Friday, November 13, 2015

Keeper Of The Seven Keys - The Legacy

Menyambut ulangtahun ke 10 pada 28hb Oktober yang lalu.


Helloween - Keeper Of The Seven Keys - The Legacy (2005)

Zaman dah berubah. Helloween dah lama dah bukan lagi Kai Hansen, Michael Kiske dan Ingo Schwichtenberg. Malah yang saya anggap baru (walaupun sebenarnya dah lama), Roland Grapow dan Uli Kusch pun dah tiada. Kini giliran Sascha Gerstner (gitar) dan Dani Loble (drums) pula sebagai pengganti. Sudah tentu muzik, sound dan hala tujunya juga sudah agak berlainan.

Album terakhir mereka yang benar-benar saya ikuti hanyalah sehingga The Dark Ride. Memang sedap. Tetapi entah mengapa saya agak kurang bersemangat untuk mendengar album-album yang seterusnya. Terus terang saya tertarik untuk memiliki album ini kerana tajuknya. Keeper OF The Seven Keys Part 1 dan 2 adalah antara album kegemaran saya. Ada sedikit rasa teruja untuk mendengarnya. Itupun cd double disc ini hanya saya miliki dalam 2 atau 3 tahun yang lalu. Agak ketinggalan juga.


Saya tidak menghayati sangat liriknya. Tak pasti kali ini kisahnya berkenaan apa. Bukan lagi zaman-zaman remaja mendengar sambil membelek lirik di tangan. Sekarang mendengar muzik hanya hiburan sampingan. Tak boleh nak 100 peratus.  Pada saya lagu-lagunya sedap. Masih trademark power metal Helloween (selagi ada Michael Weikath). Masih melodic dan catchy. Gitaris baru Sascha pun hebat. Lagu seperti "The King for a 1000 Years" dan "Occasion Avenue" agak progressif dan kedengaran seperti band-band power metal era millenium. Memang sedap. Lagu duet bersama Candice Night (Blackmore's Night), "Light of The Universe" pun sedap.


Tetapi "feel"nya memang tidak sama. Mungkin bukan Helloween yang berubah. Tetapi saya. Sedap memang sedap tetapi tiada lagu yang benar-benar boleh melekat di dalam kepala. Mungkin jiwa dan hati saya masih tertinggal di tahun 80an.

Beli...jika anda seorang die hard Helloween.



5 comments:

  1. grapow kat masterplan pun aku dah lama tak follow...

    ReplyDelete
  2. Ni album aku tak paham.
    cuma ada satu part tu cam tukar2 cenel radio stesen kan?
    kenapa ada macam live version keepers part 2?
    betul kan? Aku nak official double live album zamaan kiske,

    ReplyDelete
  3. tak ada satu pun koleksi helloween aku.huhu

    ReplyDelete
  4. dulu aku ada kaset wall of jerricho, keepers dan kompilasi...lagu rise and fall adalah lagu fav aku..

    ReplyDelete
  5. Lawa packaging yg ni.yg aku punya biasa je.aku pun sama mcm ko jugak.dgr album ni sekali lalu je.tak macam album diorang yg dulu2 syok layan.album era andi pak deris ni yg aku suka time of oath je.

    ReplyDelete