Sunday, July 21, 2013

Sgt Pepper's Lonely Hearts Club Band



Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band (1978)

Ini bukan The Beatles. Tapi filem muzikal yang diterbitkan pada tahun 1978 lakonan Peter Frampton dan adik beradik The Bee Gees (Barry, Robin dan Maurice Gibb). Filemnya teruk kena kritik (boleh cari kat youtube, rating 3.5 jer kat IMDB) walaupun barisan pelakonnya bintang-bintang belaka. Aerosmith, Alice Cooper dan Earth Wind And Fire pun ada. Malah boleh juga tengok Steve Martin ketika muda dan menyanyi pulak tu. Memang filem ini menggunakan lagu-lagu Beatles walaupun tidak ada seorang pun anggota Beatles yang terlibat. Cuma George Martin, producer mereka sahaja yang menjadi producer untuk soundtracknya.

Dah tersebut pasal soundtrack. Entri ini sememangnya bukan nak cerita pasal filemnya. Tapi LP ni...



kondisi kavernya agak teruk...tapi isi perutnya masih ok


Sayangnya LP made ini Malaysia ni (dulu harganya cuma RM6.90) cuma ada satu disc. Soundtrack yang sebenarnya ada 2 disc. Walaupun begitu lagu-lagu penting tetap ada. Menarik juga bila mendengar Peter Frampton, Bee Gees featuring Peter Frampton on guitar, Aerosmith, Alice Cooper malah Earth Wind & Fire membawakan lagu-lagu Beatles. Maklumlah ketika itu zaman disco. Tak kisah lah kalau filemnya flop, tapi siapalah yang tak suka lagu-lagu Beatles kan. Memang best!

Merujuk kepada entri >INI<.  Ianya juga di tujukan kepada mereka-mereka yang deman vinyl dan the Beatles, bolehlah layan album ini semoga demam anda semakin kebah.

heheh...






6 comments:

  1. Interesting ni..
    Anyway sokkabar spore semua kecoh pasal fandi, sokkabar melauu front page lagik.
    Besok nanti aku tampal laporan2 dari point of view reporters spore

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumour cakap next season fandi turun pangkat jd penolong jer...JDT nak ambik x valencia punya coach

      Delete
  2. aku suka Peter Frampton zaman dulu2 punya lagu, especially lagu "Baby I love your way" then lepas tu band reggae Big Mountain buat versi reggae pulak lagu ni, well not bad sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. demam LP + demam The Beatles pulak minggu ni eh..heheh

    ReplyDelete