Saturday, September 3, 2016

Destroyer

Yang 40 tahun pada 15hb Mac yang lalu...


KISS - Destroyer (1976)

Kalau anda mahukan hanya satu album KISS dalam simpanan anda selain album kompilasi terbaik, ini adalah albumnya. Sekurang-kurangnya itulah pendapat saya. Lain orang mungkin lain pilihannya. Walaupun saya bukanlah seorang KISSARMY, tetapi banyak lagu mereka yang saya suka. Dan Destroyer mengandungi banyak lagu terbaik mereka. Detroit Rock City, God of Thunder, Shout It Loud, Do You love Me? dan lagu balada syahdu kegemaran saya, Beth.

Destroyer agak berbeza dengan 3 album awal mereka. Soundnya lebih bersih dan lebih komersial. Ianya adalah album "breakthrough" mereka. Awalnya ia kurang berjaya sehinggalah secara tiba-tiba lagu side B dari single Detroit Rock City, Beth yang dinyanyikan oleh pemain drum mereka, Peter Criss meletup. Beth adalah lagu pertama mereka yang berjaya menembusi carta Top 10 di Amerika.


Semuanya tidak akan terjadi kalau tidak kerana penerbit mereka, Bob Ezrin. Beliau lah yang bertanggungjawap dalam mengumpul, mengubah, memilih, menyusun idea dari anggota KISS sehingga menjadi muzik dan lagu yang bagus. Malah khabarnya solo gitar didalam album ini pun semuanya hasil dari idea beliau. Beliau menjadikan KISS dari sebuah band yang biasa biasa kepada band yang terkenal di seluruh dunia.

Dengan Destroyer, KISS membuktikan mereka bukanlah sekadar band gimmick dengan make-up semata mata. Suka atau tidak, anda perlu mengakui yang lagu-lagu mereka kebanyakannya memang sedap.




3 comments:

  1. Dulu masa bebdk ingatkan album ni sama mcm album venom ngan mercyful fate.lagu hantu..heheh

    ReplyDelete
  2. Kiss memang talented kerana kesemua 4 orang ahli mereka boleh menyanyi dgn baik selain bermain instrument masing2. Begitu juga dgn The Beatles.. Lagilah Hebat The Fab Four ni..

    ReplyDelete
  3. Aku suka God Of Thnuder. Suara budak2 tu jadikan lagu ni berhantu

    ReplyDelete