Monday, December 14, 2015

Under Lock & Key

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 22hb November yang lalu...



Dokken - Under Lock & Key (1985)

Lagi satu album yang pernah menjadi soundtrack kehidupan di zaman budak sekolah dulu. Banyak kenangannya. Terutamanya lagu "The Hunter". Pernah bercerita perihalnya suatu masa dulu >SINI<


Banyak lagu sedap. Satu album pun sedap. Kerja gitar George Lynch memang terbaik. Teruja betul masa budak-budak dulu tengok video clip "It's Not Love" yang Dokken main live atas trailer keliling bandar tu. Terutamanya tengok gitar ESP Skull N' Bones. Nampak ganas. Masa tu memang dialah gitar hero saya.


Masih simpan kaset Apache ni. Tak kurang 28 tahun dah usianya. Dan masih boleh digunapakai.


Album yang banyak kenangan pastinya buat saya terjebak dalam bergila format. Yang kaset tu kalau dapat yang asli pun ok juga.

Senang cerita, kalau anda baru nak berjinak-jinak dalam mengenal muzik Dokken. Mendengar Under Lock & Key adalah pilihan yang tepat. Lagu-lagu seperti "Unchain the Night", "The Hunter", "In My Dreams", "It's Not Love", "Jaded Heart" dan boleh dikatakan hampir kesemuanya memang sedap.

Terbaik!



Friday, December 11, 2015

One Hot Minute

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 22hb September yang lalu..


Red Hot Chili Peppers - One Hot Minute (1995)

Album yang kurang digemari oleh peminat setia RHCP. Majoritinya kerana Dave Navarro. Walaupun asalnya macam suatu idea yang menarik bila gitaris Janes Addiction menyertai mereka. Tetapi aura John Frusciante dalam RHCP memang kuat. Sound dia memang unik. Walaupun bunga-bungaan bass Flea masih ada. Majoriti fanboy John Frusciante tidak suka dengan sound yang dibawa oleh Dave Navarro.

Bagi mereka Dave Navarro menjadikan RHCP seperti Janes Addiction. Sedikit sebanyak saya bersetuju. Sound Dave lebih berat, gelap dan kurang funky berbanding John. Lagu-lagu yang rancak memang jelas perbezaannya. Tetapi RHCP masih tetap RHCP. Masih dengan lagu-lagu rojak. Cuma bab gitar jer la yang memang terasa kelainannya.

Walaupun begitu, pada saya banyak juga lagu sedap. Sound mereka lebih berat. Lagu-lagu rancak jadi lebih metal berbanding hard rock pada album-album sebelumnya. Pilihan saya lagu "Aeroplane" dan "Warped". lagu balada "My Friends" pun ok. Kira ini lagu untuk lawan "Under the Bridge".

Tetapi yang pastinya, dalam banyak-banyak cd dalam simpanan saya, inilah cd yang anak bongsu saya teruja nak dengar. Bukan pasal lagunya tetapi gambar kulit cdnya. Mungkin dia ingat ni cd ala-ala Frozen dan cerita-cerita Princess yang sering ditontonnya.


Tetapi walaupun temanya macam cerita kanak-kanak (inlay dalam cd pun ada gambar-gambar kartun macam buku cerita kanak-kanak) tetapi liriknya memang kurang sesuai untuk kanak-kanak. Saya bagi juga dia dengar lagu "Aeroplane" kerana lagu ini ada bahagiannya yang dinyanyikan oleh kanak-kanak. Memang dia suka. Tetapi nasib juga dia tak paham akan liriknya. Haha...

Percubaan yang baik dari RHCP. Tapi tak sampai...akhirnya mereka kembali kepada John Frusciante untuk album yang berikutnya...





Wednesday, December 9, 2015

Fatamorgana

Lagi album rock lama yang di"cd"kan....


Crossfire - Fatamorgana (1989) - rilsan semula 2015

Tidak pernah ada kasetnya dulu. Tak cukup bajet. Status sebagai pelajar pada ketika itu membuatkan kuasa membeli saya adalah terhad. Tambah pula keghairahan membeli kaset-kaset rock/metal band-band orang putih mengatasi segala-galanya.

