Sunday, October 11, 2020

Twisted Wires & the Acoustic Sessions...

 Antara yang terkini berjaya dimiliki..


Tesla - Twisted Wires & the Acoustic Sessions... (2011)


Mereka adalah yang pertama menghasilkan album rakaman secara unplugged melalui album Five Man Acoustical Jam (1990) sebelum ianya menjadi satu trend di awal 90an dulu. Kejayaan album tersebut mendorong MTV untuk melakukan perkara yang sama.

Tahun 2011, mereka kembali dengan idea yang sama. 5 daripada lagu-lagunya telah dirakamkan pada tahun 2005 ketika Tommy Skeoch masih bersama mereka, Lagu lagu lainnya pula adalah rakaman sekitar tahun 2010 dan 2011 yang menampilkan gitaris baru mereka, Dave Rude bersama-sama gitaris asal, Frank Hannon berserta 2 buah lagu baru. 

Memang sedap. Suara serak serak kasar Jeff Keith semakin lunak. Susunan muzik dan permainannya memang tip-top. Mereka membuktikan sekali lagi yang mereka adalah pemuzik yang hebat dalam menyusun lagu-lagu mereka menjadi lagu-lagu akustik. Yang paling menarik bila lagu-lagu berat seperti Hang Tough, Edison Medicine, Into The Now dan lain-lain berjaya di "stripped-down" dan di akustikkan dengan jayanya. Kalau lagu-lagu yang balada macam What You Give, Changes, A Lot to Loose tu lagi lah pula bertambah-tambah sedap.

Peminat Tesla memang kena ada album ini. Yang jenis pening dengan bunyi distortion gitar pun memang patut dengar album ini. Memang lazat... Klasik!


Wednesday, October 7, 2020

And the cradle will rock...

Lagi berita sedih. Banyak pula berita sedih untuk tahun 2020 ni. Kali ini dikejutkan pula dengan pemergian salah seorang gitar hero dan idola saya sejak dari zaman awal remaja… 


Beliau memang idola la. Terer main gitar. Hensem. Kahwin dengan actress. Budak rock mana la yang membesar pada tahun 80an yang tidak mahu menjadi rockstar seperti beliau.

Lagu Van Halen saya yang pertama bukannya "Jump", tetapi "I'll Wait" (dari album yang sama,1984) yang saya dengar dari kaset kompilasi cetak rompak lagu-lagu pop hits zaman tersebut. Tetapi yang tidak saya sedari, saya telah terlebih dulu mendengar lagu "You really Got Me" (dari album pertama 1978) yang pada ketika itu saya tak tahu pun siapa penyanyinya.

Popular lagu ni di sekitar JB pada awal 80an dulu. Band kerja kahwin memang selalu main sampaikan Search pun cover lagu ni dalam album Cinta Buatan Malaysia. Bila lagu "Jump" meletup, terutamanya selepas menonton rancangan "Playback 84" di tv, baru saya tahu yang Van Halen adalah sebuah kumpulan rock dan Eddie adalah seorang pemain gitar yang hebat....and the rest is history...


Rasanya inilah penamat untuk band Van Halen. Tiada siapa yang berhak untuk menggantikan beliau. Selain dari Ritchie Blackmore, Yngwie Malmsteen dan Michael Schenker, beliaulah antara pengaruh terbesar kepada semua gitaris dunia rock melayu pada tahun-tahun 80an dahulu. 


Kenangan menconteng logo Van Halen di meja dan dinding sekolah, mendengar kaset 5150 berulang-ulang kali (album penuh mereka yang pertama untuk saya) dan bercita-cita untuk menjadi gitar hero seperti beliau akan tetap menjadi kenangan....


Thanks for the music

Edward Lodewijk Van Halen

 January 26, 1955 – October 6, 2020


Tuesday, October 6, 2020

Eternal Nightmare

 Lagi kenangan dari zaman remaja...

Vio-lence - Eternal Nightmare (1988)

Sebagai peminat genre thrash, memang susah untuk saya tidak menyukai Vio-lence dan album Eternal Nightmare. Malah ianya merupakan salah satu album kegemaran. Tak kisahlah kalau ada yang mempertikaikan suara Sean Killian. Bagi peminat thrash sejati, suara sebegitu bukanlah sesuatu pelik.

