Thursday, December 29, 2016

Rock 'N' Roll Pie

Lagi album rock melayu yang dah 20 tahun...


Search - Rock 'N' Roll Pie (1996)

1996 adalah tahun yang saya kembali semula mendengar rock melayu. Rasanya selepas album Fenomena, ini adalah album Search yang dibeli ketika ianya diterbitkan. Lama dah saya tinggalkan Search sebelum tu.

Apa yang saya ingat, iklan di akhbar tentang album ini agak menarik perhatian. Ianya gambar sekeping pie. Nampak menyelerakan. Haha..Sayangnya mereka tidak menggunakan gambar tersebut untuk cover. Tak jumpa pula gambarnya di internet.

Adanya lagu ciptaan Klaus Meine dan Rudolf Schenker dari Scorpions menambah minat saya untuk membelinya. Menarik juga lagunya. Saya tidak dapat lari dari membandingkannya dengan album Rampage. Kerana kedua-duanya diterbitkan oleh mereka sendiri. Tidak banyak bezanya cuma sound Rock 'N' Roll Pie lebih kering jika dibandingkan dengan Rampage.


Sekali lagi kombinasi Kid dan Nordin tidak mengecewakan. Walaupun saya dari kem penyokong Hillary. Saya tidak boleh menafikan keupayaan Kid menyolo dengan amat baik sekali. Memang hebat. Tetapi itu tidak bermakna saya akan berpaling dari kem Hillary. Langit dan Bumi akan sentiasa menjadi kegemaran walaupun Search telah berubah mengikut peredaran zaman.

Diari Habil & Qabil kalau tak silap saya antara lagu wajib dalam mana mana konsert mereka. Banyak juga lagu sedap. Tapi saya tak boleh masuk lagu Seroja. Meleweh...haha..tapi kalau nak banding dengan Rampage, rasanya saya lebih suka Rampage.




9 comments:

  1. Satu Syurga tue xdigunakan pulak untuk kempen 1Malaysia sekarang ehehehe lagu tu terbaik...

    Album nie okay la jugak berbanding Gema di Timur jauh yang lebih mengecewakan..

    ReplyDelete
  2. Ini album bagus. Panggung khayaln is superb live song, tapi diari habil qabil aku tak suka live. Satu bangsa sedap, kereta merahhhhhhhh!!!! What a song. Okayyyy lagi sekali aku protes pendapat kau, seroja is the best.. haha. Rampage lagu banyak sedap2..
    Dan aku suka line up Rampage... erkkkkk. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu NANTIKAN GERIMIS is a haunted Ballad dan Hey... aku juga suka SEROJA sampaikan nick MIRC pun guna SEROJA!

      Delete
  3. Owww... this one totally my favourite. Next to Gema Di Timur Jauh.

    This time rockers semua jadi Mellow..m WINGS with ORANG ASING , SCORPIONS with PURE INSTINCT and BONJOVI with THESE DAYS,that I really adore!

    ReplyDelete
  4. Aku suka riff lagu rock n roll pie.syok bunyi riff dua

    ReplyDelete
  5. dah ramai sangat member-member yang suka pada album RnRP nih, maka aku pun nak ambil jalan mudah jer lah.. so kesimpulannya, aku pun suka jugalah, habis cerita.. haaaaaaaaaa haaaaaaaaaaaaa haaaaaaaaaa haaaaaaaaaaa 666

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha apa nie Yusrina ikut arus... xtetap pendirian wakakaka..

      album nie aku kat Mesir.. sampai2 je sana tgh naik lagu Seroja dengan Awie nyer lagu DI PENJARA JANJI..

      Delete
    2. maksudku kat Malaysia la tgh naik lagu2 nie sebelum Reihan lak meletop... sekali dgn geng2 dangdut.. ambang Klasik semua.. klon2 Ziana..

      Delete