Thursday, June 30, 2016

Fight for the Rock

Hari ini, 30hb Jun maka genaplah 30 tahun usia satu-satunya album berkonsep hard rock komersial dari band kegemaran saya, Savatage...


Savatage - Fight for the Rock (1986)

Ramai peminat tak suka album ni. Termasuk Jon Oliva sendiri. Saya ada terbaca yang mereka setuju untuk merakamkan album ini kerana mereka perlukan duit. Asalnya lagu-lagunya dicipta oleh Jon untuk artis-artis pop rock yang satu label dengan mereka. John Waite contohnya. Tetapi syarikat rakaman mahukan mereka yang merakamnya sendiri. Maklumlah pada ketika itu band band glam metal sedang meletup di pasaran.

Ini sememangnya bukan Savatage yang biasa kita dengar. Majoritinya lagunya lebih pop dan komersial. Tiada kerja gitar berlebihan dari Cris Oliva malah ada juga lagunya lebih menonjolkan bunyian keyboards. Tetapi bagi saya secara peribadinya, jika kita memandangnya dari sudut ianya sebuah album hard rock bukannya siapa Savatage. Mungkin lebih elok kerana lagu-lagunya boleh tahan sedap sebenarnya.


"Fight For The Rock", "The Edge of Midnight", "Hyde" dan  "She's Only Rock 'n Roll" masih lagu-lagu yang heavy walaupun muziknya tak seberat mana. Lagu slow rock, "Out on the Streets"  pun sedap. Walaupun ianya telah dipendekan dan soundnya di"polish"kan berbanding versi asal dari album Sirens (tetapi secara peribadinya saya lebih menyukai versi asal. Lebih raw. Lebih banyak solo gitar)

Selain itu dapat juga mendengar sisi lain vokal Jon. Lagu klasik rock 70an, "Day After Day" contohnya. Agak lain vokal beliau. Walaupun ada kalanya saya rasakan lagu cover dari Badfingers ini tak seseuai dibawakan oleh Savatage. Bunyinya terlampau pop untuk band metal seperti mereka. Tetapi lama-lama dengar rasa syiok pula.

Fight for the Rock bolehlah dikatakan senasib dengan album Cold Lake dari Celtic Frost. Selamanya akan dianggap sebagai album mereka yang terburuk. Tetapi jika anda pegemar muzik hard rock mungkin anda patut mencuba.






Tuesday, June 28, 2016

Spin City Records

Jahanam...memang jahanam....

JB dah ada satu lagi record store...makan pasir la jawabnya tiap tiap bulan...hahaha...


Ini adalah Spin City Records. Lokasinya di tingkat 1 rumah kedai di Taman Danga Utama, Skudai.


Dah follow kat Facebook lebih sebulan. Baru semalam tergerak hati nak menyinggah. Terkial-kial juga nak cari pasal tak ada signboard kedai. Cuma tampal kertas A4 kat pintu tangga.


Baru buka lebih kurang 2 bulan lepas. Ownernya (Kelvin) masih muda. Baru graduate medical school dari Russia. Sekarang jadi MO kat Hospital Sultanah Aminah. Macam iyer iyer jer cerita. Sebenarnya tak dapat pun jumpa owner nya. Dia kerja. Yang jaga kedai adalah ayahnya, Uncle Philip. Jaga sementara katanya, tengah cari pekerja. Kalau boleh yang ada pengetahuan tentang muzik. Kalau dah pencen konpem saya yang apply...haha...

Uncle Phillip yang peramah
Tidak seperti kedai di Skudai Parade dan Danga City Mall, yang ni jual piring hitam baru. Sebenarnya di Embrace Hall, Taman Tampoi Utama pun ada jual. Ownernya boleh cari di facebook, Khairul Fahmi Mohd Ali. Tapi sehingga kini saya belum berkesempatan untuk menyinggah. Mungkin satu hari nanti. Duit tak berapa nak ada tu yang takutnya sebenarnya nak menyinggah. Kang tengok tengok terbeli juga..parah!!


Seleksinya pelbagai. Harganya boleh tahan la. Biasalah barang import. Selain itu beliau juga official re-seller untuk turntable brand Pro-ject. Mengikut kata ayahnya, ownernya memang passion pasal muzik. Seorang gitarist juga. Bagus juga bila hobby dapat menjana pendapatan sampingan.


Dan seperti yang saya kata awal tadi...memang bahaya pergi kedai kedai macam ni...tengok tengok dah terbeli pun...memang jahanam...heheh...




Monday, June 27, 2016

ramadhan

Ok la...atas permintaan Portdy...walapun bulan ramadhan dah nak abis dah...layan jerla lagu "ramadhan" versi Jerman dari Tom Anggelripper, Kreuzberger Nächte...dengan ucapan jangan lupa bayar zakat..hahaha...




Kepada yang baru dengan blog ni dan tak tahu cerita. sila klik entri >2009< dan <2012<


*entri malas di bulan puasa... ;)




Friday, June 24, 2016

Gila Format : The Final Countdown

Sempena ulangtahun ke 30 pada 26hb Mei yang lalu..

(Gila format yang sedikit berbeza...sayang kaset dah hilang...)