Vio-lence dan Eternal Nightmare adalah antara yang terbaik yang pernah muncul dari gelombang kedua thrash metal dari Bay Area. Mungkin pada generasi sekarang, Eternal Nightmare adalah sebuah album "generic american thrash " yang biasa. Tetapi pada masa ianya diterbitkan dahulu, ianya adalah sesuatu yang segar. Temponya yang laju, aggresif dan dalam masa yang sama agak catchy menjadikan Eternal Nightmare adalah antara album thrash terbaik yang pernah terhasil. Majalah Kerrang sendiri menamakan album ini di kedudukan ke 24 dalam senarai 25 album terbaik thrash sepanjang zaman.

Sayangnya mereka hanya bertahan untuk 3 album sebelum gitaris mereka Robb Flynn meninggalkan mereka dan menubuhkan band groove / nu-metal, Machine Head. Dan sejujurnya saya tidak pernah menyukai Machine Head. 



Friday, October 2, 2020

Pandemonium

 Antara yang terkini dalam simpanan.

Loudness - Pandemonium (2001)

Tak ambil tahu dan tak mengikuti langsung tentang album ini pada tahun ianya di keluarkan. Loudness terakhir yang saya dengar dan beli secara fizikal adalah Heavy Metal Hippies (1994). Mungkin sebab utamanya kerana album-album selepas itu agak sukar untuk di dapati. Berkemungkinan besar memang tak masuk pun ke pasaran Malaysia.

Yang ini lagilah susah. Pandemonium memang asalnya dikeluarkan hanya untuk pasaran Jepun. Sekarang ni dah hidup zaman tanpa sempadan mudah la sikit nak dapat. Ianya adalah album kedua selepas klasik line-up (Akira Takasaki, Minoru Niihara, Munetaka Higuchi dan Masayoshi Yamashita) melakukan reunion. 

Tetapi ini bukanlah Thunder in the East, Lightning Strikes mahupun Hurricane Eyes. Loudness pada ketika ini sudah jauh berubah. Mereka juga terpengaruh dengan situasi muzik pada zaman tersebut. Tetapi mereka sebenarnya tidak lah menjadi komersil. Malah sebaliknya. Album ni soundnya lebih berat dan keras. Tak ada satu pun lagu balada. Memang nampak ada pengaruh Pantera dan alternatif metal. Ada juga yang lagunya ke arah thrash metal. 

Awalnya agak susak juga nak hadam. Kurangnya rif-rif melodic yang biasa kita dengar dalam Loudness. Tetapi setelah masuk 4,5 kali pendengaran rasa sedap juga. Ianya sebuah album yang "grower". Solo-solo gitar Akira pun tetap berbisa. Kebelakangan ini terngiang-ngiang pula melodi lagu "inflame" dalam kepala. Nampaknya kena cari juga rilisan Loudness yang lainnya pada zaman ini...


Tuesday, September 29, 2020

Cargo

Album yang tinggi nilai sentimentalnya dan sentiasa ada "soft spot" di dalam hati...

Men At Work - Cargo (1983)

Tahun 1982 atau 1983 adalah tahun yang saya mula mendengar lagu-lagu orang puteh. Berkongsi bilik dengan abang yang usianya 4 tahun lebih tua dari saya bermakna saya "ter" dan "di" paksa untuk mendengar apa muzik yang beliau dengar. Ketika rakan-rakan sebaya (maklumlah budak felda) kemaruk dengan pop melayu seperti Kembara, Carefree, Flybaits, Alleycats dan lain-lain, saya pula telah mula kemaruk dengan lagu-lagu inggeris dari Top 40 di US mahupun di UK.

Apa yang saya ingat, kaset pertama orang puteh yang di beli abang adalah Michael Jackson - Thriller. Kemudiannya Air Supply - Greatest Hits. Dan yang ketiganya adalah Men At Work - Cargo. Sebab itu album ini memang ada banyak kenangannya untuk saya. Mendengarnya semula sememangnya membawa saya kembali ke tahun 1983 (darjah 6). Masih teringat-ingat suasana rumah, ruang tamu dan bilik tempat saya dan abang mendengar kaset ini berulang-ulang kali. Rumah asal tu pun dah roboh, abang pula dah tak kemaruk dengan muzik seperti dulu. Semuanya hanya tinggal kenangan...


Mungkin ramai yang kenal Men At Work dengan lagu "Down Under". Tetapi itu dari album pertama mereka, Business as Usual (1981). Penangan lagu "Down Under" lah yang menjadi penyebab mengapa Cargo di beli bila ianya berada di pasaran. Hebat juga pekan kecil Ulu Tiram, kedai kasetnya agak terkini dengan suasana muzik semasa. Mungkin kerana pengaruh dari Singapura. Ketika itu pun kalau nak dengar lagu terkini orang puteh memang kena dengar siaran radio Singapura. Siaran berbahasa inggeris Radio Malaysia (saluran biru dan kemudiannya Radio Dua) memang jauh ketinggalan.


