Friday, September 16, 2016

Train To Busan



Train to Busan (2016)

Cerita ni untuk tontonan 18 tahun ke atas. Tapi tak kira tetap juga bawa 2 anak perempuan bawah umur untuk menonton. Maklumlah bila sebut nak tengok cerita korea budak budak memang excited. Kuat betul pengaruh kpop pada budak budak sekarang.

Mungkin elemen ganas menyebabkan ianya di label sebagai 18 tahun ke atas. Tetapi Train To Busan bukanlah sekadar kisah zombie yang ganas. Kisah kasih sayang dan pengorbanan antara si bapa dan anak perempuannya pada saya lebih menonjol dari isu ganasnya sang zombie. Ianya bersesuaian dengan "Dad and daughter day out" yang kami lakukan. Di bawah bimbingan saya rasa anak anak saya faham apa itu zombie.

Nak kata Train To Busan lain dari yang lain tak juga. Maklumlah dah melambak cerita zombie di pasaran. Zombie laju pun World War Z dah buat. Mungkin zombie blur dalam gelap itu satu idea yang baru (haha.) Tetapi isu-isu kemanusian di sebalik trajedi zombie itu yang pada saya menarik.

Seperti kebanyakan cerita zombie ianya adalah kisah "survival". Cuma kali ini ianya dalam keretapi". Maaf, saya kurang sikit bab kpop ni. Tak kenal pun siapa siapa pelakonnya. Tetapi lakonan mereka bagus. Watak baik membuatkan satu panggung bersedih dan watak jahat tu memang rasa nak tumbuk jer mukanya.

Bagi peminat filem zombie seperti saya, Train To Busan ni sebenarnya ok ok sahaja. Mungkin yang menyebabkan filem ini menarik dan meletup kerana ianya zombie Korea bukannya orang putih yang biasa kita lihat. Sayang juga zombie KL tak sebagus ini. Produksi filem Korea memang sudah jauh kedepan.



6 comments:

  1. Macam menarik.. Filem Korea ni jarang jugak tengok tapi ada dua tiga yang melekat macam Brotherhood (cerita lama pasal perang), 11 AM (time travel), Blood and Ties (anak syak bapak penjenayah)..

    ReplyDelete
  2. Dah keluar dvd nya.di sebabkan teringat kpop tu yg aku malas nl tengok..heheh

    ReplyDelete
  3. Waste time cerita ni, aku skip gi part first time little girl nampak attack waktu train nak jalan, time part soldiers attack kat train station dengan ending dia. Lain part cam melodrama sangat. Haha

    ReplyDelete
  4. baru abis sedut ceta ni, malam karang aku nonton, mengujakan melihat dia punya impak perkongsian di laman fb tu. haha

    ReplyDelete
  5. bintulu lagi busan pawagam takde filem baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sekarang kalau panggung wayang layan kat pekan kecik Ulu Tiram jer...malas nak layan area JB...tiket mahal dan sesak pulak tu...sini walaupun screen dia kecik...seat kurang empuk...tp tiket jauh lagi murah...filem semua baru pulak tu..

      Delete