Namun begitu banyak juga kenangan walaupun mendengarnya sekadar meminjam kawan. Antaranya secara tidak sengaja terserempak dengan majlis promosi album ini di KOMTAR, Johor Bahru. Sayangnya waktu itu belum wujud lagi handphone berkamera (zaman tu handphone pun belum wujud) untuk merakamkan gambar sebagai kenang-kenangan.

Lagu "Fatamorgana" dan "Realiti dan Fantasi" pula adalah antara lagu yang sering rakan-rakan saya mainkan di mesin jukebox Restoran Mohd Ali di Ulu Tiram (PC Kokak tau la tempat ni) Menyebabkan 2 lagu ini yang paling saya "familiar" dari keseluruhan albumnya. Lagu-lagu lain ingat-ingat lupa. Tetapi yang pastinya lagu track pertama, "Hidup Satu" pastinya mengingatkan saya kepada lagu "Rising Force (Malmsteen)". Lagu ciptaan Arwah Samad. Tak hairanlah kalau ada pengaruh Malmsteen di situ.


Secara keseluruhannya, Fatamorgana adalah sebuah album heavy metal melayu yang baik. Mereka pada saya adalah sebaris dengan band seperti Rusty Blade yang memperjuangkan muzik heavy metal yang sebenar. Tabik!

Untuk keluaran semula ini, soundnya ok (di ambil dari lp) cuma ada sedikit kesilapan pada covernya yang mana lagu "Realiti dan Fantasi" ditulis Belantara sebagai pencipta. Manakala lagunya pula ada sedikit "jumping" pada bahagian awal vokal. Tak pasti hanya cd saya atau memang semua cd begitu.

Walaupun begitu saya tiadalah nak merungut. Dengan harganya yang murah. Cover pun cover asal. Dapat cd ni kat tangan pun dah cukup suka dah. Harapnya pihak yang berusaha mengeluarkan cd rilisan semula ini tidak berputus asa dengan komen-komen yang negatif. Dan kita yang membeli cd ni pun berlebihkurang sahaja lah. Sikit-sikit hal tu kasi pejam mata sudah. Yang penting ada official release daripada tak keluar langsung.



Monday, December 7, 2015

Land of the Free

Album yang berumur 20 tahun pada bulan Mei yang lalu...


Gamma Ray - Land of the Free (1995)

Kai Hansen kembali! Itulah pendapat saya tentang Land of the Free. Setelah kurang menyengat dengan Insanity and Genius (1993) dan Sigh No More (1991), album ini mengembalikan kepercayaan saya kepada Kai Hansen.

Saya sememangnya penyokong Kai Hansen berbanding Michael Weikath walaupun saya terpaksa akui yang Helloween di bawah Michael Weikath sememangnya bagus. Tapi bila dah "bias" biasalah. Tetap nak cakap zaman Kai Hansen juga yang terbaik. Hahaha...

Vokal Kai jauh lebih baik jika hendak dibandingkan ketika zaman Helloween beliau. Tak terasa langsung  akan kehilangan Ralf Scheepers. Tambah menarik album ini juga manampilkan Michael Kiske sebagai vokalis undangan. Walaupun satu lagu tetapi sudah cukup mengubat kerinduan peminat Helloween. Yang bestnya saya menjangkakan lagu "Time to Break Free" adalah seperti Helloween yang lama. Rupa-rupanya Kai Hansen dan Michael Kiske memang betul-betul telah berubah. Lagu ini mengingatkan saya kepada zaman "Pink Bubbles Go Ape". Saya suka.


Sememangnya ini antara album terbaik Gamma Ray. "Rebellion in Dreamland" memang sedap. Jarang orang letak lagu yang panjang sebagai track pembukaan. Tetapi ianya menjadi pencetus mood yang bagus untuk kagu-lagu seterusnya.

Kalau kali pertama nak dengar Gamma Ray, Land of the Free adalah pilihan yang terbaik. Satu album semua lagu best. Memang terbaik!




Friday, December 4, 2015

Pedal To The Metal

Bahan bacaan terbaru yang patut anda semua miliki.


PEDAL TO THE METAL ZINE (ISU # 1)

Zine terbaru dari Saudara Raimi. Seorang individu yang cukup saya hormati didalam penulisan blog bertemakan muzik bawah tanah. Saya tidak mengenali beliau secara peribadi tetapi saya adalah peminat tegar tulisan beliau terutamanya didalam blog peribadinya, Kyusuk Kematian. Artikel di dalam zine ini pun kebanyakannya adalah di ambil dari 2 blog beliau, (Kusyuk Kematian dan Faithcraft Productions)

Pedal To The Metal - Metal Punk Berbasikal adalah catatan pejalanan beliau berbasikal ke 4 lokasi metal di Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bahru dan Hatyai. Apa yang lebih menarik setiap kayuhan beliau juga turut disertakan dengan misi amal kebajikan. Sesuatu yang saya rasa patut diberikan tabik hormat.

