Cinderella - Night Songs (1986)
Pernah menulis pasalnya 7 tahun yang lalu >sini<
Night Songs adalah antara album yang mengembalikan nostagia ketika saya mula terjebak dengan muzik rock dan metal. Ianya adalah antara kaset (apache) terawal saya. Sayangnya yang tinggal kini hanyalah "cover"nya sahaja. Kasetnya dah hilang entah kemana.
Walaupun begitu saya masih tetap mempunyainya dalam bentuk kaset. Ianya adalah pemberian seorang rakan (saya dah lupa siapa). Menurutnya ianya dibeli oleh abangnya di Jepun ketika beliau menuntut di sana. Covernya dah hilang. Sebab itulah dihadiahkan kepada saya. Tulisan di kasetnya semua bahasa Jepun. Sepatah haram pun tak boleh nak paham.
Versi cd pula di beli 19 tahun yang lalu. Kalau ikutkan sticker di kotaknya, ianya di beli di Salem Power Station dengan harga RM32. Ini yang menariknya Salem Power Station berbanding Tower Records. Mereka selalu ada cd versi special price yang lebih murah. Sayangnya kedua-dua kedai cd ini dah tinggal kenangan dan sejarah. Bolehlah dikatakan pada penghujung tahun 90an dulu saya adalah pengunjung tetap mereka terutamanya Salem Power Station di Ampang Point. Maklumlah dekat dengan rumah (ketika itu menyewa di kawasan Kg Pandan)
Versi piring hitam ini pula dibeli melalui ebay sekitar setahun dua yang lalu selepas terjebak dengan penyakit kumpul vinyl. Dah tak ingat harganya. Mungkin sekitar RM50 hingga ke RM70. Saya jarang membeli piring hitam dengan harga yang lebih dari itu. Tetapi yang pastinya mana-mana album yang ada nilai sentimental pastinya berbaloi untuk saya gila formatkan. Hobi yang mengabiskan duit sebenarnya. Tetapi kepuasan memilikinya tak tergambar dengan kata kata.
Walaupun dah 30 tahun usianya, lagu lagu seperti Night Songs, Shake Me, Nothin' For Nothin',Somebody Save Me, In From The Outside masih tetap mengujakan setiap kali mendengarnya. Apatah lagi lagu Nobody's Fool. Ianya adalah antara lagu slow rock kegemaran sepanjang zaman. Syahdu sungguh solo gitar Tom Keifer dalam lagu ni...
Terbaik!
RM32 utk satu CD kira murahlah untuk tahun 90an
ReplyDeleteBest album nie, dulu lebih mengenali album Heartbreak Station..tapi lagu Nobody's Fool memang lagu slow diorg yg paling aku suka..
ReplyDeletePergh..skali 3 format dia tayang..hahah..baru aku perasan album cinderella takda dlm simpanan pun.nanti la cari satu.
ReplyDeletesatu lagi kumpulan yang berkonsepkan glam/hair metal, selain dari Ratt aku pun begitu teruja dan amat meminati band Cinderella ini..
ReplyDeletep/s : teringat dulu, time balik sekolah petang tu pakat gi jamming kat bandar kota bharu di studio Desire, mainkan lagu album Cinderella - somebody save me.. fuhh, memang nostalgia sungguh time tu.. sekitar tahun 87 kami perform banyak main lagu-lagu bergenre glam metal ni... gitu-gitu laa alkisahnya..
masih ada kah jual rokok salem skg ni ya. haha
ReplyDeletebelum sempat nk dgr lg lagu dari band ni.. tp mmg aku dh tau ni band.. biasa dgr dlu.. cuma mungkin bg aku tak se gah motler crue dn lain2 jd aku tangguh2kan dgr lagu2 dari album ni..hehe
ReplyDeleteFavourite album saya - Long Cold Winter & Heartbreak Station...
ReplyDeleteni 2 pun best...cumanya 2 ni dah lebih pengaruh blues...
DeleteGerek ye album ni, shake me, serious dah acdc tu. Aku tunggu tom keifer release live album, pasal aku suka masuk youtube tengok videos peminat ambil masa tom keifer band main live.
ReplyDelete