Monday, May 18, 2015

Pop is Dead? 2

Yang dah 20 tahun...


V.A - Pop is Dead?  2 (The Essential Alternative Album) (1995)

Tahun lepas pernah buat pasal kompilasi Pop is Dead >SINI< Kali ini bahagian ke 2 nya pula...


Seperti yang pertama, sekali lagi saya terpengaruh untuk membelinya kerana perasaan ingin tahu. Majoriti artis-artisnya saya tidak pernah dengar pun sebelum itu. Cuma mungkin Smashing Pumpkins dan Radiohead. Itupun tidak pernah memiliki album mereka. Sekadar mendengar di radio.


Lain-lain yang saya tahu cuma Adam Ant dan EMF. Itu pun Adam Ant kerana beliau artis lama. Pernah dengar lagu-lagunya dari zaman tahun 80an. Manakala EMF pula agak popular ketika awal 90an dengan lagu "Unbelievable".

Senarai lagu dan artis/band yang terlibat
Walaubagaimanapun saya lebih menyukai kompilasi Pop id Dead yang pertama. Tak berapa nak masuk dengan seleksi yang ini. Rasanya memang dah hampir 20 tahun pun kaset ini terperuk tanpa mendengarnya. Pasang pun mungkin tak sampai pun 5 kali...memang ini bukan selera saya.



7 comments:

  1. antara album yg agak heboh djaman aku pra-SPM dulu... pinjam kaset member, tapi samalah kita entah 2-3 kali je pasang lepas tu pulangkan, tak masuk line

    ReplyDelete
  2. EMF yang mula2 popularkan trend pakai cap senget tu ek.Tahun 95 payah nak jumpa rilisan metal yg best masa tu.yg ada pun beli cd2 bootleg je kt pertama complex

    ReplyDelete
  3. takde Poison, sorry tak layan.

    ReplyDelete
  4. ini rare sudah ni, jual meletup gak harganya.

    ReplyDelete