Thursday, June 30, 2016

Fight for the Rock

Hari ini, 30hb Jun maka genaplah 30 tahun usia satu-satunya album berkonsep hard rock komersial dari band kegemaran saya, Savatage...


Savatage - Fight for the Rock (1986)

Ramai peminat tak suka album ni. Termasuk Jon Oliva sendiri. Saya ada terbaca yang mereka setuju untuk merakamkan album ini kerana mereka perlukan duit. Asalnya lagu-lagunya dicipta oleh Jon untuk artis-artis pop rock yang satu label dengan mereka. John Waite contohnya. Tetapi syarikat rakaman mahukan mereka yang merakamnya sendiri. Maklumlah pada ketika itu band band glam metal sedang meletup di pasaran.

Ini sememangnya bukan Savatage yang biasa kita dengar. Majoritinya lagunya lebih pop dan komersial. Tiada kerja gitar berlebihan dari Cris Oliva malah ada juga lagunya lebih menonjolkan bunyian keyboards. Tetapi bagi saya secara peribadinya, jika kita memandangnya dari sudut ianya sebuah album hard rock bukannya siapa Savatage. Mungkin lebih elok kerana lagu-lagunya boleh tahan sedap sebenarnya.


"Fight For The Rock", "The Edge of Midnight", "Hyde" dan  "She's Only Rock 'n Roll" masih lagu-lagu yang heavy walaupun muziknya tak seberat mana. Lagu slow rock, "Out on the Streets"  pun sedap. Walaupun ianya telah dipendekan dan soundnya di"polish"kan berbanding versi asal dari album Sirens (tetapi secara peribadinya saya lebih menyukai versi asal. Lebih raw. Lebih banyak solo gitar)

Selain itu dapat juga mendengar sisi lain vokal Jon. Lagu klasik rock 70an, "Day After Day" contohnya. Agak lain vokal beliau. Walaupun ada kalanya saya rasakan lagu cover dari Badfingers ini tak seseuai dibawakan oleh Savatage. Bunyinya terlampau pop untuk band metal seperti mereka. Tetapi lama-lama dengar rasa syiok pula.

Fight for the Rock bolehlah dikatakan senasib dengan album Cold Lake dari Celtic Frost. Selamanya akan dianggap sebagai album mereka yang terburuk. Tetapi jika anda pegemar muzik hard rock mungkin anda patut mencuba.






8 comments:

  1. SAVATAGE - tak pernah tahu tentang wujudnya band ini.. mungkin kerana berteromber lebih advance, maka bro dpt menghidu band hard rock sebegini..
    btw.. thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. savatage bukan hard rock...tapi album ini iyer...

      Delete
  2. Patut la susah nak jumpa album ni.kalo yg album savatage yg lain senang je jumpa

    ReplyDelete
  3. nanti nak cuba dengar album ni..dulu pernah beli kaset Edge of Thorns 1993 je..

    ReplyDelete
  4. Savatage terus senyap eh lepas TSO/Savatage wacken headlining show,
    tak sabar nak tengok dvd tu

    ReplyDelete
  5. Kat rumah/pc ko dah memang ada reminder birthday album-album eh?
    Pernah dengar savatagenie tapi tak ambik port sangat. Nak layan semua dalam katalog majalah gila-gilatu penatla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi savatage ni memang berbaloi beb untuk ambik port...

      Delete