Friday, January 16, 2015

Deadly Sting

Kebetulan Deaf dah tercerita pasal Scorpions hari tu, ni tambah sikit. Kompilasi yang akan menyambut ulang tahun ke 20 pada 2 hb Februari depan.



Scorpions - Deadly Sting (1995)

Bersempena juga dengan album baru mereka "Return to Forever" yang khabarnya akan di edarkan bulan depan. Sebelum ini katanya nak pencen dah. Kononnya Comeblack (2011) adalah album studio terakhir mereka. Kiranya itu "goodbye" album. Siap dah buat "farewell tour" dah. Alih-alih tak jadi pencen la pulak katanya. Nampaknya Rudolf Schenker, Klaus Meine dan Matthias Jabs memang betul-betul rock sampai tua.


Mengikut apa yang tertulis di inlay, cd ini diterbitkan bersempena dengan ulangtahun ke 30 tahun Scorpions. Maknanya masuk tahun 2015 ni, Scorpions dah 50 tahun dah.

Tahun 1995 adalah antara tahun yang saya baru kenal apa itu cd. Ada 2 album kompilasi Scorpions yang diterbitkan pada tahun tersebut. Deadly Sting dan Born To Touch Your Feelings (akan diceritakan di lain kali). Kedua-duanya saya beli. Maklumlah zaman tu nak cari satu-satu cd album mereka memang susah. Makanya bila terjumpa kompilasi seperti ini memang tak akan dilepaskan.


Lagu-lagunya adalah lagu dari zaman mereka bersama syarikat rakaman EMI. Zaman selepas Uli Jon Roth. Yang menariknya, seleksi lagu-lagunya adalah lagu-lagu rancak dan mid-tempo bukannya lagu-lagu slow rock seperti yang biasa ada dalam album kompilasi.

Majoritinya adalah lagu-lagu dari tahun 1979 hinggalah 1988. Cuma tak pasti kenapa tiada satu pun lagu dari album Animal Magnetism (1980).

Sangat sesuai untuk sesiapa yang baru nak belajar dengar Scorpions dan jemu dah dengan lagu Still Loving You.




9 comments:

  1. aku dulu rajin tenung poster besar album ni kat kedai kaset (dulu kedai kaset kat pekan kecik pun ada), mcm best je tenung lama2

    ReplyDelete
  2. dgrnya cover album scorpion ni mmg nakal2 hahaha.. satu hari aku mau beli lah satu kaset scorpion ni, buat koleksi...

    ReplyDelete
  3. Best... Eddie The Four Hoursemen hadiah kat aku CD ni.. dia tau aku dok cari.

    ReplyDelete
  4. Tak jadi pencen pasal dia tgk maiden pun tak pencen2 lagi agaknya..Cd scorpions yg remasterd pun mahal jugak aku tgk haritu

    ReplyDelete
  5. Thank you for the text. Syok baca.
    Tak tahu apa jadi francis bucholz dengan dorang ye.
    Aku speku mesti pasal duit.
    Scorpions ni pada aku dah macam metallica. Metallica untuk aku 3 orang member, scorpions pjn 3 orang, lain2 semua... whatever.

    ReplyDelete
  6. Dulu selamber jer jual kat kedai...tak tau la sekarang...

    ReplyDelete
  7. kalo mereka pencen, tak tau nak kojo apo. baik terus rock sampai tuo, sampai tak larat nak goreng gitar dan jerit2

    " don't be afraid of getting old
    life's still full of joy..."

    ReplyDelete
  8. Sting - Dalam Diam Aku Mencintaimu

    ReplyDelete