Schedule post walaupun sebenarnya tuan punya blog dah dalam mood bercuti nak sambut raya tetapi disebabkan hari ini, 27hb Julai adalah hari ulangtahun ke 30 untuk album ini...so rock on!!
Metallica - Ride The Lightning (1984)
Ini bukan review...malas arr nak review time mood raya ni...layan cerita ajer la...
Kalau di tanya kepada saya apakah album Metallica yang menjadi kegemaran. Dengan tidak teragak-agaknya saya akan menjawab Ride The Lightning. Tetapi kalau di tanya mengapa...agak susahnya juga hendak menjawab. Mungkin majoritinya menganggap Master Of Puppets atau pada generasi yang lebih muda mungkin "Black Album".... Tetapi ntah la...mungkin kerana pada saya ini adalah album yang kesemua lagu-lagunya saya suka. All Killer no Filler! Kalau album-album lain tu ada la satu dua lagu yang saya agak kurang gemar.
Sebenarnya saya agak terlambat dalam mendengar keseluruhan album ini. Kasetnya pun hanya dibeli kalau tak silap pada sekitar tahun 1990. Sebelum tu sekadar mendengar kaset dubbing. Malah saya terlebih mendahulu mendengar Master of Puppets berbanding Ride The Lightning. Ntah kenapa pada lewat 80an tu tak pernah pula saya terjumpa kaset Metallica versi Apache. Nak cari yang ori...lagi la payah.
Versi kasetnya dahulu di beli di Segamat. Zaman belajar di ITM Segamat. Beli 3 sekaligus. KEA, RTL dan MOP sejurus selepas mendapat duit pinjaman dari Yayasan Pelajaran Johor. (heheh...) Masa tu rasa terancam sungguh bila mat thrash tapi takder kaset Metallica...tu yang beli 3 sekaligus...Takut kena panggil poser la tu...hahaha
Manakala versi cd pula di beli di Tower Record KL Plaza. (ini pun kalau tak silap beli 3 sekaligus) Mengikut catatan di cd, ianya dibeli pada tahun 1997. Versi vinyl jer tak pasti bila... :P
dah...nak sambung mood raya...
Sunday, July 27, 2014
Saturday, July 26, 2014
Hari Raya 1435H
Dah nak raya dah...blog ni pun akan bercuti raya untuk beberapa hari...maklum lah kalau bercuti...balik kampung...memang malas la nak update blog...
Dengan ini aku nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" kepada semua pembaca blog berteromber. Ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata...
Sebelum tu sila layan lagu raya yang gerenti tak akan keluar kat radio...enjoy!!!!

Maaf Zahir & Batin
Sebelum tu sila layan lagu raya yang gerenti tak akan keluar kat radio...enjoy!!!!
Friday, July 25, 2014
Kad Raya
Dah mood raya....Ada siapa-siapa dapat kad raya tahun ni?
benda yang dah jadi rare untuk generasi sekarang....
walaupun setiap tahun sehingga kini aku masih dapat kad raya...tapi ianya jenis kad raya korporat...contohnya dari bankers...maklum lah kerja aku sememangnya berurusan dengan mereka...jenis bukannya ikhlas pun nak bagi...company suruh...membalasnya pun sama la jugak...penat nak sign kalau banyak...hahaha...tu pun 2,3 tahun kebelakangan ni banyak dah tak hantar dah...pakai e-card melalui e-mail ajer pun..
Tapi yang aku maksudkan adalah kad raya yang lebih berbentuk peribadi...dari saudara mara, kawan-kawan...memang jangan harap la kan....dulu ada jugak la mesej kat handphone...sekarang lagi la...tag kat facebook ajer...tak pun whatsapp....nak buat macamaner...zaman dah berubah...
Tapi yang aku nak cerita ni kad raya yang gambarnya kat atas tu. Kad tu ditujukan kepada anak bongsu aku. Suka betul dia dapat surat yang ada nama dia kad sampul. Kad raya tu dari sepupu dia. Yang menariknya menurut adik aku, cikgu sekolah anak dia yang suruh hantar kad raya tu pada sesiapa yang diaorang nak hantar. Benda ni kira tugasan sekolah. Dan yang paling aku respeknya kat cikgu ni, duit setem semua dia yang tanggung.
Nampaknya masih ada insan yang cuba memilihara tradisi lama. Atau sekurang-kurangnya pun memberikan pengalaman apa yang kita dahulu alami kepada generasi sekarang. Memang tabik la cikgu tu. Disebabkan dia, merasa jugak la anak bongsu aku merasa macamana perasaan ketika menerima kad raya.
