Monday, July 29, 2013

Canggung Mendonan

Album pop melayu terbaik yang dah 20 tahun


M. Nasir - Canggung Mendonan (1993)

Tak pasti dengan anda, tapi bagi saya ini adalah antara album pop melayu terbaik sepanjang zaman. Saya mula meminati M.Nasir sejak dari zaman Kembara hinggalah di zaman rock 80an. Antara memori yang tak dapat saya lupa, ketika darjah 6, saya dan rakan-rakan sekelas pernah audition lagu "Express Rakyat" untuk konsert sekolah. Sayangnya kumpulan kami tidak terpilih. Kawan yang bawa lagu Kojo No Tsuki versi Scorpions pun tak terpilih. Cikgu pilih yang bawa lagu kanak-kanak. Alahai...tak rock sungguh cikgu zaman tu.

Tetapi di penghujung 80an, saya mula meninggalkan rock melayu termasuklah M.Nasir. Saya mula dikenalkan kembali kepada M.Nasir oleh rakan sebilik semasa di ITM melalui album Saudagar Mimpi. Tapi tak cukup terkesan. Jiwa metal saya masih kental ketika itu sehinggalah apabila saya mendengar lagu Sentuhan Listrikmu. Ntah kenapa lagu ini benar-benar membuka hati saya. Mungkin ketika itu saya tengah hangat berfeeling-feeling bercintan. hahaha...Sentuhan Listrikmu lah yang tergerak hati nak beli kaset ni.



Pada saya ini adalah album pop melayu yang lengkap. Lagunya penuh dengan melodi kemelayuan yang pelbagai. Ada juga balada, slow rock, pop rock malah jangan tak percaya, Abang M.Nasir juga boleh rap. Lirik -liriknya agak mencabar minda apatah lagi lirik-lirik yang di tulis oleh Arwah Loloq. Memang kekadang kena buka kamus. Anda tau apa makna mendonan?

Sangat sesuai kepada yang mendengar muzik bukan hanya sekadar mendengar. Ada semangat, ada protes, sejarah, romatis, isu semasa, pengorbanan dan macam-macam lagi yang boleh kita jumpa dalam lagu-lagunya. Itu pun jika anda yang jenis rajin mengkaji. Jika tidak. Enjoy mendengar muziknya pun cukup dan tersangat best dah. Kalau tak silap saya ini lah tahunnya M.Nasir kena banned dengan RTM kes isu "Siapa Mahathir" tu kan?. Ini zaman M.Nasir masih memberontak. Biasanya zaman-zaman beginilah yang selalu menghasilkan masterpiece. Dan Canggung Mendonan adalah masterpiece M.Nasir setakat ini.



Selain Sentuhan Listrikmu dan lagu-lagu berimej pop melayu yang popular seperti Mentera Semerah Padi, Anak Anak Kita, Tanya Sama Itu Hud Hud dan Bonda, saya juga cukup suka lagu Bukalah Hatimu. Mungkin kerana lagu ini sedikit rancak temponya. Begitu juga lagu balada Aduhai! Kasih! Aduhai!. memang feeling habis. Dan tak lupa juga Wadi. Solo Kid Search dalam lagu ini memang berjiwa.

Sangat rekomended!





7 comments:

  1. http://pckokak.blogspot.com/2013/07/m-nasir-bukalah-hatimu.html

    ReplyDelete
  2. yap ni album lagu best2 yang aku suka

    ReplyDelete
  3. Sentuhan listrikmu memang feeling beb!

    ReplyDelete
  4. Bro, album ini memang epic sepanjang zaman. Banyak lagu killer dalam album ni. Untuk lagu sentuhan listrikmu, melodinya memang kreatif olahannya, amat sesuai jika suatu masa dahulu banyak komposer2 dahulu berkata yang M Nasir ini cukup hebat menghasilkan lagu2 bermelodi.

    ReplyDelete
  5. Lirik arwah loloq memang bombastik.. Byk perkataan baru yg pelik dan tersirat maksudnya.. Mungkin lebih pada puisi2 sufi..

    ReplyDelete