Monday, September 18, 2017

Gods Of Violence



Kreator - Gods Of Violence (2017)

Dah masuk September...tapi sejak album ini dikeluarkan pada bulan Januari yang lalu rasa macam ini adalah album paling best untuk tahun 2017. Bukan setakat untuk album extreme metal tapi untuk mungkin juga untuk semua kategori.

Ok jangan berkerut serius sangat. Ini ikut selera penulis sahaja. Rasanya untuk muzik yang berat, Overkill - Grinding Wheel pun ok juga. Tapi penulis pun bukannya dengar semua album. Setakat kumpulan yang minat dan tahu sahaja. Tak ada masa nak dengar semua bila dah tua-tua ni. Lebih pada yang heavy metal/hard rock sahaja.

Iced Earth baru pun tak dengar lagi. Ni pun tengah tunggu cd Accept - The Rise Of Chaos dan Mr Big - Defying Gravity sampai ke pintu rumah. Kalau dah khatam 2 ni mungkin pilihan hati akan berubah. Dari preview yang dengar, memang rasa berkenan juga kat 2 album tersebut. Mungkin nak cuba juga Alice Cooper - Paranormal. Pun sedap juga.  Annihilator dan Europe pun nak keluar album baru kan? Kalau ada cadangan lain sila tulis di ruangan komen.


Ok berbalik pada Gods Of Violence, Kreator yang betul-betul saya dengar untuk kali terakhirnya adalah album Endorama (1999). Lama betul tu. Yang lain selepas dari itu sekadar gitu-gitu sahaja. Ada juga rasa yang menarik. Tapi taklah sampai rasa nak beli cdnya. Tapi ntah kenapa untuk Gods Of Violence rasa tergerak hati pula. Sejak pertama kali dengar preview di youtube terus rasa berkenan. Tambah pula bila baca review rakan-rakan yang lain.

Sebagai pencinta genre melodic thrash. Album segini sememangnya menusuk kalbu. Lagu-lagunya memang sedap. Gitar melodi dan harmoni di setiap lagu-lagunya memang melekat. Solo-solo yang membuatkan anda tersenyum.

Mungkin Kreator dah puas bereksperimen. Mereka telah kembali dengen genre yang mengenalkan mereka kepada dunia. Tak kisahlah jika ianya bukanlah sesuatu yang baru. Mereka band lama. Biarkanlah mereka bermain muzik yang sudah sinonim dengan nama mereka. Sekurang-kurang mereka adalah antara band lama yang cukup produktif. Tabik!




7 comments:

  1. serius, aku tak terlayan/follow kreator, exodus, slayer, anthrax dan nama2 besar thrash yang lain (selain 2M tu)

    patutkah aku menyesal? kah kah kah...

    ReplyDelete
  2. Aku tgh mencari album ni jugak.baca review kt intnet pun ramai dok puji ckp best

    ReplyDelete
  3. Exodus last offering aritue ada Kirk Hammett jugak diorang panggil selagu..

    penting cari geng2 lama nie yg still aktif.. ada jugak yg xjadi beli Foo baru nie kang kalau hasutan TEROMBER nie menjadi heheh..

    ReplyDelete
  4. Satan is reall. Satan is reall...kehkehhh... best

    ReplyDelete
  5. Kreator ni pandai tulis lirik, cantik2 ayat nya

    ReplyDelete
  6. Blum dengar lagi.. sedikit teruja setelah baca review ni.

    ReplyDelete