Sayangnya hanya sekeping...tak boleh la nak gantung kat dinding...atau kat ranting pokok perhiasan macam zaman dulu-dulu...siap pasang lampu lip lap...dah macam pokok krismas pun iyer jugak...hahah...pergh...memang old skol la kalau dapat buat macam tu...
btw...ingat tak dulu-dulu masa 80an, popular betul kad raya gambar kucing...

Wednesday, July 23, 2014
Tuesday, July 22, 2014
Dataran Bandaraya Johor Bahru
Sebagai orang Johor Bahru yang duduk di Johor Bahru, aku promosi sikit la apa yang ada kat Johor Bahru bagi kawan-kawan yang tak pernah sampai sini.
Bergambar di Menara Jam kat Dataran Bandaraya Johor Bahru ini adalah salah satu mercu tanda yang membuktikan anda dah jejak kaki kat Johor Bahru.
Sedikit info - Ianya mula dibuka pada 1 January 1994 bersempena dengan pengisytiharan Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya. Maknanya dah 20 tahun dah usianya. Terletak berhadapan dengan Selat Tebrau, bersebelahan Padang Seri Gelam (tempat team JDT training) dan berdekatan dengan Thistle Hotel.
Selalu kalau perhimpunan hari merdeka dan majlis-majlis rasmi kerajaan negeri memang buat kat sini la.
Merujuk gambar di atas, skrin lcd (ada 2) tu baru dipasang sempena tayangan live perlawanan terakhir liga antara JDT vs Sarawak tempohari. Dengar khabarnya lepas ni ada banyak lagi tayangan live perlawanan JDT akan ditayangkan kat sini.
Sebenarnya walaupun dah bertahun duduk di Johor Bahru, aku tak pernah lagi pergi ke sini waktu malam. Biasa lalu ajer atau makan kat gerai bersebelahan. Sebenarnya bersebelahan dengan Dataran Bandaraya ni ada deretan gerai makan menggunakan van (dibuka hanya pada 6 petang) yang agak popular untuk warga Johor Bahru.
Ada macam-macam makanan tetapi yang paling popular adalah steamboat. Atau orang kat sini panggil cucuk-cucuk. Di panggil cucuk-cucuk pasal makanan yang pelbagai tu di cucuk macam satey. Ada banyak gerai...tapi yang paling popular gerai no 8. Dia yang best sebenarnya kuah dia. Sedap kuahnya maka sedap la cucuk-cucuknya. (sorry takder gambar -menghormati bulan puasa - sebenarnya terlupa nak ambil...pasal dah kesedapan makan...heheh..)
Kebetulan sebelum puasa tempohari anak saudara ajak makan kat situ. Kebetulan dia ada bawa kawan yang kali pertama menjejakkan kaki di Johor Bahru. Layan dia bergambar kat Menara Jam. Rupa-rupanya baru aku tau makin malam rupanya makin meriah kat dataran ni. Ramai juga yang bawa anak-anak berkelah kat sini. Yang berendut jangan cerita lah. Kena pula kat padang seri gelam sebelah tu JDT buat latihan seisi malam. Memang meriah rupanya malam kat sini. Hahaha...malu orang JB macam aku baru tau....maklumlah sejak-sejak dah beranak pinak ni memang kurang dah merambu malam...
Cuma yang tak bestnya...jam kat menara tu dah rosak. Dan dengar khabarnya akan datang Dataran ni akan di pasang rumput karpet untuk rakyat Johor Bahru beriadah. Nanti lah akan datang kalau aku pergi lagi aku ambil gambar cucuk-cucuk pulak.
Dulu popular cucuk-cucuk ni kat Stulang Laut ataupun gerai Pantai Lido. Tapi ni dua tempat sekarang dah takder dah. Semua pun dah pindah sini. Makanya kenangan berdating kat situ hanyalah tinggal kenangan...heheh...
Bergambar di Menara Jam kat Dataran Bandaraya Johor Bahru ini adalah salah satu mercu tanda yang membuktikan anda dah jejak kaki kat Johor Bahru.
Sedikit info - Ianya mula dibuka pada 1 January 1994 bersempena dengan pengisytiharan Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya. Maknanya dah 20 tahun dah usianya. Terletak berhadapan dengan Selat Tebrau, bersebelahan Padang Seri Gelam (tempat team JDT training) dan berdekatan dengan Thistle Hotel.
Selalu kalau perhimpunan hari merdeka dan majlis-majlis rasmi kerajaan negeri memang buat kat sini la.
Merujuk gambar di atas, skrin lcd (ada 2) tu baru dipasang sempena tayangan live perlawanan terakhir liga antara JDT vs Sarawak tempohari. Dengar khabarnya lepas ni ada banyak lagi tayangan live perlawanan JDT akan ditayangkan kat sini.