Selain itu turut diselitkan wawancara beliau bersama Puan Anita Yusof (Rider wanita negara yang pada masa ini sedang cuba membuat rekod menunggang motorsikal mengelilingi dunia secara solo), Saudara Nizam dari band hardcore punk Dum Dum Tak, tip untuk ke Koh Lipe, Thailand dan beberapa artikel yang lain contohnya tentang band black metal Abbath.

Ianya memang berbeza dengan tipikal zine bawah tanah yang lain. Ianya seperti subuah mini travel log. Bukan sekadar cerita muzik metal dan punk, tetapi menceritakan pengalaman perjalanan beliau yang meliputi pelbagai budaya, makanan dan tempat-tempat menarik disekitar Malaysia dan Thailand.

rasa segan pula bila zine saya disertakan dengan cd SURTUR secara percuma. Terimakasih Bro...
Sejujurnya saya cemburu dengan beliau. Saya sememangnya pernah bercita-cita untuk menulis ala-ala sebegini, Malangnya saya bukan seorang penulis yang baik malah tak cukup pengalaman "berjalan" untuk bercerita ala-ala National Geografi seperti beliau. Oleh itu saya menyeru sahabat-sahabat pembaca blog ini supaya memberikan sokongan kepada beliau dengan membeli senaskah Pedal To The Metal.

Tak rugi dan tak mahal pun. Cuma RM10 (termasuk pos Semenanjung Malaysia), RM12 (Borneo). Bukan setakat tolong kawan-kawan. Ini memang zine yang bagus. Di harapkan beliau akan terus berkayuh dan menerbitkan isu yang ke 2 pula. Tabik!

Terimakasih sahabat.

Beliau boleh dihubungi melalui :-
Email: faithcraftproductions@yahoo.com
Whatsapp: 019-2281979
facebook 
Blog : Kusyuk Kematian  dan   Faithcraft Productions


REKOMENDED!




Wednesday, December 2, 2015

To Mega Therion

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 27hb Oktober yang lalu....


Celtic Frost - To Mega Therion (1985)

Kalau album pertama mereka, Morbid Tales (1984), menjadi antara pengaruh besar meledaknya genre death metal. Album kedua ini pula menjadi antara pencetusnya bermula genre black metal. Memang besar pengaruh mereka. Majoriti band/peminat muzik black death metal pastinya menjadikan Celtic Frost atau band asal mereka, Hellhammer sebagai idola.

Muzik mereka secara dasarnya bolehlah digambarkan sebagai gabungan antara Black Sabbath dan Venom. Tak banyak band yang bermain muzik extreme sebegini dengan vokal growl di awal tahun 80an. Bak kata Tom sendiri, vokalis lain berlumba-lumba untuk menyanyi high pitch, beliau pula menyanyi seperti orang terkena barah tekak.


Saya agak lambat mendengar mereka. Album pertama Celtic Frost saya adalah Cold Lake (1988). Maka boleh bayangkan rasa terperanjat saya bagaimana mereka adalah pengaruh besar death black metal. Rupa-rupanya baru saya tahu, Cold Lake adalah percubaan mereka untuk menjadi mainstream. Walaupun ramai peminat asal tak suka sehinggakan mereka kembali ke muzik asal tetapi bagi seoarng pengemar muzik glam/hair metal seperti saya memang syiok album Cold Lake. Saya suka lagu "Cherry Orchards".

Berbalik pada album ini pada saya mereka bukanlah pemuzik yang hebat sangat. Mereka bukan teknikal. Tetapi sound berat lagi extreme merekalah yang menjadikan album ini hebat. Sesuatu yang berbeza pada ketika itu. Eksperimen yang bejaya. Cumanya pada saya lagu-lagu mereka seakan-akan sama di antara satu dengan yang lainnya. Menjadikan ianya sedikit membosankan jika didengar berulang kali.

Patut ada jika anda mengaku anda peminat black death metal.