seperti kata Xyrus Zone, lagu track pertama 'Tamar Jalis', mengingatkan saya kepada King Diamond. Suara vokalis barunya memang jauh berbeza dengan Hatta. Jeritannya memang ala-ala King Diamond. Sayangnya pada saya lagu-lagu mereka agak kurang catchy. Agak susah untuk melekat dengan hanya 2,3 kali pendengaran. Lagu perlahannya juga begitu. Mungkin itu penyebabnya album ini tiada lagu yang popular.
Walaupun begitu pujian harus diberikan kepada Junction. Mereka cuba lari dari genre meleweh yang menjadi trademark mereka ketika bersama Hatta dahulu. Album ni keseluruhan lagu adalah gubahan dan terbitan mereka sendiri. Tabik!
Secara keseluruhannya sound cd ini biasa-biasa sahaja. Tak bolehlah nak mengharap yang berlebihan bila sumbernya hanya sekadar piring hitam. Yang penting ada. Tahniah kepada mereka-mereka yang terlibat dalam mengeluarkannya semula.
Wednesday, November 11, 2015
Monday, November 9, 2015
Come Out and Play
Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 9hb Nov
Twisted Sister - Come Out and Play (1985)
Lagi album yang menjadi soundtrack kehidupan zaman sekolah menengah saya suatu masa dahulu. Mungkin ianya tidak sehebat "Stay Hungry", tetapi didalamnya mengandungi beberapa buah lagu hebat yang akan sentiasa mengingatkan kita kenapa muzik metal di tahun 80an adalah yang paling terbaik.
Bila sudah dikemuncak, memang agak sukar untuk terus menerus berada di kedudukan tersebut. "Stay Hungry" adalah kemuncak bagi Twisted Sister. Ramai yang beranggapan "Come Out and Play" adalah titik permulaan jatuhnya Twisted Sister.Tetapi bagi saya ok sahaja. Tiada masalahnya dengan album ini. Semua lagu pun sedap. Mungkin kerana saya fanboy mereka (heheh) walaupun perlu saya akui ianya terlebih pop dari segi lagu dan soundnya.
Berstatus "rock star" bukan lagi sebuah band yang "stay hungry" sememangnya agak sukar untuk mereka memenuhi kehendak semua pihak. Tetapi yang pastinya mereka cuba juga untuk mengimbangi antara sisi komersial dan akar umbi muzik mereka yang asal. Lagu-lagu seperti "Come Out and Play", "I Believe in Rock N Roll" dan "Kill Or Be Killed" masih lagi seperti Twisted Sister yang lama.
Sayangnya mereka terlalu mengetengahkan lagu-lagu pop komersial cari makan seperti "Leader of the pack" dan "Be chrool to your scuel". Dan lagu-lagu ini tidak cukup kuat untuk mereka menduduki carta lagu-lagu popular. Lagu slow rock "I Believe in You" pula terlalu lemah kalau hendak dibandingkan dengan "The Price". Ini antara puncanya penyokong asal mereka mula menjauhkan diri. Tour mereka untuk album ini juga kurang mendapat sambutan. AJ Pero juga meninggalkan mereka tidak lama selepas ini
Namun begitu ianya tidak menghalang saya untuk mendapatkan versi cd dan piring hitam. Malangnya kaset dah hilang. Kalau tak boleh dah masuk dalam dalam posting Gila Format. Dah namanya fanboy lah kan....Cumanya memang ada perbezaan antara cd dan lp. Selain susunan lagunya tak sama, versi cd dan kaset mempunyai satu lagu bonus "King of the Fools".