Men At Work adalah sebuah kumpulan pop dengan pengaruh reggae yang berasal dari Australia. Cargo seingat saya menghasikan 3 lagu hits. "Dr. Heckyll & Mr. Jive", "It's a Mistake" dan yang paling saya gemari,"Overkill". Memang sedap lagu ni. Malah saya lebih menyukainya berbanding "Down Under". Inilah muzik yang menjadi habuan telinga sebelum saya terjebak dengan heavy metal.

Antara kenangan yang tak boleh lupa adalah membelek cover kasetnya. Berkali-kali membelek untuk cuba memahami dan mencari apa dilukis pada gambar cover tersebut. Sebab itu saya memilih untuk membeli versi pirang hitam. Baru puas membelek walaupun sampai sekarang saya masih tak paham apa yang cuba disampaikan disebalik lukisan cover tersebut....



Saturday, September 26, 2020

III

 Antara album keluaran tahun 2020 yang berjaya dimiliki.


Demons & Wizards - III (2020)

Kemaruk saya dengan genre power metal semakin berterusan. Entah kenapa sejak setahun yang lalu agak ketagih semula dengan genre sebegini seperti mana di penghujung tahun-tahun 90an dulu.

Demons & Wizards adalah gabungan 2 nama besar dalam dunia power metal. Peminat genre sebegini kalau tak kenal Jon Schaffer (Iced Earth) dan Hansi Kursch (Blind Guardian) memang tak patut. Gabungan side projek mereka untuk album Demons & Wizards (1999) yang pertama adalah zaman yang saya sedang kemaruk dengan genre sebegini. Memang antara album kegemaran. Sayangnya ketika mereka mengeluarkan album kedua Touched By The Crimson King (2005), saya telah mula merasa tepu dengan power metal dan tidak lagi mengikuti perkembangannya.


Kini mereka kembali. Bersesuaian dengan semangat power metal yang sedang berkobar-kobar, album mereka kali ini memang tidak akan saya lepaskan seperti mana kejadian 15 tahun yang lalu. 

Tetapi yang pastinya sedangkan Iced Earth dan Blind Guardian pun telah banyak berubah. Apatah lagi dengan Demons & Wizards. Lagu-lagu mereka muziknya dah tak selaju dan seberat dulu. Tetapi bukanlah nak kata ianya tak bagus. Masih sedap. Cumanya album ini lebih lembut dan perlahan temponya. Mungkin ianya seiring dengan perubahan usia. 

Namun begitu ianya masih sebuah album yang "solid". Tak ada sebab untuk tak suka album ini jika anda berminat dengan genre power metal, heavy metal mahupun hard rock.


Tuesday, September 22, 2020

The Best - The Rest - The Rare

Ini adalah antara yang dibeli di ebay ketika terperap dalam rumah semasa "work from home" sebulan dua yang lalu. Makin lama terperap makin banyak pula cd yang beranak…hahaha…

Helloween - The Best - The Rest - The Rare (1991)

Beli dari seller Jerman. Harga dalam RM20++ siap pos. Memang berbaloi-baloi. Tapi dekat 2 bulan juga baru sampai. Maklumlah sejak kes Covid-19 ni pos antarabangsa memang kelam kabut. Ada yang dah masuk 3 bulan tanpa khabar berita 😓

Dulu memang tak pernah ada album ni. Walaupun selalu nampak kasetnya di kedai. Maklumlah ketika itu sumber kewangan agak terhad. Lebih kepada membeli studio album berbanding album kompilasi. Tapi sebenarnya album kompilasi ini bukan biasa-biasa. Lagu-lagu rare b-side dari single mereka tu yang membuatkan ianya sangat berbaloi.

Tak payah cerita lagu-lagu yang biasa. Itu semua memang dah best dah. Tetapi "Livin' Ain't No Crime", "Savage",  "Don't Run For Cover" dan yang paling best "Victim of Fate" (Rakaman semula vokal dari Kiske bukannya Kai Hansen) menjadikan ianya "wish list" saya sejak bertahun tetapi baru sekarang tertunai.

Senang cerita, kalau nak dengar Helloween awal zaman Kai Hansen, tetapi tak larat nak beli kesemua albumnya, the Best the Rest the Rare adalah jawapannya. Tapi satu yang kurang, sepatutnya Eagle Fly Free patut ada. Ini kira salah satu lagu trademark Helloween kot...