Monday, April 11, 2016

Skunkworks

Yang menyambut ulantahun ke 20 pada 19 Februari yang lalu...


Bruce Dickinson - Skunkworks (1996)

Saya bersetuju dengan Ijau yang Skunkworks ada sedikit persamaan kesnya dengan Seventh Star (rujuk komen Black Sabbath Seventh Star). Malah ia juga sebuah album yang ganjil dalam keseluruhan discography solo ataupun berkumpulan Bruce Dickinson.

Pertengahan 90an adalah era yang cukup mencabar jika anda pengemar muzik heavy metal yang sebenar. Hero heavy metal seperti Bruce Dickinson pun berubah. Rambut pun dah potong pendek. Asalnya ini adalah projek band terbaru beliau yang menggunakan nama Skunkworks. Tetapi atas desakan syarikat rakaman yang tidak bersetuju, beliau akhirnya beliau mengalah. Skunkworks menjadi album solo beliau yang ke 3.


Skunkworks benar-benar lari dari genre biasa Bruce. Agak susah juga untuk mengkategorikannya. Tetapi yang pastinya ianya bukan metal. Mungkin boleh juga dipanggil sebagai alternative rock dengan pengaruh British yang kuat. Nasib juga ianya jenis straight rock bukannya meleweh ala Grunge ataupun alternative Bristish/Indie seperti Stone Roses, Oasis dan seangkatan dengannya.

Walaupun saya peminat beliau, sejujurnya saya tak boleh nak masuk dengan perubahan ini. Tiada rif-rif yang cukup "powerful". Segalanya "straight forward" yang menyebabkan ianya kedengaran sama sahaja di telinga saya untuk setiap lagu. Mendengarnya semula selepas 20 tahun pun tidak dapat mengubah pandangan saya terhadapnya.

Nasib juga beliau kembali ke pangkal jalan dengan album-album solo beliau yang berikutnya.





8 comments:

  1. Memang merana zaman tu. 1999 bila dorang gabung memang happy tapi tak sangka betapa dorang 2016 ni nye sambutan satu dunia. Mimpi indah

    ReplyDelete
  2. album ni payah nak dapat.dari dulu lagi teringin nak dengar.pasal review ramai jugak yg kritik album ni dulu

    ReplyDelete
  3. aku dulu beli album ni jenis main redah je (shot in the dark) sebab nak kumpul diskografi BD solo, kecuali lagu back from the edge yg ada dalam kompilasi, lagu2 lain memang terasa asing...

    ReplyDelete
  4. tak berapa tahu sangat dengan album solo bruce dickinson ni.. lebih gemar layan masa zaman iron maiden..

    ReplyDelete
  5. saya hanya ada album kompilasi dickinson...dulu pernah jumpa cd ni tp x beli pun..

    ReplyDelete
  6. Ahahaha lain betul Bruce Dickinson mengalternatifkan diri.. sedap pada teling aku.. Chemical Wedding boss ada reviewkan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum...nantilah tunggu dia genap 20 tahun..haha..

      Delete