Monday, May 15, 2017

United Abominations

Demam Megadeth belum kebah. Yang menyambut ulangtahun ke 10 pada hari ini, 15hb Mei.


Megadeth - United Abominations (2007)

Ini adalah album yang mengembalikan kepercayaan saya kepada Dave Mustaine. Lagu-lagunya lebih menarik, sedap dan lebih konsisten berbanding album sebelumnya, The System Has Failed (2004). Mungkin ramai juga yang bersetuju dengan saya kalau tak, takkanlah album ini berjaya menduduki tangga ke 8 dalam carta Billboard 200.


Lineup serba baru. Saya suka bila Abang Mus mengambil ahli baru yang sebenar bukan lagi sekadar pemuzik jemputan. Glen Drover adalah pilihan yang bijak. Sesiapa yang pernah bermain dengan King Diamond pastinya mempunyai solo solo shred yang hebat.

Paling menarik dan agak kurang percaya bila James LoMenzo menyertai Megadeth. Saya adalah pengemar White Lion. Memang rasa janggal awalnya kerana perbezaan genre yang agak ketara. Tetapi beliau sememangnya pemain bass yang hebat. Bahkan dalam buku biography Mustaine, beliau menyatakan kalau bukan kerana Junior yang beriya-iya nak kembali. James LoMenzo pastinya akan kekal dalam Megadeth.


Antara lagu yang menjadi pilihan sudah semestinya 'Sleepwalker' dan 'Washington Is Next!'. Tetapi yang menjadi perhatian sudah semestinya rakaman semula 'A Tout Le Monde'. Mungkin juga kerana nak dengar suara Cristina Scabbia (Lacuna Coil) atau sahaja untuk perbandingan kerja gitar antara Glen Drover dan versi asal Marty Friedman.

Best!










4 comments:

  1. Line up megadeth time ni mmg aku suka.walaupun masa tu telinga dah biasa dengan zaman marty.nak cari balik album ni lah.cd yg beli dulu da kena kebas..

    ReplyDelete
  2. pendapat aku solo drover dalam ATLM-SMF lagi best dan lebih panjang...

    tiba2 teringat ex-gitar VMNTx united abominations aku

    ReplyDelete
  3. nak layan versi sedut jap haha

    ReplyDelete
  4. Aku suka album ni, ada satu lagu scorpions apa entah.
    James lomenzo headbanging giler2 la kau masa show Singapore untuk support ni album kot,

    ReplyDelete