Labels:
1985,
cd,
LP,
rock omputeh,
twisted sister,
Youth Gone Wild 80's
Friday, November 6, 2015
Pentagram Di Atas Pusara
Pentagram Di Atas Pusara adalah novel fiksyen fantasi seram dan horror yang penuh kegelapan. Mengadungi beberapa buah cerita pendek yang ada di antaranya pernah diterbitkan didalam blog MOLOTOV COCKTAILZ . Tetapi dalam seram ada lawaknya (dark comedy). Mungkin tidak sesuai untuk pencinta novel cintan. Tetapi jika anda mahukan bacaan alternatif yang lain dari biasa. Boleh cuba beli dan baca.
Saya bukannya pengulas buku. Itu bukan bidang saya. Tetapi novel PDAP ini patut disokong. Bukan sahaja kerana penulisnya adalah sahabat blogger saya, tetapi juga kerana keberanian beliau untuk berkarya dengan genre yang sebegini. Pengisiannya walaupun fantasi tetapi ada fakta dan pengajarannya.
Mungkin beliau akan cepat kaya dan popular kalau menulis novel ala ala-ala "Suamiku Encik Perfect 10" mahupun "Rindu Awak 200%". Tetapi mungkin inilah Adi Herman sebenarnya. Seorang pemuda bersopan santun yang berasal dari Bintulu yang cukup kreatif dan berbakat. Bukan sahaja dalam bidang penulisan malah juga dalam bidang muzik terutamanya dalam pergerakan muzik bawah tanah di Bintulu.
Bukan nak bodek. Beliau sememangmya berbakat. Kalau bukan kita yang sahabat ni nak sokong beliau...siapa lagi. Tak mahal pun. Hanya RM15 senaskah. Bukan senang nak jumpa Mat Rock tulis novel. Bayangkan kalau setiap seorang pembaca blog ini membeli 10 naskah seorang...mungkin lagi cepatlah beliau dapat membeli Ferrari...hahaha,,,(gurau bro)
Tahniah Adi Herman. Semoga akan terus berkarya dan menghasilkan novel yang berikutnya. Tabik bro!
Beliau boleh dihubungi melalui blog peribadi beliau di http://molotovcocktailz.blogspot.my/ atau Facebook https://www.facebook.com/adiherman696 atau e-mail sahaja di gautama_81@yahoo.com
Thursday, November 5, 2015
Ritchie Blackmore's Rainbow
Yang menyambut ulangtahun ke 40 pada bulan Ogos yang lalu...
Ritchie Blackmore's Rainbow (1975)
Dah pernah buat cerita pasal album ni dahulu. >SINI<
Secara ringkasnya, ini adalah album yang mengenalkan saya kepada Rainbow atau untuk lebih tepat lagu dari album ini (Temple of the King) lah yang mengenalkan saya pada Rainbow. Zaman budak-budak sekolah rendah dulu agak kabur dan konpius dengan status Ritchie Blackmore. Dia ni Rainbow atau Deep Purple. Zaman tiada internet dan tinggal di ceruk kampung. Berita artis barat ni biasanya hanya dapat dari mulut ke mulut. Itu yang kadang-kadang itu ceritanya agak mengarut. Dah lah kita budak-budak, orang tipu pun kita percaya.
Malah pada ketika itu saya tidak tahu pun yang menyanyi adalah Ronnie James Dio. Lama selepas itu baru tahu. Temple of the King adalah salah satu lagu wajib bagi budak-budak zaman itu ketika hendak belajar bermain gitar. Saya pernah pandai memainkannya. Tetapi sekarang rasanya memang dah lupa dah...
Banyak lagu best...banyak lagu kenangan ketika zaman kanak-kanak ribena...jika anda sukakan hard rock 70an...atau sukakan petikan gitar Ritchie Blackmore...atau sukakan suara Ronnie James Dio...ni memang patut ada dalam koleksi anda.
Best!

