Antara yang terkini dalam simpanan.
Loudness - Pandemonium (2001)
Tak ambil tahu dan tak mengikuti langsung tentang album ini pada tahun ianya di keluarkan. Loudness terakhir yang saya dengar dan beli secara fizikal adalah Heavy Metal Hippies (1994). Mungkin sebab utamanya kerana album-album selepas itu agak sukar untuk di dapati. Berkemungkinan besar memang tak masuk pun ke pasaran Malaysia.
Yang ini lagilah susah. Pandemonium memang asalnya dikeluarkan hanya untuk pasaran Jepun. Sekarang ni dah hidup zaman tanpa sempadan mudah la sikit nak dapat. Ianya adalah album kedua selepas klasik line-up (Akira Takasaki, Minoru Niihara, Munetaka Higuchi dan Masayoshi Yamashita) melakukan reunion.
Tetapi ini bukanlah Thunder in the East, Lightning Strikes mahupun Hurricane Eyes. Loudness pada ketika ini sudah jauh berubah. Mereka juga terpengaruh dengan situasi muzik pada zaman tersebut. Tetapi mereka sebenarnya tidak lah menjadi komersil. Malah sebaliknya. Album ni soundnya lebih berat dan keras. Tak ada satu pun lagu balada. Memang nampak ada pengaruh Pantera dan alternatif metal. Ada juga yang lagunya ke arah thrash metal.
Awalnya agak susak juga nak hadam. Kurangnya rif-rif melodic yang biasa kita dengar dalam Loudness. Tetapi setelah masuk 4,5 kali pendengaran rasa sedap juga. Ianya sebuah album yang "grower". Solo-solo gitar Akira pun tetap berbisa. Kebelakangan ini terngiang-ngiang pula melodi lagu "inflame" dalam kepala. Nampaknya kena cari juga rilisan Loudness yang lainnya pada zaman ini...
No comments:
Post a Comment