Saturday, June 17, 2017

Cryptic Writings

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada hari ini, 17hb Jun...


Megadeth - Cryptic Writings (1997)

Dulu tak suka pun album ni. Rasa macam pop sangat. Selepas tu memang pencen dengar Megadeth.

Tetapi selepas album The System Has Failed (2004), mula menjejaki semula Cryptic Writings. Mula dengar betul-betul. Peningkatan usia membuatkan fikiran lebih matang dan terbuka. Sekarang baru paham apa yang cuba dilakukan oleh Dave Mustaine. Mereka masih metal tetapi dengan cara yang lebih mudah diterima oleh golongan biasa. Lagu-lagunya lebih mudah. Melodic dengan singalong chorus.


Pernah terbaca yang beliau cuba untuk lebih menyanyi. Maklumlah nyanyian bukanlah kekuatan utama beliau. Untuk itu beliau mengurangkan bahagian gitar. Maka tak hairanlan album ini tidaklah seteknikal seperti album-album sebelumnya.

Masih ada lagu yang thrash dan laju. "The Disintegrators" dan "FFF" adalah trademark biasa Megadeth. Manakala "She-Wolf" adalah antara hasil kerja gitar terbaik Marty Friedman. Sedap solo lagu ni. Tak hairanlah ianya menjadi salah satu lagu wajib untuk konsert mereka sekarang.


Banyak lagi lagu sedap, "Trust", "Almost Honest", "I'll Get Even". Faktor umur sememangnya memainkan peranan. Lagu metal yang lebih santai begini (bukan yang meleweh yer..) mungkin memang sesuai untuk golongan yang lebih berusia.

Dulu tak suka...tapi sekarang memang suka...tapi kalau black album, load, reload....memang dah tua-tua pun tetap tak suka...hahaha...


8 comments:

  1. trust dan she-wolf kekuatan album ni

    ReplyDelete
  2. Solo2 marty dlm album ni mmg banyak yg best

    ReplyDelete
  3. AKU ADA KASET DIA JE...LAST ALBUM NICK MENZA DGN MEGADETH KAN...

    ReplyDelete
  4. Aku suka album ni.. best. 1997 gitu kot

    ReplyDelete
  5. Album ni kahwinkan dengan YOUTHANASIA dah cukup bagi aku menikmati Megadeth

    ReplyDelete
  6. lagu she wolf tu dia tuju kat bini dia kan kalau tak silap dengar lah hari tu. haha

    ReplyDelete
  7. trust dan she wolf jadi fav aku sepanjang zaman...aku tiada masalah dengar semua album megadeth..rasanya yang masih susah nk hadam album super collider

    ReplyDelete