Monday, June 29, 2015

Invasion Of Your Privacy

Yang dah pun 30 tahun pada 13hb Jun yang lalu


Ratt - Invasion Of Your Privacy (1985)

Saya dikenalkan kepada album ini oleh abang. Ini antara album kegemaran beliau. Siap print besar-besar tulisan "Invasion Of Your Privacy" kat pintu bilik rumah sewa dia semasa zaman bujang dahulu.

Tidak pernah memiliki kasetnya. (hanya pinjam dari abang) Cd pula dibeli ketika zaman sudah pandai ber"e-bay". Tetapi mana-mana album yang mempunyai "nostalgic value" kalau terjumpa piring hitamnya dengan harga yang mampu milik, nak tak nak...puasa tak puasa...pun tetap "ter"beli jugak.


Album ini pun asalnya dengar agak lambat. Mungkin sekitar tahun 1987. Tetapi lagu "You're in Love"  dan "Closer to My Heart" lebih awal saya dengar kerana kedua-dua lagu tersebut ada dalam kaset kompilasi pirate cap Apache "Kerrang Kompilation" kepunyaan saya.

Ratt ni selain Iron Maiden, Scorpions dan Judas Priest adalah antara band yang saya lebih suka mndengar lagu-lagunya dengan mengunakan headphone. Seronok mendengar pattern rhythm gitar yang berbeza di kiri dan kanan hasil kerja gitar Warren DeMartini dan Robin Crosby.


Suatu yang unik, Ratt di era glam/hair metal mereka memang tiada lagu balada slow rock meleweh. Mungkin yang paling hampir pun lagu "Closer to My Heart". Lagu perlahan mereka lebih kepada mid tempo. Tetapi lagu-lagu lainnya memang tersangatlah catchy. Antara yang jadi pilihan "Lay It Down" dan "What You Give Is What You Get".

Best!




10 comments:

  1. Kau cakap baru aku terfikir. RATT takde lagu slow rock cinta meleleh Shoulder to cry on gitu ye. Dulu aku ada satu kawwn kerja, suka Ratt. So aku tolong dia donlod lagu2 Ratt. Hahaha.

    ReplyDelete
  2. Cover dia takleh belek lama2 batal posa..hahah.versi lp tu beli kat ebay atau kat skudai parade?nilai rm tgh susut ni takut betul nak beli brg online

    ReplyDelete
    Replies
    1. ebay...sekarang masa untuk puasa terus...heheh..

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. kalau bdk baru cam aku ni tgk cover album, kompom aku ingat ni cd tari menari punya. haha

    ReplyDelete
  5. Napa album rock sekarang cover tak cenggini eh?

    ReplyDelete
  6. stephen pearcy pernah mendakwa dia adalah penyanyi rock terhebat di zaman keemasan rock dan kegemilangan RATT!
    apa yang pasti, mr. warren dimartini antara gitaris yang hebat!

    ReplyDelete
  7. stephen pearcy pernah mendakwa dia adalah penyanyi rock terhebat di zaman keemasan rock dan kegemilangan RATT!
    apa yang pasti, mr. warren dimartini antara gitaris yang hebat!

    ReplyDelete