Sebenarnya walaupun dah bertahun duduk di Johor Bahru, aku tak pernah lagi pergi ke sini waktu malam. Biasa lalu ajer atau makan kat gerai bersebelahan. Sebenarnya bersebelahan dengan Dataran Bandaraya ni ada deretan gerai makan menggunakan van (dibuka hanya pada 6 petang) yang agak popular untuk warga Johor Bahru.
Ada macam-macam makanan tetapi yang paling popular adalah steamboat. Atau orang kat sini panggil cucuk-cucuk. Di panggil cucuk-cucuk pasal makanan yang pelbagai tu di cucuk macam satey. Ada banyak gerai...tapi yang paling popular gerai no 8. Dia yang best sebenarnya kuah dia. Sedap kuahnya maka sedap la cucuk-cucuknya. (sorry takder gambar -
Kebetulan sebelum puasa tempohari anak saudara ajak makan kat situ. Kebetulan dia ada bawa kawan yang kali pertama menjejakkan kaki di Johor Bahru. Layan dia bergambar kat Menara Jam. Rupa-rupanya baru aku tau makin malam rupanya makin meriah kat dataran ni. Ramai juga yang bawa anak-anak berkelah kat sini. Yang berendut jangan cerita lah. Kena pula kat padang seri gelam sebelah tu JDT buat latihan seisi malam. Memang meriah rupanya malam kat sini. Hahaha...malu orang JB macam aku baru tau....maklumlah sejak-sejak dah beranak pinak ni memang kurang dah merambu malam...
Cuma yang tak bestnya...jam kat menara tu dah rosak. Dan dengar khabarnya akan datang Dataran ni akan di pasang rumput karpet untuk rakyat Johor Bahru beriadah. Nanti lah akan datang kalau aku pergi lagi aku ambil gambar cucuk-cucuk pulak.
Dulu popular cucuk-cucuk ni kat Stulang Laut ataupun gerai Pantai Lido. Tapi ni dua tempat sekarang dah takder dah. Semua pun dah pindah sini. Makanya kenangan berdating kat situ hanyalah tinggal kenangan...heheh...
Monday, July 21, 2014
1984 (MCMLXXXIV)
sebuah lagi album yang menyambut ulangtahun yang ke 30...
Van Halen - 1984 (MCMLXXXIV) (1984)
Ketika saya berada di tahun 1984, 30 tahun sebelum itu (1954) adalah satu tahun yang pada saya tersangat lama dah...tua...klasik sangat. Tapi bila saya berada di tahun 2014, saya rasakan 1984 tu macam baru sangat...macam masih relevan untuk hari ini....tak rasa pun 1984 tu dah tahap klasik...barang lama...ni la kot bila tak sedar diri sebenarnya dah tua....hahahaha...
Apa-apa pun pada tahun1984, saya masih dalam deman new wave..terutamanya Duran Duran. Lagu "Jump" dan "I'll Wait" adalah antara lagu popular yang sering terselit dalam kompilasi lagu-lagu pop popular ketika itu. Kalau tak tahu siapa penyanyinya, sudah pasti saya ingatkan ianya lagu-lagu pop new wave. Sama kes seperti pertama kali mendengar "Mr Roboto" dari Styx ataupun "Owner Of A Lonely Heart" dari Yes.
Video clip "Jump" pertama kali saya tonton pada rancangan Play Back 84 (kalau tak silap begitulah tajuk rancangan yang disiarkan oleh TV3 pada tahun 1985 dulu). Pertama kali dapat menonton kumpulan rock di kaca tv memang seronok rasanya. Zaman tu mana ada youtube kan...kalau tak keluar kat tv takder can la nak nengok video clipnya.
Apa-apu pun bagi sesetengan pengemar lama Van Halen, album 1984 adalah album yang terlampau komersial bagi mereka. Beginning of the end. Sememangnya album ini lah yang mengenalkan mereka ke dunia maistream. Tak dapat no 1 di carta Billboard pun semata-mata kerana kalah kepada Thriller dari Michael Jackson.
Tetapi bagi saya yang ketika itu baru nak berjinak-jinak menjadi mat rock takder masalah pun dengan bunyian keyboard Eddie Van Halen. Saya mula betul-betul mengikutii perkembangan mereka bermula dari album 5150, makanya album era David Lee Roth ni bukanlah betul-betul zaman saya. Tetapi lagu-lagu seperti "Panama", "Hot For Teacher" dan "Top Jimmy" memang saya suka terutamanya bahagian kerja gitar Eddie Van Halen.
Catatan tahun 2009 saya untuk album ni boleh di baca di >SINI<

Labels:
1984,
cd,
rock omputeh,
Van Halen,
Youth Gone Wild 80's
Friday, July 18, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)