Def Leppard - Yeah! (2006)
Beli dah lama. Kalau tak silap ketika "Popular" buat sales dengan harga RM9.90 semasa renovation kedai mereka beberapa tahun yang lalu. Mendengarnya baru sekarang. Ntah mengapa sejak album "Slang" agak tawar hati juga untuk mendengar Def Leppard.
Tak sangka pula album ini sedap. Terbaik dari mereka semenjak "Retro Active". Satu kemungkinannya kerana ianya adalah lagu-lagu cover yang memang dah sedia sedap. Lagu-lagu rock klasik Britain 70an. Menariknya mereka menjadikan lagu-lagu tersebut seolah-olah lagu mereka sendiri tanpa mengubah sangat versi yang asal. Sesuatu yang tak mudah untuk dilakukan. Sekarang kita dah tau dah dari mana Def Leppard mendapat "influence" mereka.
Banyak juga lagunya yang baru pertama kali saya dengar dan ada juga yang pernah dengar tetapi baru ini tahu siapa penyanyi asalnya. Contohnya lagu "Hangin' On The Telephone". Pertama kali dengar versi thrash dari band Acid Reign. Terus suka. Baru ni ambil tahu siapa penyanyi asalnya yang sebenar.
Pilihan lagunya memang menarik. Tambah pula kebanyakannya bukanlah lagu popular dari penyanyi asal. Antara yang paling saya suka selain "Hanging on the Telephone" - The Nerves adalah "20th Century Boy" dari T. Rex, "Waterloo Sunset" - The Kinks, "Hell Raiser" - Sweet, "No Matter What" - Badfinger dan "Don't Believe a Word" - Thin Lizzy
Yang menariknya juga adalah gambar-gambar dalam inlaynya. Setiap band member bergaya ala-ala cover dari album-album lejen klasik rock 70an...
Contohnya, Rick Savage bergaya ala-ala Freddie Mercury dari album Queen II
Vivian Campbell ala Marc Bolan dari album T. Rex - Electric Warrior
Yang ni pula khas untuk Deaf....Abang sado Phil Collen dengan gaya Iggy Pop dalam Raw Power...hahaha....
Fuh!! dah 10 tahun, tak ambil pedulipun album ni, mungkin sebab lagu2 cover kot...
ReplyDeleteakupun rasa tertarik jugalah pasal posing2 tribute album lama tu, kalau tak baca posting nie, mesti aku tak tahunya..tq bro..
Aku pun skip album ni pasal ingatkan sama mcm slang.baca review ni baru tau yg ni album cover song.tang gambo phil tu yg takleh blah tu..tetap tak berbaju.siot laa..hahah
ReplyDeletealbum ni memang bagus.. dari dulu lagi , kini , dan selamanya gitu.. def leppard is the best.. tiada galang gantinya.. vokal joe elliot memang memukau daa.. gitu-gitu heheheheh
ReplyDeleteaku tau nama bandnye je..hehe
ReplyDeleteHaha. Terbaik post.
ReplyDeletetu hari aku beli yang dokken satu set series mat jimat tu.