1975,
cd,
Dio,
Rainbow,
rock omputeh,
Steamrock Fever 70's
Tuesday, November 3, 2015
Ilusi Sebuah Mimpi
Lagi album reissue...
Bloodshed - Ilusi Sebuah Mimpi (1987) - Keluaran semula 2015
Akhirnya...dalam banyak-banyak album reissue yang dah dikeluarkan. Ini adalah antara album yang paling saya tunggu-tunggu. Semestinya salah satu album rock kegemaran sepanjang zaman.
28 tahun yang lalu, ini adalah soundtrack kehidupan saya. Hari-hari dengar. Naik lunyai dah kasetnya. Semua lagu pun best. Tak pasti kenapa album ini dan lagu-lagunya tidak sepopular album Samarkand. Padahal lagu yang menjadi tajuk album ni pun punyalah sedap. Liriknya pun bukan lirik yang biasa-biasa.
Nak yang berat, lagu-lagu seperti "Pertumpahan Darah" dan "Peristiwa" cukup berat dah. Nak lagu slow rock cintan, "Memori Biru" pun syahdu. Lagu "Restu" pula patut jadi antara anthem untuk setiap kali hari ibu. Tak tahu di mana silapnya. Mungkin juga kerana kurang promosi dan lagu-lagunya pun seperti tidak pernah pun dimainkan di radio. Senasib seperti album Belantara.
Highlight utamanya bagi saya adalah kerja gitar gitarisnya Hamdan. Memang best. Mungkin ada yang kata Opie lagi best. Tetapi pada saya sound, rif dan solo-solo gitar Hamdan memang hebat. Raw. Kadang-kadang mengingatkan saya kepada George Lynch (Dokken). Kalau lagu-lagu slow tu memang menusuk kalbu. Sayangnya beliau keluar dari Bloodshed selepas dari album ini. Trademark gitar warlock beliau akan tetap menjadi identiti bagi Bloodshed.
Tak kisahlah walaupun sumber asal cd reissue ini di ambil dari piring hitam. Yang penting ada. Design covernya pun cantik. Sound pun boleh tahan. Paling suka rekaan di cdnya yang berbentuk old school. Tahniah kepada mereka-mereka yang berusaha menjadikan impian saya satu kenyataan. (tunggu Belantara pula...)
Terbaik. Rekomended!

![]() |
| yang kiri ori...yang kanan versi cdr |

1987,
2015,
bloodshed,
cd,
kaset,
rekomended,
rock melayu,
Youth Gone Wild 80's
Monday, November 2, 2015
Deathgasm
layan movie pula...
Deathgasm (2015)
Kalau filem Metalhead dari Iceland, Deathgasm pula dari New Zealand. Kedua-dua negara adalah agak asing bagi saya untuk muzik metal. Tidak pasti band apa yang berasal dari sana. Tetapi filem ini membuktikan yang mat metal sentiasa ada di mana-mana sahaja.
Jangan bandingkan dengan Metalhead. Kedua-duanya adalah genre yang berlainan. Kalau Metalhead bertemakan drama berat, Deathgasm pula lebih kepada genre horror yang diselitkan dengan unsur-unsur dark komedi. Tetapi yang pastinya kedua-duanya adalah berlatarbelakangkan muzik metal. Untuk sipnosis cerita, sila google sendiri.
Kalau saya puji ceritanya bagus mungkin anda akan beranggapan yang saya "bias". Memang pun apa-apa yang berkaitan metal pastinya saya akan "bias". Tetapi jika anda sukakan filem horror dengan elemen komedi pastinya anda tidak akan kecewa.
Awal penceritaan tentang pengenalan watak-watak dan muzik metal yang diminati mereka pada saya agak menarik. Tersusun. Tetapi bila masuk bab suku yang terakhir, saya rasa ianya tidak jauh bezanya dengan filem-filem genre gore-horror grade B Hollywood.
Tetapi yang paling saya suka adalah lawaknya. Walaupun ada unsur-unsur splatstick tetapi ianya menjadi terutamanya jika anda seorang mat metal. Makan ais krim ketika berdating dengan awek sambil mengenakan corpse paint pada saya hanya seorang mat metal yang mungkin akan sampai lawaknya. Betul tak?
Secara keseluruhannya agak menarik juga. Cuma soundtracknya saya agak kurang biasa. Mungkin kerana kebanyakannya adalah band-band underground yang saya tidak berpeluang untuk explore. Sayangnya...saya mengharapkan soundtrack ala-ala filem Metalhead. Mungkin sahaja mereka tidak cukup bajet untuk mengambil lagu-lagu dari band yang lebih terkenal. Tetapi ada juga lagu dari Trivium dan Cannibal Corpse. Setelah men"google" baru saya perasan ada juga lagu dari Emperor dan Ishahn.
Tidak sesuai untuk tontonan bersama anak-anak. Ada unsur-unsur 18sx. Tetapi jangan lupa untuk menontonnya sehinga ke kredit akhir kerana ada kejutan.
Siapa rasa dirinya metalhead. Ini patut ditonton!

Sunday, November 1, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)