Friday, October 17, 2014

Vs TERENGGANU


Piala Malaysia
Suku Akhir 2nd Leg
16hb Oktober 2014

Johor Darul Takzim 3  Terengganu 1
( Safiq Rahim 15', 74' , Luciano Gabriel Figueroa 22')



Lama dah tak layan bola..kali terakhir turun Larkin bulan Jun yang lalu masa JDT angkat piala liga..ntah kenapa macam rasa malas pula nak turun stadium sekarang. Sejak-sejak golongan hipster pun dah pandai nak tengok bola….hahaha…takder la….bagus la stadium penuh….cumanya aku jer yang rasa malas dah nak bersesak-sesak…ni pun orang rumah aku yang beriya-iya ajak pergi…lepas abis liga tu hari…aku memang rasa letih nak pergi…tambah-tambah sekarang game buat hari kerja…tapi kali ni..layan ajer la..

1 – Masuk lepas maghrib…biasalah kerja…kat pintu masuk ok…tapi laluan nak masuk ke tempat duduk tu yang sendat…sesak…nasib tempat duduk aku dah ada yang tolong book…kalau tak payah jugak…5 minit sebelum pukul 8 semua tempat duduk dah penuh dah…pergh!!..memang full house…macam tak kerja pula dorang semua ni…

Full House
2 – 3,4 bulan tak pergi stadium dah ada perubahan dah…tempat sembahyang kat luar dah pindah ke tempat berbumbung (kawasan kantin lama kot…kalau tak silap)..luar banyak kerja ubahsuai…kat dinding kawasan tangga tempat duduk pun dah cantik…dan yang paling ketara led board tu dah lain…dah stail liga omputeh…bersambung semua kat corner tu (rujuk gambar)…tapi yang tetap tip-top keadaan padang la…memang klas!

The Professor
3 – Sebelum game ada majlis penganugerahan kepada Nasir “The Professor” Yusof untuk dimasukkan dalam “Johor Wall Of Fame”. Yang sedihnya ada juga yang tak kenal siapa dia Nasir Yusof...hmmm…so…tak boleh marah la kalau orang kutuk fan baru dah up…biasalah bila golongan hipster tengok bola…hahaha…

Peteh Ganu Peteh
4 – B.O.S macam biasa…sejak ada speaker kat tempat dorang lagi lah bergegar stadium…Respek juga kat penyokong Terengganu walaupun setakat 100++ orang masih tetap ada suara…terutama time dorang dapat satu gol tu la…

5 – Tentang game, 1st half JDT main memang bagus…tapi masuk 2nd half slow sikit…tak pasti la kalau itu taktikal Bojan…bila counter attack Terengganu menjadi cemas jugak la sekejap…Gol ke 3 tu terus kill the game..



6 – Suasana antara fan…ok ok ajer…rasanya majority fan JDT dah matang dah…takder la nak baling-baling batu macam kat Terengganu tu…siapa join away day kat sana tau cerita la…fan Terengganu masuk stadium pun kita orang tepuk tangan…bukannya boo…lagu negeri Terengganu pun kita orang berdiri hormat…chant terimakasih penyokong Terengganu di balas balik dengan terimakasih penyokong Johor…maknanya malam tadi semua alrite…takder hal….bola jer pun…

7 – Aku rasa pembaca blog ni bukannya orang Johor ajer…aku mungkin bias…tapi kalau korang rasa JDT ni teruk sangat…jemputlah datang Larkin…tengok sendiri depan mata…apa yang TMJ buat ni kalau anda betul-betul seorang peminat bola memang patut di sokong…bak kata TMJ pun…kalau nak baling batu…jangan baling batu pada fan JDT…tapi baling batu pada presiden team sendiri kerana tak buat kerja…

Tu ajer…semi final lawan felda nanti mungkin aku pergi kot…


Btw…kontroversi kes tendang tiang bendera tu bukannya apa pun…sebenarnya dia terjatuh sebelum tu…mungkin nak kaver kot…tu yang tendang tiang tu… :P


"LUASKAN KUASAMU"




9 comments:

  1. haha.. semalam aku tgk kat tv game ni, pasal tmj tendang tiang tu aku tak tgk, pagi2 buka fb ada pula video, mcm2 org komen, last2 aku selidik, rupanya dia nak selebret saja, bila baca ni rupanya cover line haha... taniah jdt, aku nak tgk final jdt vs pahang,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pula yg kata dia sepak tu kat fan terengganu…haha…kesian la dorang ni…suka percaya tanpa usul periksa…tu pasal aku cakap…jemput turun stadium…tengok depan mata…jangan setakat keyboard warrior…heheh…

      Delete
  2. Baru baca tadi pasal apa kes dia tendang bendera tu..heheh

    ReplyDelete
  3. dia slide tak menjadi kot...
    apa pun ni game diingat orang lebih kepada end of game celebrations bukan game tu sendiri, tapi goal semua cantik.. Terengganu nye gol laju giler... Apasal Malaysia National Team tak macam gini aku pun tak tahu haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kata I'm a sportman...so i celebrate like a sportman..

      Delete
  4. Tak dapat pg stadium channel 802 ada balik dah. HD macam tgk bola omputeh

    ReplyDelete
  5. semua orang cerita pasal TMJ tendang tiang, tapi tak cerita TMJ jatuh dulu sebelum tendang tiang

    ReplyDelete