Europe - The Final Countdown (1986)

Album yang mengenalkan mereka kepada dunia. Banyak lagu menarik didalamnya. Tetapi sayang, selamanya mereka akan hanya dikenali kerana lagu The Final Countdown. Nak buat macamana. Lagunya memang sedap. Sesuai pula menjadi anthem untuk acara-acara keramaian. Tahun baru dah tentu tentu dah. Dah jadi lagu wajib pun untuk kiraan tahun baru.


Anak saya mengenali lagu The Final Countdown semasa berada di Festival Layang Layang. Ketika beliau terdengar lagu tersebut saya mainkan dirumah, terus beliau gelarkannya sebagai lagu layang layang. Begitulah "catchy"nya lagu tersebut. Sekali dengar pun iramanya dah melekat dan terngiang ngiang di kepala. Tetapi bagi saya selain catchy, saya cukup sukakan solo gitarnya. Ringkas dan nampak mudah tetapi sebenarnya cukup sukar untuk dimainkan. Begitulah keistemewaan John Norum. Seorang shredder yang hebat.

playernya dah tiada...simpan ajer la buat kenangan...

Selain itu, ini adalah antara kaset-kaset terawal saya di zaman apache. Lagu-lagunya menjadi soundtrack kehidupan di zaman sekolah menengah. Video VHS kepunyaan abang yang masih tersimpan sehingga kini boleh dikatakan di tonton hampir setiap hari. Rock The Night, Cheroke, Indian dan lagu balada Carrie adalah lagu lagu lain yang pada saya cukup sedap dari album ini.


Walaupun selepas dari ini baru saya tahu yang Europe mempunyai album album awal yang lebih heavy, yang lebih kena dengan jiwa, tetapi kenangan yang dibawa bersamanya membuatkan saya rasa berbaloi untuk mememiliki albumnya dengan pelbagai format. Melihatnya sahaja sudah cukup membawa saya semula ke alam remaja...arghhh...kalau lah ada mesin merentas masa...





Wednesday, June 22, 2016

Throwback : Surat Khabar Lama


Keratan akhbar lama yang adik ipar saya terjumpa ketika mengemas rumah di kampung..kertasnya masih elok walaupun usianya lebih tua dari sebahagian dari anda.


berapa ramai dari anda yang telah lahir pada tarikh ini?


Tiga gadis melayu ni pun kalau masih hidup dah jadi tiga nenek melayu...


iklan minyak caltex...sayang suratkhabarnya dah terpotong separuh...



Bayangkan kehidupan 42 tahun yang lalu...tv pun cuma ada 2 saluran...dan bukannya 24 jam...dan tak banyak pun yang mampu beli.

Kalau dapat terjumpa satu suratkhabar penuh tentu lebih menarik...walaupun saya lebih teruja kalau kemas-kemas rumah terjumpa piring hitam atau kaset lama...heheh...




Monday, June 20, 2016

Who Made Who

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 24hb Mei yang lalu...


ACDC - Who Made Who (1986)

Saya menjadi peminat mereka baru beberapa tahun yang lalu. Dengan ACDC, peribahasa tak kenal maka tak cinta memang sangat bersesuaian. Super Rockstar seperti Axl Rose pun sanggup mengenepikan ego beliau demi semata-mata untuk menjadi penyanyi penganti kepada ACDC. Memang susah untuk tidak menyukai mereka. Mereka adalah legend. Period!


Who Made Who adalah soundtrack kepada filem Maximun Overdrive arahan penulis novel kegemaran saya Stephen Kings. Dan kebetulan atau tidak, ACDC adalah band kegemaran beliau. Filemnya walaupun dilakonkan oleh salah seorang Brat Pack, Emilio Estevez telah gagal dipasaran. Tetapi Who Made Who tidak. Ia mencapai tahap platinum dengan 5 juta unit terjual di USA.


Sebenarnya ianya hanya mengandungi 3 lagu baru dimana 2 daripadanya adalah instrumental. Bolehlah juga dikatakan sebagai album kompilasi dengan lagu lagu hit mereka seperti You Shook Me All Night Long, Hell Bells dan lain-lain dan satu dari lagunya, Ride On adalah dari era Bon Scott. Tetapi walaupun begitu, lagu baru yang menjadi tajuk album, Who Made Who adalah salah satu lagu paling menonjol. Memang Sedap.

Ianya sangat sesuai juga untuk sesiapa yang baru nak belajar mendengar ACDC. Rugi oo tak dengar ACDC...



Friday, June 17, 2016

Lefthanded

Menyelongkar gerobok untuk riak Lefthandedwi...


Versi 1995 dan versi 2016...kaset dah hilang


Versi 2004, 2016 dan kaset tahun 1987


Versi 2004 dan 2016 serta kaset tahun 1988


Dua-dua cd versi 2016. Tak pernah ada versi kaset. Tahun 1989 - 1991 tengah kemaruk thrash. Tak dengar dah rock melayu. Dua-dua cd ni tak pernah dengar pun album penuhnya sehinggalah reissue 2016 ini.


Seleksi Lagenda tu tahun 1992. Nafas 1st press tahun 1996. Tak beli pun versi reissue. Bajet dah lari... Kaset Syurga dan Neraka tu tahun 1999. Kalau keluar reissue mungkin beli untuk sekadar melengkapkan koleksi.

Secara jujurnya hanya mengikuti perkembangan mereka sehingga album Qabul. Maka kira dah cukup dah...tak akan beli lagi...kecuali kalau keluar versi lp...heheh...