Last cerita pasal jalan-jalan ke Melaka untuk hari tu..
Melaka ni banyak kali dah pergi terutamanya kawasan Bandar Hilir. Sampai dah tau nak kemana lagi dah. Last-last layan muzium. Sini memang banyak muzium. Salah satu darinya adalah Muzium Rakyat.
Tak tahu apa-apa pun pasal muzium ini sebenarnya. Tengok tiket murah (Dewasa : RM2 Kanak-kanak/Pelajar:50 sen), main masuk ajer la...tak rugi apa pun.
Kalau ikut google, katanya "Bahan pameran merangkumi perkara berkaitan isu-isu perkembangan ekonomi dan sosial Melaka dari era gelap hinggalah ke zaman dinamik. Bahan pameran dibahagikan kepada pelancongan, pertanian, industri dan sektor-sektor lain"
Tetapi sebenarnya bukanlah pasal Melaka sahaja, ada juga pameran berkenaan perkara-perkara lain berkenaan rakyat (people). Macam-macam ada...maklumlah 3 tingkat.
Contohnya permainan rakyat macam layang-layang dan wau.
Banyak lagi. Contohnya gasing....permainan baling tin pun ada. Tak larat jer nak letak semua gambar.
Ini pula bahagian kecantikan. Contohnya definasi kecantikan bagi pelbagai kaum di dunia.
Ada juga galeri 3d
Bahagian ni banyak gambar-gambar 3D zaman kesultanan Melaka. Sayangnya banyak juga yang dah rosak.
Ada juga bahagian angkasa lepas.
Batu taik bintang (meteor) yang sebenar. Berat-berat batunya..
Ada juga terselit poster filem-filem lama di dinding-dindingnya
Tapi yang peliknya poster LA Guns ni tak tau la untuk apa motifnya...
Axl Rose pun ada...ker mamat yang kerja muzium ni memang seorang rocker?...heheh...
informatif dan mungkin pasal perkataan "people's" tu ada la Axl Rose semua tu kot. But then ada ke foto2 sejarah ahli sukan tempatan atau pemimpin2 dunia...then aku rasa baru letak Axl Rose la
ReplyDeleteAik ada Axl Rose pulak ni?ni muzium rakyat ke rock n roll hall of fame?heheh..aku rasa ya la mmg pekeja kat dlm ni ramai rockers kot
ReplyDeleteangkasawan tu ada nama tuan punya blog :)
ReplyDeletebab gambar kecantikan tu, pergh.. bibir sampai camtu sekali.
ReplyDelete