Tuesday, May 2, 2017

For All Kings

Dari tahun lepas....


Anthrax - For All Kings (2016)

Membesar di zaman thrash yang asal, tidak dapat tidak saya akan sentiasa mempunya soft spot untuk Anthrax. Walaupun mereka tidak sesetan Slayer, tidak seteknikal Megadeth dan tidak juga sepopular Metallica, tetapi mereka akan tetap ada di atas singgahsana "The Big 4 of Thrash".

Kembalinya Joey Belladona ke pangkuan Anthrax ibarat sirih pulang ke gagang. John Bush memang bagus. Tetapi untuk peminat seperti saya ianya bukan Anthrax yang sebenar. Muzik mereka pada zamannya juga agak berlainan.


Banyak juga band yang melakukan re-union tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Tetapi Anthrax telah membuktikannya melalui Worship Music pada tahun 2011. Saya tidak mengharapkan lebih tetapi For All Kings telah melebihi jangkaan. Tak sangka pula ianya lebih bagus dari Worship Music.

Pada saya tiada band thrash lain yang melodi lagu-lagunya sesedap mereka. Mereka adalah raja untuk melodic thrash metal. Singalong chorus yang catchy. Kini dengan kembalinya Joey Belladona, tahta tersebut memang sukar untuk digugat. Vokalnya masih seperti dulu.


For All Kings benar-benar mengembalikan semangat Anthrax di tahun 80an. Semua lagu sedap. Bagi sesiapa yang jiwanya tersangkut di era 80an (seperti saya), album ini pasti tidak mengecewakan. Ini adalah apa yang kita mahu dari mereka. Ianya secukup rasa.

Kalaulah mereka dapat memanggil semula Dan Spitz tentu lebih menarik. Tidak menafikan kehebatan gitaris baru mereka, tetapi barisan klasik ini pasti lebih mengujakan.

Selain Dystopia, ini adalah pilihan album terbaik saya untuk tahun 2016. Best!





4 comments:

  1. anthrax dan slayer, big 2 yang entah kenapa aku tak terfollow... nanti nak cari album kompilasi kat estock

    ReplyDelete
  2. Anthrax pun aku setakat ada lp state of euphoria je.tapi mmg betul joey jugak yg kena jadi vokalis

    ReplyDelete
  3. anthrax ni aku cuma layan amongst the living jer. huhu.

    ReplyDelete
  4. wow harap ni band pun masuk malaysia hehe

    ReplyDelete